Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Thursday, February 21, 2013

CCPC - BAB 8






BENGANGNYA!
Mawar berdengus. Tak apalah. Hari ini, hari Beto menang. Hari di mana dia tersungkur akan tiba juga. Itu doa Mawar. Dia sekali-kali tak akan benarkan Beto mempermainkan perasaan Chinta. Bukan dia tak boleh melawan, tetapi dia tak mahu buat kecoh dan merosakkan bisnes sendiri. Kalau dekat tempat lain, tahulah macam mana mahu membalas kata-kata Beto tadi. Chinta pun satu, asal kena panggil sayang aja, sudah cair habis.
Mawar bergerak ke kaunter. Mencapai buku MIMs Annual yang tebal lalu menghempoknya ke meja beberapa kali. Di dalam kepala, dia membayangkan itu kepala Beto. Bergegar meja kaunter setiap kali buku itu mendarat di atasnya. Dia cuma berhenti bila terdengar bunyi orang berdehem. Bila mengangkat muka, dia lihat muka Ikmal Hisyam yang gemok gedempol itu tersengih memandang ke arahnya. Tersengih sambil mengerutkan mukanya. Macam orang takut-takut berani.
Mawar melepaskan buku itu dari pegangannya. Dia tersengih. Rupanya, bukan hanya Ikmal Hisyam yang sedang memandang ke arahnya, beberapa orang pelanggan juga sedang kehairanan merenungnya.
“ Bbboleh beli ubat ke? Kalau tak…. Saya datang lain kali jer.” Soal Ikmal tergagap-gagap.
“ Boleh, apa tak boleh pulak. Inikan kedai ubat! Maaf, tengah melepaskan geram tadi tu. Nak ubat apa ya? Masalah yang hari tu, dah okay ke?” Soal Mawar.
“ Okay! Okay sangat-sangat. Pandai boss awak rekomenkan ubat. Tak sampai tiga hari, gatal saya hilang terus.” Dia tersengih. Kepalanya terjengok ke arah bilik Chinta. Mencari kelibat Chinta, mungkin.
“ Boss kat dalam. Tengah berbual dengan tunang dia. Hari ni, nak jumpa boss jugak ke?”
Muka Ikmal bertukar kelat bila mendengar perkataan ‘tunang’. Mawar nampak kerongkongnya bergerak, menelan air liur. Tentu dia terkejut. “ Kalau macam tu, saya nak beli ubat gatal ajalah. Macam yang saya dapat hari tu. Ada dalam rekod, kan!”
Mawar senyum. Membuka buku daftar jualan walaupun dia masih ingat nama ubat tersebut. “Nak saya panggilkan boss?” Soal Mawar berbasa-basi. Dia sudah bercadang mahu mengganggu pertemuan Beto dengan Chinta dan Ikmal Hisyam adalah alasan paling sesuai buat ketika itu. Walaupun menerima gelengan dari Ikmal, dia tetap berkalih ke arah dalam dan memanggil nama Chinta.
Chinta menjengah keluar. Mawar kerling ke dalam untuk melihat reaksi Beto. Mata tajam Beto sedang merenung tepat ke arahnya. Kali ini giliran Mawar tersenyum mengejek.
“ Ya, ada apa yang boleh saya bantu?” Soalan Chinta itu tidah berjawab. Sebaliknya, Ikmal hanya memandang raut wajah Chinta tanpa berkelip. Baru Mawar perasan, hari ini Chinta mengenakan blouse warna merah jambu dipadankan dengan seluar hitam. Rambutnya dibiarkan berombak  melepasi bahu. Memang Chinta sentiasa nampak berseri apabila mengenakan warna itu. Sesuai sangat dengan kulitnya yang putih kekuningan dan bibirnya yang dicalit dengan gincu bibir merah muda. Walaupun sudah berisi, dia tetap nampak cantik.
Melihatkan scenario begitu, Beto bergerak untuk berdiri di belakang Chinta. Mawar mencebik bibir. Agaknya mahu war-warkan secara halus yang Chinta sudah menjadi kepunyaannya.
“ Encik! Mahu beli ubat gatal lagi ke?” Soal Chinta tersengih. Tentu dia masih ingatkan Ikmal Hisyam dan peristiwa minggu lepas.
Sebelum sempat Ikmal menjawab, seorang pelanggan wanita tiba-tiba mencelah. Mawar kenal Pelanggan wanita itu. Dia sudah biasa ke premis mereka dan boleh dikategorikan sebagai pelanggan tetap juga. Namun, sudah agak lama Mawar tidak nampak kelibatnya. Rasanya dulu-dulu badannya taklah sebesar itu. Kini badannya hanya kecil sedikit sahaja dari Ikmal Hisyam. Badan Chinta yang lebih kecil berbanding mereka bertiga.
“ Assalamu’alaikum!”
“ ‘Alaikum salam. Lama tak nampak akak! Boleh saya bantu?”
Dia tidak menjawab tetapi berdiri merenung Chinta. Lama juga dia begitu hingga membuatkan mereka semua kehairanan.
“ Ya, akak! Nak beli apa ye?”
Tiba-tiba dia mencebik bibir. “ Hmm… ingatkan datang sini nak dapatkan nasihat macam mana nak kuruskan badan. Tapi bila tengok farmasis pun dah makin gemuk macam kena pam, baik tak payah tanyalah ye! Cik farmasis kuruskan badan sendiri dululah, lepas tu baru akak konfiden nak beli produk dari sini.”
Chinta terpempan.
Mawar dan yang lain-lain juga terkejut dengan komen sinis itu. Namun yang paling menyedihkan dan membuatkan Mawar geram, Beto yang berdiri di belakang Chinta terus bergerak menuju pintu depan dan keluar dari premis mereka.
Mawar lihat Chinta hanya memandang aksi Beto dengan ekor matanya sebelum berkalih ke arah pelanggan tadi. “ Janganlah macam tu akak. Produk tu tak ada kurangnya. Badan saya naik sebab saya tak kontrol makan. Tu ajer” Balas Chinta walaupun masih kelihatan terkejut.
Pelanggan itu bergerak menjauhi kaunter. Dia mencebik lagi. “ Tak kisahlah apa alasan awak. Cuma awak fikirlah sendiri, kalau awak gemuk macam ni, tak ada orang yang akan yakin dengan produk kurus badan awak. Macam orang jual produk kecantikan juga, kalau kulit kusam, berjerawat… ada ke yang nak beli dan pakai?”
Kali ini, Chinta hanya mendiamkan diri. Pelanggan itu bergerak untuk keluar, namun berkalih bila Ikmal Hisyam bersuara, “ Kakak, tak baik sindir orang macam tu. Kakak gemuk, saya pun gemuk. Kita sendiri tahu betapa susah nak kuruskan badan. Kalau tak mahu beli, gunakanlah bahasa yang berhemah sikit!”
“ Akak cuma nak dia sedar. Apa yang akak cakap tu betul, kan!” Dia tersenyum sinis sebelum berkalih untuk keluar. Chinta melepaskan nafas berat.
Ikmal Hisyam memandang Chinta, dia mengangkat bahu. “ Jangan ambil hati. Sesetengah orang memang tak pandai nak hormat orang. Biarkanlah dia! Bagi saya, awak tetap nampak cantik walaupun sedikit berisi.”
Chinta tersenyum kelat.
Mawar memaut bahu Chinta. Dia mengangguk mengiyakan kata-kata Ikmal Hisyam. Dia suka ayat yang Ikmal Hisyam tuturkan. Sepatutnya, ayat itu keluar dari mulut Beto. Ini tidak, melarikan diri bila tunang sendiri diperlekehkan orang begitu. Geram sungguh Mawar! Kenapalah Chinta masih membutakan matanya?
*****
      CHINTA DUDUK MENONGKAT DAGU DI DALAM BILIKNYA. Hmm… beginilah yang kerap dia rasa jika  ditempelak, dimarah atau menerima kompelin yang ‘kaw-kaw’ dari pelanggan. Selalunya, emosinya akan terganggu sepanjang hari. Kalau kena sebelah petang… tak apalah juga. Ini, kena sindir di awal pagi.
      Kena sindir tu… masih boleh diterima lagi. Yang lebih menyedihkan adalah sikap Beto yang melarikan diri ketika dia perlukan seseorang untuk mempertahankannya. Bila ingat tindakan Beto tadi, hatinya menjadi terlalu sakit. Rasa sakit hati dan rasa tak bermaya itu bercampur-campur. Maka hari ini, bakal jadi hari ‘mood tak baik sedunia’. Semangat berkerja menjadi hilang tiba-tiba.
Bila stress begini, memang keinginan untuk makan kek cawan, seperti tak dapat ditahan-tahan. Kalau ikut rasa marah dan terkilannya pada Beto, ingin saja dia menikmati kek cawan kegemarannya itu.
Tik…tik…tik. Bunyi cermin pintu diketuk kedengaran sangat perlahan. Chinta mengangkat kepala.
      Mawar menjengol kepala. Separuh badannya masih tersembunyi di sebalik pintu, manakala sebatang pen sedang melekat di tangan. Pen itulah agaknya yang digunakan untuk mengetuk cermin. Mawar tersenyum. Dari gaya senyumnya tu, seperti ada perkara yang ingin dikatakan olehnya.
“ Boleh aku masuk?” Soal Mawar walaupun kakinya sudah melangkah masuk dan menarik kerusi di depan Chinta. Chinta mengangguk.
Sebaik mengambil tempat duduk, Mawar melepaskan nafas berat.
“ Kau nak cakap tentang tadi? Nak leter aku pula?” Tanya Chinta mengulum senyum terpaksa.
 “ Kan aku dah warning kau! Bukan hanya aku, mama, Mak Teh dan Qaseh pun pernah suarakan perkara yang sama. Selama ni, kau degil. Masih juga nak makan cupcakes tu! Seminggu sampai dua tiga kali kau pesan dengan Qaseh. Bila dah kena sebijik dengan customer macam tu… baru kau tahu!”
Chinta hanya menggeleng. “ Entah kenapa, makin kena leter, makin aku teringin nak makan cupcakes tu…” Dia tersengih dan berhenti sebentar. Sekadar mahu melihat reaksi Mawar.
Kata-kata itu membuatkan Mawar membeliakkan matanya.
Chinta ketawa kecil lalu segera menyambung ayatnya, “ aku sebenarnya tak kisah tentang teguran customer tadi. Apa yang dia kata tu… betul. Akupun dah berazam sejak semalam untuk kuruskan badan. Aku cuma kesalkan Beto jer… dia keluar macam tu jer. Aku call pun, dia tak jawab.”
“ Dan lepas semua tu… kau masih nak beri peluang pada hubungan ni?”
Chinta mengangguk dengan yakin. Walaupun di dalam hati, ada sedikit rasa sangsi dengan jawapannya sendiri.  Anggukan itu membuatkan Mawar menghela nafas panjang. Tajam matanya merenung muka Chinta.
“ Kalau dah itu pilihan kau, I guess… I just have to accept it. Terima dan beri sokongan dari belakang. Walaupun kalau ikut hati aku ni… aku memang tak pernah suka kau dengan Beto. Aku tak yakin dengan dia. Kalau dengan Ikmal Hisyam tu… aku yakin seratus peratus. Tengok tadi, macam mana dia backing kau!”
“ Aku tahu tu! Tapi aku juga tahu… dia bukan taste aku. Never! Even kalau Beto tak mahukan aku sekalipun!”
Mawar menggeleng kepala. “ Masuk yang ini, dah dua kali kau keluarkan statement menghina pada dia. Kalau dia dengar… tentu dia kecik hati. Aku takut satu hari… kau kena telan kata-kata kau tu. Suatu hari nanti, dia akan jadi lelaki paling kau cinta… sampai mati!”
Chinta agak terkejut dengan kata-kata Mawar. Dia segera membetulkan sandarnya. Isy! Lain macam sungguh bunyinya. Seram pula bila membayangkan macam mana dia asyik angaukan Ikmal yang gemuk tu. Tak masuk akal langsung. Dia tak rela.
“ Na’uzubillah! Kalau ya pun sukakan Ikmal, janganlah doa sampai macam tu. Kau buat aku seram sejuk.” Chinta capai pembaris di atas meja lalu mengetuk kepala Mawar perlahan. Cara biasa kalau dia mahu bergurau. Mawar cuba mengelak, tetapi sudah terlambat.
“ Hmm… tahu pun takut! Lain kali, jaga perkataan yang keluar dari mulut kau tu. Fikir dulu bila nak cakap sesuatu.”
“ Baik, ustazah!”
“ Itulah kau! Asal aku nasihatkan kau, kau panggil aku ustazah.” Dia mememekkan mukanya. Tangannya dibawa menyeluk kocek baju kurung yang dipakainya. “ Nah! Masa buka surat-surat yang sampai tu, aku jumpa ini. Kalau aku kepilkan dengan surat-surat lain, most probably… kau tak baca. So, aku bawa sendiri…” dia menghulurkan beberapa helai kertas yang dikepilkan bersama.
Chinta menyambutnya lalu membaca…
“ Annual General Meeting and seminar. Holiday Villa, Subang Jaya. Sebulan lagi? Kau kan tahu aku tak suka pergi AGM!” Kertas itu diletakkan semula di atas meja. Sejak berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia, dia belum pernah menghadiri mesyuarat tahunan. Dua kali mendaftar sebagai ahli persatuan, namun sudahnya dia hanya membiarkan keahlian itu tamat tempoh tanpa memperbaharuinya. Memang dia lemah dalam berpesatuan.
“ Bukan sebab AGM.” Kata Mawar sambil mencapai kertas tadi. Dia menyelak bahagian tengah. Membukanya di atas meja dan jari runcingnya menunjuk pada aturcara dan tajuk-tajuk seminar. “ Tengok ni, ada beberapa lecture yang menyentuh tentang obesity. Pergilah mana tahu, kau boleh gunakan ilmu tu untuk kurangkan berat badan kau.”
Chinta tersengih lagi. Dia menggeleng kepala. “ Alah! Nanti apa yang dia lecture, sama ja dengan apa yang aku dah tahu, dan boleh baca kat internet. Malaslah aku! Lagi pun, bukan aku tak tahu macam mana nak kuruskan badan. Aku cuma tak boleh berenti makan kek cawan. Tu aja!” Dia melipat kertas tadi lalu menyimpannya di bawah fail-fail yang bersusun.
“Aik! Kejap-kejap. Minta kat aku benda alah tu.”
Dengam muka hairan, Chinta hulur semula kertas tu pada Mawar. Mawar menyambutnya, bangun bergerak ke arah white board. Mengambil butang bermagnet lalu melekatkan kertas jemputan itu di situ. Selepas selesai dia menyapu kedua-dua belah telapak tangan. “ Hmm… aku letak dekat tempat yang nampak dipandangan mata. Masih panjang lagi masanya. Who knows, kau boleh berubah fikiran nanti” Dia tersengih.
Chinta menggeleng kepala. Itulah Mawar yang dia kenal. Mawar yang tak pernah putus asa dalam memujuk orang lain mengikut nasihatnya.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU