Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Tuesday, December 7, 2010

BAB 25


" Sebab apa awak buat sampai macam tu?" Tanya Kimi.

" Terlampau curious, so curiosity kills the cat.... Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana. Kalau tak, saya tak mungkin akan jumpa nota tu...berbaloi lah dengan kena marah sebab tu."

Kimi hanya menggeleng kepala mendengar jawapan Deena. Macam tak menyesal aja bunyinya, semakin lama kenal, semakin tak faham dengan perempuan yang seorang ni. Lain sungguh karakternya berbanding Nina.

" Tak menyesal?" Tanya Kimi sambil menjeling sedikit ke arah Deena, mencari riak di wajahnya. Di waktu yang sama tangannya memaut stering kereta untuk membelok ke kiri, memasuki lebuhraya BKE.

" Sangat...sangat, tapi let by gone be by gone, mak dengan ayah pun dah tak marah lagi. Saya dah pun minta maaf dengan Pak Mat tu. Lepas tu, bila saya balik minggu ni...ada kejutan tau tak?"

" Apa kejutan tu?"

" Mangga kat pintu setor tu, tiga kali lebih besar...siap ada rantai lagi. Terasa sangat kena perli dek Pak Mat tu." Sambil bercakap, Deena menarik muka masam.

Kimi tergelak kecil, lucu pulak rasanya. Tapi dia berhenti tiba2 kerana takut Deena terasa, lagipun betul kata Deena...memang tiada cara lain. Dan kerana sifat ingin tahu itu lah dia sudah mengetahui kenapa Nina minta hubungan mereka diputuskan dulu.

" Terima kasih..."

" Untuk apa?"

" Buat semua tu untuk tolong saya."

" Tak perlu terima kasih kat saya. Awak lupa...saya pun nak tahu juga. Saya nak tahu kenapa saya dapat mimpi pelik2 tu. Tapi hairan kan...lately, saya tak mimpi apa2 lagi. Mesej tu datang dengan cara lain pulak...macam apa yang terjadi semasa di dalam setor tu."

" Tapi kalau awak tak buat macam tu...saya pun tak akan tahu apa yang saya tahu sekarang."

" Hmm...lupakan lah, small matter. Nak tanya dua soalan kat awak, boleh?" Deena mengerling ke arah Kimi.

" Sepuluh soalan pun tak apa, saya akan cuba jawab sekadar termampu."

" Ha..ha..buat sementara ni, dua dulu lah, yang lapan lagi..tunggu lain kali ya." Deena tersengih, dia kemudiannya bercerita tentang perbualannya dengan Abang Lan sebulan lepas. Tentang pakcik Mat Peta dan tentang isteri Abang Lan.

" So..yang mana satu awak nak tau dulu, Mat Peta atau Kak Alisa?" Tanya Kimi.

" Tak kisah, at least kita ada benda nak sembang sebelum sampai ke tempat tujuan. Jauh lagi ker rumah pakcik tu?"

Kimi tidak terus menjawab, matanya merenung ke kiri dan kanan jalan yang digarisi ladang kelapa sawit. Menurut Kak Nisha, rumah pakcik Kamal terletak di Taman Lunas Jaya, mungkin dalam dua puluh lima minit barulah mereka akan sampai ke situ.

" In twenty minutes time...cukuplah untuk saya jawab kedua-dua soalan. Hmm...jawapan kepada nama Mat Peta tu, kena suruh pakcik Mat tu buka baju la..." Kimi menghabiskan ayat dalam senyuman.

" Biar betul, kalau saya buat macam tu...mesti orang ingat saya sewel, jatuh saham saya nanti...tak pasal2 pi suruh orang lelaki buka baju." Deena menarik muka empatbelas, Kimi pula tergelak kecil.

" Tak! Jangan salah anggap...bukan nak minta awak suruh pakcik Mat tu buka baju. Maksud saya, jawapannya...ada kat badan pakcik Mat yang dipenuhi panau tu. Sekali tengok macam peta dunia." Kimi ketawa...niat menyambung bicara dipadamkan sementara kerana mereka semakin menghampiri Plaza Tol yang kedua. Dia mencari-cari siling di dalam laci dashboard.

Sebaik selesai membayar tol, dia menyambung semula, " Macam yang awak tau juga kan, orang utara memang suka tambah gelaran kat hujung nama seseorang untuk membezakan siapa yang kita maksudkan. Contohnya macam Mat Kemereh, Meel China, Lee Ikan dan macam2 nama lagi lah." Panjang lebar Kimi memberikan penerangan, Deena tersenyum segaris dan hanya mengangguk sekali sekala.

"Hmm...patutlah Pakcik Mat tu malu semacam, buat suspense aja." Deena tergelak kecil.

" Abang Lan cakap Kak Alisa macam Angelina Jolie?", tanya Kimi pula, dia tersenyum lagi.

Deena mengangguk, kemudian berkata," Macam tak boleh percaya ada orang Melayu, muka macam tu..."

" Kak Alisa tu produk kawin campur, memang cantik...tersangat cantik. Tapi tak ler macam Angelina tu, lebih mirip pada pelakon pontianak yang ada kontroversi tak elok tu. Apa namanya ya, saya lupa." Kimi buat2 lupa sebenarnya, malu kalau Deena tahu orang macam dia pun ambil tahu hal hiburan.

" Oh! Ann-Julie tu. Cantik la kalau macam tu. Dah lama ke dia tinggalkan abang Lan."

" Tak lama lepas Nina hilang, saya tak ingat sangat sebab masa tu saya sendiri tak berapa betul. Saya ada terserempak dengan Kak Alisa around that time di Penang...dengan Mat Salleh. Masa tu dia ada bagitau saya, dia nak bercerai dan nak ikut Mat Salleh tu pi oversea. Menurut abang Lan, depa bercerai lepas tu"

" Hmm...kesian abang Lan. Patut la dia nampak sedih bila saya tanya tentang isteri dia tu."

" Abang Lan sayang sangat kat Kak Alisa, lama juga dia jadi tak tentu arah lepas tu. Zekry yang banyak bantu dia untuk bangkit balik macam sekarang ni." Menyebut nama Zekry membuatkan hati Kimi sedikit sakit, namun dia tak boleh menidakkan peranan Zekry di dalam hidup abang Lan.

Kimi menoleh ke arah Deena, yang ketika itu hanya mendiamkan diri...tenggelam dalam diri sendiri. Dia ingin berkata sesuatu, tapi akhirnya memilih untuk membisu...entah apa yang difikirkan Deena ketika itu.


*****


Kimi membelok ke arah kanan sebaik melepasi Sekolah Rendah Lunas Jaya, jalan kecil itu membawa mereka ke arah sebuah taman perumahan. Ada papan tanda besar bertulis ' Taman Lunas Jaya'. Kimi mencari sebuah rumah teres berkembar bercat kuning, seperti yang telah diarahkan oleh pakcik Kamal ketika berbual melalui talipon pagi tadi.

Rumah bercat kuning yang dipenuhi dengan pepohon dan rimbunan hijau itu dapat dilihat dengan jelas dari jalan. Sekali pandang saja sudah mengundang rasa segar dan tenang. Suasana sekeliling rumah nampak redup dan ada buaian besi di bawah pohon cherry yang merimpun, hati seperti dipanggil ke situ kerana suasananya kelihatan sangat tenang. Kimi memulakan langkah ke arah pintu pagar, tetapi belum sempat menekan loceng...pintu pagar sudah terbuka perlahan-lahan.

Seorang lelaki dalam lingkungan umur enam puluhan keluar dari pintu depan dan melambai ke arah mereka.

" Hakimi kan?", dia menyoal dari jauh. Kimi mengangguk, dari suaranya, Kimi sudah dapat meneka yang itulah pakcik Kamal.

" Masuk lah." Dia melambai lagi.

Kimi melangkah masuk di turuti oleh Deena dan mereka bersalaman sambil memperkenalkan diri. Sebaik mengambil tempat duduk, seorang wanita keluar dari pintu dapur menatang dulang berisi air sirap dan sepinggan kueh. Pakcik Kamal memperkenalkan wanita itu sebagai isterinya dan mahu mereka memanggilnya dengan nama makcik Zaharah.

" Maaf! Susahkan pakcik dan makcik pulak, siap dengan air lagi ni." Ucap Kimi berbasa-basi.

" Tak apa, tak susah apa2 pun. Minumlah dulu...basahkan tekak." Makcik Zaharah tersenyum manis.

Untuk menghormati tuan rumah yang meraikan kedatangan mereka, Kimi dan Deena meneguk minuman yang dihidangkan. Sejuk air sirap limau yang menuruni kerongkong yang sememangnya kering memang menyegarkan. Kimi terbayang gambaran air terjun menuruni tebing...nyaman dan menyegarkan. Alhamdulillah rezeki dari Allah.

" Senang nak cari rumah pakcik?" Tanya pakcik Kamal.

" Mudah sangat, cantik rumah pakcik...hijau dan tenang." Jawab Kimi lagi, memuji dengan ikhlas. Deena hanya membisu dari tadi, cuma sesekali dia tersenyum kepada makcik Zaharah.

" Pakcik jatuh cinta dengan kehijauan sejak menyewa kat rumah Encik Amir tu lah, bila beli rumah sendiri dan pindah ke sini, pakcik pun hias rumah dengan cara yang sama. Dah pencen ni..ada lah masa sikit nak bercucuk tanam."

" Betul tu pakcik, rumah pakcik Amir tu memang cantik, Deena ni lah yang menyewa kat situ dengan keluarganya." Balas Kimi.

Pakcik Kamal dan makcik Zaharah berpandangan sesama sendiri, kemudian mereka memandang ke arah Deena...pandangan yang penuh bermakna.

" Betul pakcik. Saya yang menyewa kat situ. Dan maaf, boleh saya terus ke tujuan kami ke sini?" Deena mula bersuara setelah sekian lama membisu. Pakcik Kamal dan isterinya mengangguk serentak.

Deena kemudiannya bercerita tentang apa yang dialaminya sejak mendiami rumah itu, peristiwa mimpinya dan kejadian diusik di dalam setor secara kasar sahaja. Dia ingin mengetahui kalau2 mereka pernah mengalami sebarang peristiwa pelik sepanjang mendiami rumah tersebut. Kimi hanya mendengar Deena bercerita, dan sesekali menyampuk. Sewaktu mata berkalih memandang ke arah dapur, Kimi terlihat kelibat seorang gadis mengendap dari sebalik langsir pintu.

Pakcik Kamal menarik nafasnya dalam2, dia memandang makcik Zaharah seolah-olah meminta persetujuan...satu anggukan diterima. Dia kemudiannya menjengah kepala ke arah pintu dapur.

" Min! Mai keluar sat." Pakcik Kamal memanggil. " Ini anak bongsu Pakcik, Yasmin." Semua mata tertumpu ke situ.

Gadis yang Kimi lihat tadi mengatur langkah dengan perlahan menghampiri kedua ibu bapanya. Wajahnya nampak risau, bertubuh kecil molek dan berperawakan sederhana tetapi menarik, Kimi menganggar umurnya mungkin beberapa tahun lebih muda dari Deena.

" Min dah dengar cerita kak Deena tadi kan?" Tanya Pakcik Kamal, Min mengangguk. " Min cerita kat kakak, apa yang Min alami masa tinggal kat rumah sewa kita dulu." Tambah Pakcik Kamal lagi. Min menjeling ke arah Makcik Zaharah...Makcik Zaharah mengangguk.

Min melemparkan senyuman kepada Deena. Dia terdiam sebentar, mungkin sedang mencari ayat yang sesuai untuk memulakan cerita.

" Mimpi yang Min alami tak sama macam Kak Deena, dan mimpi tu sama saja tiap2 kali. Mulanya Min tak bagitau mak, dekat setahun Min simpan...bila banyak barang dapur mak yang pecah, dan Min yakin ianya berkait...baru Min cerita kat mak dan ayah." Takut2 Min memulakan cerita.

" Makcik mulanya hairan, kadang2 dia menangis dan menjerit dalam tidur...lama2 karakternya berubah jadi penakut. Bila dia menangis dan menjerit waktu malam, paginya ada saja barangan kaca yang pecah di dapur. Rata2 kami bawa dia berubat...akhirnya kami tahu penyebabnya. Alhamdulillah! Dah dua tahun kami berpindah, beli rumah sendiri dan Min pun dah banyak menunjukkan perubahan." Makcik Zaharah bercerita panjang.

" Apa yang Min mimpi sebenarnya?" Tanya Kimi.

" Min mimpikan seorang perempuan berambut panjang, terjatuh dari tangga hingga patah lehernya. Lepas tu dia bangun dalam keadaan leher terlentok, rambut menutupi muka dan mula pecahkan barang2 mak. Yang pelik, apa saja barang yang pecah kat dalam mimpi...itu lah yang pecah bila kami jumpa waktu pagi. "

" Min nampak tak mukanya...ada macam muka kakak tak?" Deena mencelah. Min hanya menggeleng kepala...tak pasti samada dia keliru atau tidak tahu.

" Yang peliknya, hanya itu sahaja mimpi Min, selama setahun tu...dekat lima atau enam kali jugak. Dan, walaupun dalam imbasan mimpi, peristiwa jatuh tangga tu macam terjadi kat rumah tu...tapi bentuk tangganya macam lain. Lain sangat2. Kak tunggu sekejap ya..." Min bangun dan melangkah ke belakang.

" Masa tu Min memang jadi sangat penakut, mudah terperanjat dan sentiasa dalam ketakutan bila tiba waktu malam. Pakcik rasa, ada benda yang tak kena dengan rumah tu...kalau anak tak tahan, baik ajak keluarga pindah saja ke rumah lain." Ulas Pakcik Kamal.

Min akhirnya keluar dengan membawa kertas lakaran sebesar kertas A4, dia menghulurkan kepada Deena. Kimi turut menjengah untuk melihat.

Lakaran Min menunjukkan tangga mencerun dari tingkat atas sebanyak sebelas anak tangga. Ianya rapat ke tepi dinding. Ada ruang mendatar yang diletakkan pasu besar berisi bunga selepas anak tangga ke sebelas, dan selepas itu terdapat lima anak tangga pula untuk turun ke aras bawah. Dilukis juga gambaran perempuan berbaju seperti jubah meleret, dengan kepala terlentok dan rambut panjang menutupi wajah sedang berdiri di lantai aras bawah. Lakaran itu nampak sangat sempurna seperti lakaran seorang artis.

" Min ni memang pandai melukis, ini lakaran yang dia buat masa pertama kali dia ceritakan mimpi2nya pada kami." Terang Pakcik Kamal.

" Kak Deena tau kan tangga rumah tu macam mana, dalam mimpi Min...rumah masih sama, tapi tangganya lain. Itu yang Min pelik, Min lega sangat bila ayah bawa Min pindah. Kak Deena simpanlah lakaran tu...Min pun rasa macam nak buang aja."

Deena mengangguk, kertas itu dimasukkan ke dalam beg, tak tahu pun nak buat apa dengan kertas tu...silap2 masuk bakul sampah saja. Tak lama selepas tu Kimi dan Deena pun meminta diri untuk pulang.


*****


Lelaki itu memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, tiba2 pandangan matanya tertancap ke arah kereta Proton Waja di lorong bertentangan. Dari nombor plat dan tulisan pada badan kereta, dia tahu itu kereta Kimi...kelihatan seorang perempuan di tempat duduk penumpang. Dia mengamati dari jauh...terasa seperti kenal. Dan, sebaik menyedari yang perempuan itu adalah Deena, jantungnya mula berdetak kencang, mukanya terasa panas...ada rasa tidak enak datang bertamu. Dia mengetap gigi menahan marah...nampaknya Kimi sudah jauh mendahului dia.

Kenapa dia tak tahu Deena balik kampung? Hairan! Semalam...ada juga berbual dengan Amar, tak ada pulak dia beritahu tentang kepulangan Deena. Entah kenapa rasa tidak enak itu masih enggan pergi, minda mula melakar seribu satu tanda soal. Bagaimana kalau mereka sedang berkomplot untuk menyiasat kehilangan Nina. Rasanya itu tidak mustahil bila difikirkan, kerana Deena tak mungkin tiba2 sanggup masuk ke setor hanya untuk mencari diari Nina. Diari merah jambu itu.

Lampu isyarat sebelah sana nampaknya sudah bertukar hijau, kereta yang dipandu Kimi bergerak melepasi keretanya. Hati makin sakit bila melihat kemesraan antara Kimi dan Deena, kerana terlampau asyik berbual agaknya, hinggakan mereka tidak perasan akan keretanya. Dia menghentak tangan ke stering kereta...melepaskan geram. Nampaknya dia perlu lebih berhati-hati, jangan sampai rahsia yang dia pegang selama ini terbongkar. Kalau itu terjadi...bererti dirinya sudah berada di ambang malapetaka.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU