Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Wednesday, January 2, 2013

CCPC BAB 6

Salam... Mula2 tulis cerita ni, dalam otak ingat, may be boleh kembangkan cerita dia. Tapi baru2 ni, terbaca buku yang idea nama Chinta dan Qaseh tu... macam serupa. Alamak! Tersama pulak idea... Pastu rasa macam malas pulak nak tulis... huhuhu. Cuma bila fikir balik... sambung ajerlah cerita ni, sekadar hiburan... sementara nak cuba tulis manuskrip baru ( insyallah nak tulis bagi habis, baru nak masukkan ke blog!)





“ ADA ORANG NAK JUMPA!” Kata mama sewaktu Chinta sedang berehat di depan televisyen selepas minum petang.
“ Siapa?”
Mama angkat bahu, muka mama seperti tidak gembira. “ Keluarlah tengok sendiri. Orang yang Chinta tunggu-tunggu. Mama tak kasi dia masuk, dia tunggu dekat gazebo taman,” mama segera berlalu untuk masuk ke dapur. Lain macam saja bunyi suara mama. Macam tak suka aja. Kejap… siapa kawan dia yang mama tak suka ya? Soal Chinta di dalam hati. Tiba-tiba aja, matanya membulat dan senyum mula melebar sampai ke telinga.
“ Beto!” Bisiknya sekadar boleh didengari telinga sendiri.
Segera dia bergerak ke depan. Menjengah dari sebalik langsir. Dari jauh, dia sudah nampak kelibat Beto yang sedang berdiri memandang kolam buatan di kiri laman. Beto nampak seperti kusyuk berfikir. Mungkinkah dia sudah menyesal dengan tindakannya semalam?
Chinta tahu, dia tidak boleh mengalah terlalu awal. Dia memang marahkan Beto, namun di waktu yang sama, dia masih sayangkan Beto. Tak perlulah tunjukkan yang dia ternanti-nanti kehadiran Beto. Biar Beto fikir dia sudah mahu buang Beto jauh-jauh dari hidupnya. Dia tersenyum. Hari ini, terpaksalah dia keluarkan bakat lakonannya yang terpendam sejak sekian lama. Mesti kalah Rita Rudaini kalau dia jadi pelakon. Akibat gigit jarilah artis cantik tu. Dia tergelak sendiri.
Dengan muka masam kelat, dia bergerak ke luar menghampiri tempat Beto sedang berdiri. Seakan menyedari kehadiran Chinta, Beto berkalih. Saat dia melihat Beto berpaling begitu, dia jadi terpempan. Rasa mahu marah tadi, terbang ditiup angin semilir petang. Cair lagi dia dengan renungan mata sedingin salju itu.  Tak dapat dinafikan, pakej lengkap ketampanan Beto… membuatkan dia lupa dengan pelannya tadi, habis berantakan bakat terpendam yang dia cuba praktikkan tadi. Nasihat mama nampaknya tidak meninggalkan sebarang bekas langsung.
Dari sebalik jendela tingkap dapur, mama yang merenung insiden itu segara tunduk melepaskan nafas berat. Dia menggelengkan kepalanya. Sekali lagi Chinta sudah membuktikan kedegilan dan sifat tak makan dek nasihatnya. Mama hanya mampu berdoa supaya samada Chinta tersedar sebelum terlambat, atau Beto yang berubah sebelum mereka diikat oleh satu  ikatan perkahwinan.
*****
“ MAAFKAN AKU!” Kata Beto dengan mata sayu merenung Chinta.
Beto meramas jari-jemari Chinta. Chinta biarkan saja tangannya dipegang begitu. Ia buat Chinta rasa dihargai dan disayangi. Dia lupa tentang kejadian semalam, lupa tentang halal-haram. Rasa bahagia membuat dia lupa yang syaitan sedang bersorak kegirangan kerana telah berjaya mempengaruhi anak Adam untuk melakukan mukhaddimah zina.
“ Sampai hati awak tak pedulikan saya. Awak biar saja saya jatuh macam tu. Tak tolong saya langsung!” Chinta memuncungkan bibirnya. Pura-pura merajuk. Sebenarnya bukan pura-pura… memanglah merajuk betul-betul. Dia mahu Beto tahu apa dia rasa dan dia mahu Beto memujuknya. Rasa disayangi bila dipujuk Beto begitu.
“ Awak tak faham. Saya terpaksa…” balas Beto sambil menundukkan kepala. Merenung bunga Ros yang sedang kembang di kiri Gazebo. Muka Beto nampak sedih. Berlakon sedih sebenarnya. Kalau ada award pelakon popular… tentu dia yang bakal menang.
Chinta Diam. Menunggu.
Beto juga masih diam. Mungkin menanti respon Chinta.
“ Apa masalah awak! Takkanlah awak takut dengan perempuan plastik tu?”
Beto angkat muka. Memberi renungan sedingin salju terus ke mata Chinta. “ Dia masa lalu saya. Awak tahu kan! Masa lalu saya bukan elok sangat. Tapi awak… awak macam sinar yang merubah hidup saya. Sejak jumpa awak… saya dah pelan-pelan berubah ke arah yang lebih baik. Awak cinta hati saya… bukan dia.”
Chinta tersenyum. Dadanya kembang mendengar kata-kata Beto. Tapi dia masih belum mahu menyerah kalah.
“ Habis tu? Kalau dia masa lalu awak, kalau dia bukan cinta hati awak… kenapa awak sanggup tinggalkan saya macam semalam?”
“ Bila dia tahu saya bertunang, dia siasat siapa awak. Dia tahu di mana awak tinggal. Dia ugut… kalau saya tak layan dia, dia tak akan teragak-agak untuk jumpa ibubapa awak dan ceritakan semuanya tentang perhubungan kami dulu…”
Chinta tarik tangannya dari genggaman Beto. Dia berkalih merenung jalan.
Memang dia tahu masa lalu Beto. Memang Beto ada ceritakan segalanya. Namun mendengar Beto mengulangi kata-kata perempuan plastik itu begitu… membuatkan otaknya membayangkan perkara yang tak selayaknya dibayangkan. Walaupun begitu, dia juga sedar… dia sudah mengambil keputusan nekad untuk menerima Beto seadanya, maka seadanyalah juga Beto akan terus menghuni hatinya.
“ Kenapa? Awak nak saya buat macam mana? Mak bapak awak kan, tak berapa suka dengan saya! Walaupun mereka tak pernah cakap… tapi, saya tahu. Saya boleh baca pandangan mereka… Kalaulah Anne ceritakan semuanya… harapan saya untuk terus dengan awak akan mati di sini jugak. Mak bapak awak… mesti tak boleh terima saya lagi…” Beto tundukkan muka, kemudian cuba mencapai tangan Chinta lagi sekali. Dan sekali lagi… Chinta membiarkan sahaja jemarinya diramas Beto.
Air mata Chinta mengalir turun. Dia tarik nafas dalam-dalam. Pandang muka Beto yang handsome tu lama-lama…
Dia tahu… kalau dia lepaskan Beto kali ini, sampai ke tua pun, dia tak akan dapat mata air sekacak Beto. Hmm… sekali lagi ketampanan Beto itu dijadikan alasan untuk terus memberi ruang dan peluang pada Beto dan pada diri sendiri.
“ Boleh awak janji dengan saya?” Soal Chinta.
Beto angguk. Tersenyum.
“ Jangan buat macam semalam lagi. Jangan tinggalkan saya lagi. Awak tahu kan, saya memang sayangkan awak?”
Mendengar ayat itu, laju aja Beto mengangguk kepalanya. Dia tersengih lalu meraih jari jemari Chinta. Menggenggamnya erat sambil matanya merenung tepat ke mata Chinta.
“ I love you too…”
Kata-kata Beto itu buat Chinta rasa mahu terbang ke bintang. Cuma yang dia tak tahu… kata-kata itu cuma keluar dari mulut, bukan dari hati Beto yang penipu itu.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU