
CHINTA memasuki satu-satunya petak
parkir yang masih kosong tidak jauh dari Restoran Nasi Kandar Maideen.
Kebetulan parkir itu diteduhi oleh pohon bunga Tanjung yang subur merimbun. Bagusnya jika meletakkan
kereta di sini ialah, sudah tentunya kereta tidak terlalu panas. Namun yang dia
tidak berapa gemar, jika dia terpaksa berkerja hingga ke malam hari, sudah
pasti keretanya bakal dihiasi dengan tompokan najis burung yang menjadikan
pohon itu sebagai tempat tidur. Penat nak membasuhnya nanti. Dia pula bukanlah
rajin sangat membasuh kereta.
Dia membuka pintu kereta. Keluar lalu meninjau ke arah petak yang
lain. Siapa tahu ada kereta yang akan keluar, namun hampa. Dia meninjau pula ke
atas rimbunan pokok. Entah apa yang dia pandang, dia sendiripun tidak tahu.
Waktu-waktu begini, yang pastinya bukan ada seekor burung pun yang bertenggek
di situ.
Maklum yang dia tiada
pilihan lain, dia membuka pintu kereta bahagian belakang untuk mengambil beg
yang diletakkan di situ. Waktu itu, matanya terpandang ke arah kedai kek milik
Qaseh.
Chinta mengeluh. Gambar deretan kek cawan yang menghiasi
banting promosi Hari Ibu yang tergantung di bahagian kiri premis, membuatkan
dia menjilat bibir. Air liur merembes laju. Rasa mahu makan kek cawan Red
Velvet itu datang lagi.
Tak boleh jadi! Semalam sudah pasang niat mahu kuruskan
badan. Walaupun mama sudah menasihatinya semalam, dia bertekad mahu memberi
peluang terakhir untuk dirinya dan untuk Beto juga.
Kata Beto semalam, Anne itu kekasih lamanya yang tiba-tiba
muncul. Dan kata Beto lagi, dia tidak pernah berniat mahu meninggalkan Chinta untuk
memilih Anne, dia cuma terpaksa. Itu kata-kata yang terbit dari mulut Beto lah!
Yang ada di dalam hati Beto… Chinta tak tahu.
Chinta sedar Anne cantik. Tetap lebih cantik dari dia walaupun
cantik Anne itu, ada unsur-unsur luaran. Bentuk tubuh Anne juga menarik. Macam model!
Kalau nak dibandingkan dengan keadaan dia sekarang, macam langit dengan bumi. Kalau
Beto berubah hati dan melayan Anne lebih disebabkan faktor itu, dia rela
kuruskan badan. Dia mahu memenangi hati Beto secara total. Kuruskan badan bererti…
dia perlu berkorban untuk meninggalkan makanan kegemarannya. Lalu dengan tekad
itu, dia pejamkan mata, memandang ke arah lain, lalu mula melintas jalan.
Ponnn!!! Screeettt!!!
Bunyi itu membuatkan Chinta mengeraskan badannya di
tengah-tengah jalan.
“ Hoi! Gila! Dah lama hidup!” Pemandu kereta yang hampir
melanggar Chinta memberhentikan kereta dan melaung dari tingkap yang terbuka.
Chinta buat aksi mohon ampun dengan tangannya. Cepat-cepat
dia bergerak ke tepi semula. Tak jadi mahu melintas. Kenapalah dia buat kerja
bodoh macam itu. Kalau kemalangan tadi, habis semua peluang yang ada. Pemandu
yang marah-marah tadi hanya menggeleng kepala lalu memandu meninggalkan tempat
itu.
“ Ayoyo! Tangkici Chinta. Jangan itu macam. Mau bunuh diri
ka?” Mamak Maideen tiba-tiba bersuara dari belakang. Brother Rajinikant yang
selalu mengusik Chinta juga sedang memandang dengan risau ke arahnya. Kepalanya
digerak-gerakkan perlahan. Kedua-dua tangan ditemukan di hadapan dada.
“ Tak ada apalah Mamak! Saya tak nampak itu kereta sedang
bergerak. Alhamdulillah! Saya okay!” Rimasnya bila ramai yang berkumpul
mengelilingi dia. Bila memandang ke seberang jalan, kelibat Mak Teh, Qaseh dan Nurul
sedang berdiri memandangnya. Mereka turut nampak risau.
“ Sini mari, duduk dululah!” Mamak Maideen memberi nasihat.
Chinta geleng kepala. Apa kes mahu duduk dan mengadap muka Brother Rajinikant
yang sedari tadi asyik tunjuk muka sedih sambil menggerakkan kepalanya tanpa
henti.
Entah bila Qaseh melintas, tau-tau dia sudah ada disebelah
Chinta sambil memegang tangannya. “ Dik! Kau okay ke? Tak cedera kat
mana-mana?” Dia membelek-belek badan Chinta.
“Buat sementara ni, yang cedera, cuma hati Chinta aja. Badan tak
ada apa-apa. Still okay, still one piece
without damaged!” Dia tersenyum memandang Qaseh.
Qaseh berdiri memandangnya, lalu mengurut dada sambil
menggelengkan kepalanya.
*****
“ APA? REXONA SKIN
CARE DEODORANT sampai enam dozen!” Chinta menjerit sebaik memandang produk yang
diletakkan di atas meja bersebelahan kaunter. Belumpun sempat masuk ke pejabat,
pemandangan itu mengejutkannya. Serta merta beg yang dikendong itu diletakkan
di atas kerusi. Dia mengambil invois yang dihulurkan Nurul. Meneliti senarai
barangan yang sampai lalu menggelengkan kepalanya.
“ Kau yang buat odering, kan! Hairan jugak aku, apa
kejadahnya yang kau oder banyak macam tu,” komen Mawar yang sedang berjalan
keluar dari bahagian belakang premis sambil menggendong beberapa kotak vitamin
jenama Pharmaton. Kotak itu diletakkan di atas kaunter.
“ Nurul, yang ini letak dalam locked cabinet tu. Hilang karang, menangis tak berlagu kita.” Arah Mawar.
Nurul mengangguk namun belum sempat melakukan apa yang
disuruh, bunyi loceng pintu membuatkan Nurul segera ke depan. Sudah menjadi
polisi orang berniaga, apapun situasi, pelanggan mesti didahulukan.
“ Tapi, aku tak oder banyak sampai macam ni. Aku cuma oder
campur-campur beberapa jenis untuk cukupkan 2 dozen. Syarikat Hap Hap Hong ni,
bukan pertama kali buat macam ni…” leter Chinta mempertahankan diri walaupun
dia tahu Mawar bukan menuduh. Sudah beberapa kali dia terperasan yang beberapa
barangan yang tidak dipesan, turut dihantar sama. “ Kejap, aku ambil buku
odering atas meja aku. Selalunya dia tak beri oder form, jadi baru-baru ni… aku
jot down apa yang aku oder. Dah banyak kali aku perasan dia orang buat kerja
yang sama.” Sambung Chinta, mengambil semula begnya tadi lalu bergerak ke dalam
ruang kecil yang dijadikan pejabatnya.
Leha yang baru masuk syif petang, mengangkat kening. “ Ada
apa kecoh-kecoh?” Soalnya meminta penjelasan.
Waktu itu juga, Chinta keluar semula sambil memegang buku
warna biru di tangannya. “ Leha! Saya baca apa yang saya oder, Mawar tandakan
kat invoice tu. Awak periksa semula, yang tak oder tu, letak tepi. Mari kita
tengok siapa yang kena…” arah Chinta. Kali ini, dia bertekad tak akan beri muka
pada juru jual itu.
Selepas selesai semua, mereka kini memandang ke arah
selonggok barangan yang tidak dipesan. Chinta berdengus. Mawar geleng kepala,
tangannya mencapai kalkulator lalu mula mengira.
“ Mak aih! Total harga barangan, RM 233.85. Inilah kerja
mereka selama ni. Load barang tanpa kita sedar. Sejak bila kau perasan? Aku tak
pernah terfikir langsung! Entah-entah yang dulu-dulu tu, lebih banyak nilainya
dari yang ini.” Getus Mawar. Leha yang berdiri di sebelahnya, turut mengangguk.
“ Nak buat apa dengan barang-barang ni? Nak terima atau
tolak?” Soal Leha memandang Chinta.
“ Awak simpan sebelah, taruh dalam kotak. Nanti saya call
suruh rep tu suruh datang. Tahulah
saya nak ajar dia macam mana. Main kotor pulak dia dengan saya.” Balas Chinta
geram.
“ Kau buat nota kat
kotak tu, Mawar. Senang aku nak belasah dia nanti. Kalau boleh, aku kuntaukan
dia sekali.” Kata-kata itu membuatkan Mawar tersengih. Faham benar agaknya
dengan angin Chinta.
Chinta turut tersengih, kemudian bergerak masuk ke dalam
pejabat kecilnya. Mawar mengekor dari belakang. Chinta tahu apa yang akan Mawar
katakan padanya selepas itu. Dan belum sempat dia mengambil tempat duduk, Mawar
sudah mula bersuara…
“ Apa jadi kat depan tadi? Lintas jalan tak pandang
kiri-kanan?” Soal Mawar.
Chinta angguk. Menolak kerusi ke belakang.” Aku tengah fikir
pasal Beto. Then decide tak nak
pandang gambar cup cakes kat banting
kedai Qaseh tu.” Balas Chinta tergelak.
“Beto datang rumah semalam, kan! Dari air muka kau, aku rasa…
kau dah cair balik ni. Entah apalah ilmu yang Beto pakai? Dia buat kau macam tu
pun, kau masih nak terima dia balik.” Mawar kiam tangan, bersandar di dinding.
“ Kau tak akan faham. Aku sayang dia.”
Chinta tahu Mawar pasti marah. Bukan hanya Mawar, mama, Qaseh
dan Mak Teh juga… semuanya akan marah dengan keputusannya. Dia sudah bersedia
untuk mendengar khutbah panjang dari Mawar.
“ Aku tahu kau sayang Beto. Sebab sayang juga, kau pilih
untuk tidak peduli. Kau pilih untuk tutup mata dan pekak kan telinga. Walaupun semuanya
nampak jelas macam the day before. Tentu
sukar nak terima hakikat yang orang yang kau sayang buat tak perduli pada kau and at the same time, dia lebih pedulikan
orang lain. Jadi, kau pilih untuk terima bulat-bulat alasan dia…” Mawar
berhenti sebentar. Mengambil tempat duduk berhadapan Chinta.
Chinta hanya mendiamkan diri. Keputusan yang dia buat, cuma
berlandaskan rasa sayang. Dia tiada alasan lain untuk mempertahankan
tindakannya. Kalau mahu katakan dia percaya, dia tahu itu bukan alasannya.
Kepercayaannya pada Beto, cuma tinggal 60 persen. Dia cuma mahu mengambil
peluang terakhir. Itu sahaja.
“ Aku risau! Dengan sikap ignorant
kau ni, cerita kau akan jadi lebih complicated.
Lebih payah. Sampai bila kau nak nampak the
true color of Beto dan terima kenyataan?” Tambah Mawar lagi. Dia melepaskan
nafas berat. Matanya tak lepas memandang Chinta.
Bunyi orang bercakap di luar, membuatkan Mawar bangun. Chinta
menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, taklah menanah telinganya mendengar leteran
Mawar. Memang mengalah Mak Nenek kalau dia mula berleter.
Sebaik Mawar sampai ke pintu dan Chinta pula bangun untuk
berdiri, Beto sudah terjengol di muka pintu pejabat kecil tu. Dia berdiri
memegang jenang pintu. Pandang Chinta dengan redup mata yang maha dalam.
Kemudian mengubah pandang ke arah Mawar dengan dengan senyuman sumbing.
“ Sudah habis kempen kau supaya Chinta putus dengan aku?”
Soal Beto. Dia berdiri di tengah-tengah ruang pintu menghalang jalan Mawar.
Chinta mengeluh. Dia tidak suka senario begini. Dua orang
yang dia sayang ini, sejak dulu… sentiasa dalam fasa perang dingin. Memang
nampak ketara walaupun masing-masing tak pernah berbalas kata-kata kesat di
depannya.
Mawar memandang Chinta, kemudian memandang Beto lalu
berdengus sebelum merempuh aja Beto yang sedang menghalang jalannya. Beto ketawa
nakal. Bunyinya seperti orang menang bergaduh. Dia berkalih mengenyit matanya
pada Chinta.
“ Hai Sayang… “ ungkapan itu, bersama tenungan dari mata
coklat Beto memang selalu buatkan Chinta lemah dan kalah. Mujur kalahnya
setakat itu sahaja dan tidak melibatkan apa-apa yang berkenaan dengan maruahnya
No comments:
Post a Comment