Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Tuesday, December 21, 2010

BAB 26



Misteri sungguh! Kesemuanya memang nampak misteri dan kedengaran pun seperti misteri. Sejak pertemuan pertama dengan Deena hinggalah ke hari ini, segalanya seperti tersingkap secara perlahan-lahan. Namun ia datang dalam bentuk yang perlu difikirkan dan diterokai sebelum cerita sebenar dapat diketahui, dan Kimi sudah nekad di dalam hati...dia tidak akan berhenti di sini.

Kimi membelek lakaran yang diambil dari Min semalam, entah apa yang cuba disampaikan melalui mimpi Min tu, Kimi sendiri pun tak tahu. Sebaik sampai ke rumah Deena semalam, dia menghulurkan lakaran itu pada Kimi. Kata Deena, dia seriau nak simpan, apalagi nak menatapnya selalu. Jadi, Kimi sekadar menerima saja, masih tak tahu nak dibuat apa dengan benda tu.

Dia menarik laci, mencari paku payung, kemudian bangun menuju ke papan pelekat nota...ditampalnya lakaran itu di situ. Kimi bergerak beberapa langkah ke belakang, cuba melihat lakaran itu dari jarak jauh...kemudian tersenyum. Siapa tahu, mungkin jika setiap hari memandangnya...minda mungkin boleh menjana sesuatu. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, sehabis berdoa di dalam hati, Kimi meraup muka...mengaminkan doanya.

Semalam juga, Kimi sempat berjemaah di masjid. Sudah lama tak melakukan semua tu, asyik menyibukkan diri dengan tugasan dunia aja...sampai kekadang lupa bekalan akhirat. Itulah yang kerap dileterkan emak setiap kali Kimi balik ke rumah, dan dia sedar akan kekhilafan dirinya. Kebetulan pula sewaktu di masjid Kimi terserempak dengan rakan sekolahnya, ustaz Naim yang sedang menyempurnakan ijazah doktor falsafahnya di Mesir...pulang bercuti katanya. Ketika itu Kimi teringat untuk bertanya tentang ruh...bidang yang tak dapat diterokai manusia sampai ke hari ini.

Walaupun diajak untuk makan mee udang Sungai Dua, ustaz Naim menolak. Apalagi bila Kimi terang-terang menyatakan keinginannya mengetahui lebih mendalam tentang ruh. Kata ustaz Naim, kalau bab agama, eloklah berbual di masjid...lalu mereka mengambil tempat di anjung masjid. Kimi pun mula bercerita serba sedikit tentang peristiwa yang dialami oleh Deena dan Min.

Kimi mengimbas kembali perbualannya dengan ustaz Naim apabila diutarakan soalan tentang ruh dan mimpi semalam.

"Mereka bertanya kepadamu tentang ruh, jawablah olehmu : 'Ruh itu urusan Tuhanmu, dan Aku tidak akan memberikan ilmu tentang ruh itu kecuali sedikit saja', itu ayat dari surah Al Isra, kalau tak silap aku...ayat 85" Kata ustaz Naim, sambil memandang Kimi.

Ustaz Naim tersenyum, wajahnya putih bersih dan bercahaya. Kopiah putih dan jambang yang dijaga rapi menambah ketampanannya dan mengundang ketenangan kepada siapa saja yang memandang. Lama dia mendiamkan diri.

" Sebenarnya pembahasan tentang ruh dah dilakukan oleh hampir kebanyakan filsuf sepanjang sejarah, debat dan diskusi dah banyak dilakukan. Macam2 persepektif...baik benar atau salah. Semua telah dihasilkan dari diskusi dan pembahasan tentang ruh. Kemudian semakin berkembang ilmu, timbul penemuan baru tentang rahsia alam, serta analisa tentang sesuatu dibalik alam tabiat. Namun disamping banyaknya penemuan tersebut, ada beberapa hal yang tertutup daripada pembahasan dan penemuan bahkan ada juga beberapa hal yang tak mampu dijelaskan oleh ilmu manusia... dan tak mampu sampai padanya." Panjang lebar ustaz Naim mengulas.

" Maksudnya, tak ada penjelasan tepat tentang ilmu ruh ni. Apa yang aku nak tau ialah, hubungan ruh dengan mimpi...macam yang aku cerita tadi." Kimi bertanya lagi, mukanya dikerutkan.

Bila lihat Kimi mengerutkan mukanya, Ustaz Naim menyambung lagi "Ada lagi satu ayat tentang ruh, 'Allah memegang jiwa ketika matinya dan memegang jiwa yang belum mati di waktu tidurnya...maka Dia tahanlah jiwa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikan itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir'...Az Zumar, ayat 42. Bermaksud, roh akan keluar dari jasad sewaktu tidurnya dan dikembalikan kepada jasad sewaktu jaga...dengan kuasa Allah."

Kimi hanya mampu menggelengkan kepalanya, makin lama makin keliru. " Pening juga bila bercakap tentang ruh ni ya..."

" Sebenarnya, apa yang diturunkan Allah melalui Al-Quran itu benar, aku rasa kau tahu dan yakin kan!", soal ustaz Naim, Kimi mengangguk. " Jadi, bila Allah dah kata ilmu ruh tu adalah urusan Dia dan hanya sikit jer dia bagi untuk pengetahuan kita...kalau kita fikir tunggang terbalik pun, kita tak kan mampu nak ulas."

" Jadi, apa yang dah terjadi tu...tak mustahil dengan izin Allah?"

" Dari apa yang kau cerita, semua tu tak mustahil dengan izin Allah. Ilham dari Allah melalui mimpi. Pernah terjadi dan tak mustahil untuk terjadi." Ustaz Naim terdiam lagi...Kimi hanya mengangguk. Faham.

Kerana itu juga, semalam...sepanjang malam otaknya ligat berfikir, tak mampu melelapkan mata. Yang Kimi pasti, segala yang terjadi pada Deena dan Min, tak akan terjadi tanpa sebab...dan Kimi yakin itu isyarat dan ilham dari Allah. Mungkin sudah sampai masanya dia mengetahui segala rahsia dan meneruskan hidup tanpa perlu terbelenggu dengan kenangan lalu.

Tok...tok...tok, ketukan di pintu mematikan lamunannya, Inspektor Ganesan tersengih menjenguk.

" Menung jauh nampaknya, Tuan!"

" A'ah...sampai ke Kutub Utara kut," balas Kimi tersengih. " Ada berita baik?"

" Susah saya nak cakap, kalau ikut apa yang saya perhatikan, Edelene tu memang tengah berhubung dengan seseorang through the net. Semalam...I purposely tak pi makan, just to peep on her from my cubicle, nampak dia tersenyum tersengih sorang2, memang gaya orang bercinta lah, Tuan. Tapi hairan...tak pulak dia mengaku masa ditanya Tuan Rasyid."

" Malam ni, kalau you cuba dapatkan data dari komputer Edelene. Buat secretly, jangan sampai dia perasan...tengok aktiviti dia, cuba kesan dengan siapa dia chatting."

" Thats the problem...she did all the communication using her hand phone."

Kimi hanya mengangguk perlahan, " Once in a while, dia mesti guna komputer jugak. Sementara tu, saya discuss dengan big boss, awak perhatikan dia dulu, tapi awas...jangan sampai ketara."

" Baik, Tuan!" Balas Inspektor Ganesan sambil bangun dan melangkah keluar. Tetapi berhenti tiba2 di muka pintu, tangannya memegang tombol pintu.

" Apa perkembangan tentang pelayan restoran yang masih tak dapat dikesan tu?" Inspektor Ganesan bertanya.

" Belum ada apa2 perkembangan, saya dah arahkan detektif kita buat pantauan di tempat yang Erik katakan tu...tapi belum nampak bayangnya. Agaknya bertukar kerja lagi lah tu."

" Saya rasa dia mungkin tahu sesuatu...tapi tak mau terlibat."

" Tu lah...kena tau the whereabout of him, lepas tu kalau tak boleh dapatkan keterangan cara elok, kena pakai hukum paksa lah."

Inspektor Ganesan mengangguk, tersenyum segaris dan terus berlalu.


*****


"Kau serius ker dengan Encik Mushi2 kau tu?" Kinah, teman serumah Edelene membesarkan biji matanya. Matanya yang sedia bulat dengan alis yang panjang dan lentik tu nampak semakin bulat bila dia terjegil begitu.

Edelene mengangguk, dia tahu Kinah tentu hairan dengan perubahan sikapnya. Kalau dulu dia yang nombor satu jadi penentang hubungan cinta di alam siber ni...alih-alih, dia yang sedang asyik maksyuk pulak. Ah! Lantaklah, kalau ada yang nak memulangkan paku buah keras padanya kali ini pun dia dah tak kisah lagi. Yang penting bagi Edelene...hatinya berbunga bahagia.

" Hai! Dulu, kau yang berapi-api nasihatkan orang...jaga2, nanti tertipu pulak. Kat alam siber ni, orang boleh tipu apa saja, menjadi siapa saja." Kinah mengajuk apa yang pernah dikatakan oleh Edelene sewaktu menasihatinya suatu waktu dulu.

" Insyallah...aku akan berhati-hati. En Mushi2 ni lain sikit Kinah."

" Lain yang macam mana pulak?"

" Dia ni tersangat merendah diri, dia mengaku yang dia bukan orang kaya dan bukan juga orang yang sangat terpelajar...orang biasa2. Penyamar siber biasanya suka mengangkat diri sendiri...kononnya ada segalanya, untuk menarik minat orang padanya. Sebab tu aku kata Encik Mushi2 ni lain.

" Kau ni Edelene, manusia bukan semuanya sama. Kau suka Teh Ais, aku suka apple jus. So, bukan semua orang guna M.O. yang sama untuk menipu. Juga, bukan semua orang terpikat dengan perkara yang serupa...kalau aku cari lelaki kaya, kau mungkin cari lelaki biasa2. Jadi, bagaimana cara orang ditipu dan tertipu di alam siber...tak sama, betul tak? Tuan Inspektor!" Panjang lebar Kinah bersyarah cuba mengingatkan Edelene.

Edelene tersenyum, kedua-dua tangan diletakkan di pinggang dan kepala digelengkan. Semenjak Kinah bekerja di pejabat peguam, yang juga kawan Edelene...dia pun dah pandai berbahas mengalahkan peguam pulak.

" Kau bagitau dia ker, kau ni kerja Polis?"

" Tak. Aku cakap aku kerja kerani kat Pejabat peguam."

" Tu dah kira mencuri identiti aku tu, aku saman kau karang. Kalau buah hati kau tu pembunuh bersiri...dengan aku2 sekali dia cari nanti."

" Makcik! kau ni lupa diri kut, kau tu baru kerja di pejabat peguam...bukan peguam tau. Aku rasa kau patut sambung study dan ambil kursus untuk jadi peguam lah."

" Aku nasihat kau, kau perli aku pulak...kau jangan terkejut kalau suatu hari nanti aku betul2 jadi peguam...masa tu, kau gerenti jatuh rahang tengok aku."

" Ha..ha..walaupun aku rasa nak gelak tahap gaban, tapi aku aminkan jer lah. Aku malas nak layan kau...aku nak masuk tidur."

" Nak chatting dengan buah hati la tu."

Edelene hanya tersengih sambil berjalan masuk ke bilik. Sebaik menutup pintu, dia terus berbaring di katil. Dalam diam, dia mengaku apa yang dinasihatkan Kinah itu betul, tapi apa yang dia tahu dari butir2 siasatan tentang Mr macho...profailnya dengan Encik Mushi2 sangat berbeza. Dia yakin Encik Mushi2 ikhlas ingin mengenali dan berkawan dengannya...dan dia juga yakin hatinya sudah mula merindui lelaki tersebut. Edelene mengeluh, mengguling-gulingkan badannya di atas katil, kemudian berbaring terlentang dengan muka menengadah siling...jauh mindanya dibawa berfikir.


*****


Kimi mengatur langkah memasuki kantin, lapar betul pagi ini...perut dah berkeriok menyanyi lagu rock and roll. Pagi tadi terlewat bangun, terbabas waktu subuh...tapi bersolat juga walaupun dah kira masuk kategori subuh gajah. Kelam-kabut sampai tak sempat langsung nak menjamah apa2...walaupun dengan roti Hup Seng cap Ping Pong kegemarannya yang sentiasa ada dalam simpanan. Bau semerbak nasi lemak Mat Teh Peah tauke kantin mula memenuhi ruang...makin berkerioklah perut berbunyi, air liur juga mula meluncur keluar kerana sudah terbayang sambal tumis ikan bilis Mak Teh Peah yang sedap seantero Butterworth tu.

Ketika mencari-cari tempat duduk, Kimi nampak Edelene sedang tertunduk-tunduk menyuap makanan di meja paling hujung. Kimi mula bergerak ke arah Edelene, sejak tahu Edelene bercinta melalui internet, Kimi sudah tidak meletakkan sempadan dalam perhubungannya dengan Edelene...lebih tepat lagi, Kimi rasa lebih santai bila berbual. Lagipun Kimi sedar, pandangan penuh harap dari mata Edelene...sudah lama hilang, dan dia amat bersyukur. Namun Kimi juga risau jika Edelene terperangkap dengan cinta lelaki2 seperti Mr Macho.

" Assalamualaikum! Boleh saya tumpang duduk?"

Edelene mengangkat mukanya, sedikit terkejut...mungkin kerana Kimi yang selama ini dingin membeku tu, tiba2 minta untuk makan semeja. Dia kemudiannya bangun berdiri.

" Tuan! Silakan. Terperanjat saya."

Sambil tersenyum, Kimi melabuhkan punggong di kerusi yang bertentangan dengan Edelene. Menjenguk pinggan Edelene yang juga berisi nasi lemak.

" Makan nasi lemak juga?" Kimi memulakan bicara, bertanya perkara yang nampak jelas di mata.

" Tak...makan roti bakar." Jawab Edelene tergelak. Kimi ikut tersenyum dengan gurauan Edelene.

Hmm...kalau asyik berbasa-basi, nanti terlepas pula tujuan dia makan semeja dengan Edelene. Kimi tahu dia perlu terus kepada soalan yang berkenaan dengan siasatan kes. Menurut laporan dari Inspektor Ganesan semalam, Edelene menggunakan komputer pejabat untuk memasuki laman sembang, cuma di awal2 waktu kes disiasat...ianya berhenti kira2 2 bulan lepas. Kata Inspektor Ganesan lagi, kemungkinan, bila hubungan sudah menjadi personal dan serius, Edelene berhenti menggunakan kemudahan pejabat.

" Apa perkembangan kamu di chat room, dah jumpa anybody significant?" Tanya Kimi.

Edelene memandang Kimi, matanya sesekali digerakkan ke kiri dan ke kanan. Pada Kimi itu tandanya Edelene sedang cuba untuk tidak berterus terang. Itu tindakan sepontan bahasa badan yang selalunya gagal dikawal oleh manusia.

" Belum nampak apa2 Tuan." Jawab Edelene sambil menundukkan mukanya.

" Hmm...Saya tak berniat nak masuk campur hal peribadi kamu...tapi saya cuma nak ingatkan, kalau kamu ada menjalinkan apa2 hubungan melalui internet, as a friend, saya nak kamu berhati-hati. Mr Macho tu mungkin guna identiti berlainan, m.o. berlainan dan mungkin juga cara yang berlainan." Sesudah berkata, Kimi menyuap nasi lemak ke mulut dan terus mengunyah.

" Saya faham, Tuan. Insyallah, saya akan lebih berhati-hati."

" Kalau kamu ada kesan apa2, cepat2 lah inform. Saya ni bukan apa, risau! Takut nanti makin ramai yang jadi mangsa. Kes orang hilang yang Tuan Rasyid arahkan kamu investigate tu macam mana?"

Edelene menyuap suapan yang terakhir. Dia mengunyah makanan itu perlahan, kemudian mencapai gelas teh tarik. Dia minum seteguk sebelum menjawab soalan Kimi.

" Setakad ni dah ada enam kes orang hilang dengan profail yang sama, dilaporkan di Penang dan Butterworth. Nanti saya serahkan laporan pada Tuan. Saya rasa, saya kena gerak dulu ni...perut pun dah kenyang." Kata Edelene tersenyum sambil bangun menolak kerusinya. Kimi hanya mengangguk.

Kimi memandang Edelene mengatur langkah keluar dari kantin. Nampaknya Edelene belum bersedia berkongsi apa2, Kimi cuma berharap siapa saja yang dikenali Edelene melalui laman sembang itu, bukanlah orang yang sedang dicari pihak polis.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU