Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Sunday, February 17, 2013

PUISI

Puisi belasahan dari saya. Tetiba terasa nak berpuisi. :)

IMEJ PINJAM PINJAMAN ~ Saya sukakan kata2nya

INTAI

Ku intai cinta,
Dalam rahsia,
Dari sebalik tirai bisu...
Memandang dinding logamaya yang tak bertepi

Di situ ku lihat kau tersenyum,
ada dia di sisi,
matamu terpancar cinta... 
senyummu tergambar bahagia

Aku meminggir diri
memeluk rindu,
berselirat menjaring hati
tanpa nokhtah...
tak bertepi...

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU