Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Friday, October 14, 2011

KUPU2 TERBANG MALAM- Bab 6

Hmm...entahlah, rasa hilang arah pula nak menyambung. Jemput baca seadanya..... _________________________________________________________


“ AKU tak suruh kau bunuh dia? Yang kau pandai-pandai sendiri…siapa suruh?” Sergah Datuk Jay. Matanya tajam merenung Jawa. Jawa hanya tunduk mendiamkan diri, seperti harimau kehilangan taring. Dia berubah menjadi tikus bila berhadapan dengan angin Datuk Jay.

      “ Tengok apa dah jadi! Dah jadi headline dalam surat kabar…puas hati kau!”

      Jawa masih memilih untuk mendiamkan diri. Mukanya masih tunduk  merenung lantai. Datuk Jay menggeleng kepalanya beberapa kali. Nampak marah benar dia dengan orang harapannya hari ini.

      Datuk Jay sangat bimbang. Manakan tidak…  jika tersilap percaturan, segala yang terjadi akan membuatkan pihak Polis dapat menghidu kegiatannya. Dia berdengus. Sekian lama dia beroperasi dengan cara begitu, tak pernah ada sebarang masalahpun terjadi. Tiba-tiba, kehadiran perempuan yang  Jawa bawa ke majlisnya…membuatkan segalanya serba tak kena.

      “ Sebelum aku tembak kepala kau…baik kau berambus dari pandangan aku. Tangan aku ni, rasa gatal sangat nak petik picu pistol ni,” ujar Datuk Jay keras. Tangannya memegang pistol dan diacu ke arah Jawa. Pistol itu seperti sudah bersedia untuk memuntahkan pelurunya.

      Jawa dengan cepat bergerak keluar. Mukanya berona keruh dan kekal masam walaupun selepas melewati pintu bilik Datuk Jay. Dia nampaknya bimbang, tidak mustahil dia pula yang menjadi mayat hari ini. Jawa menggeleng kepalanya…dan nafas berat dilepaskan.

      Datuk Jay pula, terus menghempaskan badan di kerusi sebaik Jawa hilang dari pandangan. Kerusi yang biasanya empok dan sedap diduduki, hari ini terasa keras seperti pangkin kayu. Dia mencapai surat kabar yang sedia terbuka di depannya, membaca tajuk berita itu sekali lagi dan terus  berdengus. Surat kabar itu dilempar ke tepi tiba-tiba.

      Datuk Jay mencapai talipon dan mula menekan beberapa butang. Dia menarik-narik rambutnya yang sudah dihitamkan warnanya sementara menunggu orang sebelah sana menjawab panggilannya.

      “ Masak kita kali ni…kau dah baca headline hari ni?” Tiba-tiba dia bersuara.

      “ Sudah…” jawab orang sebelah sana.

      “ Aku bimbang…kegiatan kita di hidu Polis. Malu kita…”

      “ Kita tengok dulu…kau relax boleh?” Tenang sahaja bunyi jawapan sahabatnya.

      “ Macam mana aku nak tenang. Kalau aku masuk ke dalam…kau aku bawa sekali. Aku nak kau ingat tu.” Keras bunyi ugutan itu.

      “ Aku tahu…tapi kau jangan burukkan keadaan.”

      “ Kau yang burukkan keadaan sebenarnya. Kau yang bertindak tak ikut akal..” Datuk Jay menghempas taliponnya. Geram betul dia dengan sahabatnya itu.

      Datuk Jay bangun dari kerusi dan berjalan mundar mandir di dalam biliknya. Memang begitulah kelakuannya kalau buntu atau sedang berfikir. Habis ruang pejabatnya dijadikan medan jalan kaki berkeliling. Dia tiba-tiba berdiri sambil tersenyum segaris. Ahh! Peduli apa dia dengan saranan sahabatnya itu. Yang dia tahu…dia akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kedudukannya nanti

*****

DIRA melangkah lemah, seluruh anggotanya seperti tidak bermaya. Langkah itu menjadi semakin lesu apabila dia menghampiri bilik mayat. Dia mencari kelibat Ain dan Aisyah, dan ternampak mereka di bawah sepohon pokok yang rimbun berbunga kuning. Dengan debaran yang semakin kencang di dada, Dira bergerak menghampiri mereka.

      Ain yang menyedari kehadiran Dira, terus menarik tangan Aisyah. Sekilas itu Aisyah berkalih. Mata Aisyah merah. Masih terdapat sisa-sisa airmata di pipinya. Mereka berdua menggelengkan kepala serentak.

      Aksi itu membuatkan Dira berhenti menapak. Mukanya bertukar  pucat tak berdarah, dan jantung seperti berhenti berdegup. Telapak tangan dibawa menutup mulut dan matanya turut  membulat serentak. Detik itu juga, Dira terasa lututnya semakin lemah…tak berdaya menampung badannya yang sedang berdiri. Lantas, dia terduduk di situ juga, di atas rumput menghijau yang menyelaputi bumi.

      Ain dan Aisyah berlari mendapatkan Dira.

      “ Dira! Janganlah macam ni. Kami belum cakap apa-apa lagi, kau dah nak pengsan.” Ain memaut kedua-dua lengan Dira dari belakang, dan memaksa Dira bangun. Aisyah pula, bertindak mencapai beg Dira yang terjatuh di atas rumput.

      “ Betul ke mayat tu…Nini dengan Rasyid? Nini…Nini dah mati ke?” Rintih Dira sayu. Airmata sudah mula terjun laju…entah untuk kali yang ke berapa.

      “ Dira! Dengar dulu baik-baik! Tengok muka aku ni,” pintas Ain dengan suara keras.

      Dira dapat rasakan telapak tangan Ain yang sejuk, sedang memegang kedua-dua pipinya. Mata Dira tepat merenung Ain. Memohon penjelasan.

      “ Betul! Mayat mangsa lelaki itu…memang Rasyid. Tapi yang perempuan itu bukan. Itu bukan Nini! Aku ulang…itu bukan Nini!”

      Ada rasa lega menyelinap masuk ke dalam hati Dira. Dira merenung muka Ain dan Aisyah bersilih ganti, dan mereka berdua mengangguk serentak.

      “ Bukan Nini? Betul?”

      “ Betul! Itu bukan Nini.” Keras suara Ain meyakinkan Dira.

      Mendengar sahaja ayat itu, Dira terus bangun dan bersandar di batang pokok. Dia mengurut dadanya perlahan.

      “ Buat sementara ni…itu berita baik. Tapi, kita belum pasti keselamatan Nini terjamin atau tak,” ucap Aisyah perlahan.

      “ Maksud kau?” Soal Dira lagi, mahukan kepastian. Jantungnya kembali berdetak…dan  menambah kelajuan semula.

      “ Menurut Inspektor Kamal yang mengendalikan kes tu, kedua-dua mayat ditemui berdekatan. Rasyid ditembak dari jarak dekat. Manakala perempuan tu pulak… ditikam diperut. Yang aku tak sedap hati tu, kata Inspektor tadi… perempuan tu dijumpai memakai gaun malam. Rasanya semalam, kalau ikut pandangan akulah, Nini pergi ke tempat yang sama. Kalau Rasyid balik dalam keadaan macam ni… kita cuma boleh doa Nini selamat…” tutur Aisyah perlahan.

      “ Dan, yang tak berapa sedap tu…tak mustahil juga jika nama Nini akan tersenarai antara suspek pembunuhan ni. Itu aku agak sajalah.” Ain menyampok.

      Dira terdiam sebentar. Sedang memikirkan kata-kata Aisyah. Memang kalau melihatkan cara pakaian Nini semalam, ianya hanya sesuai untuk menghadiri majlis makan malam yang melibatkan golongan berstatus tinggi, ataupun kelas atasan. Kalau majlis biasa, jarang orang mengenakan tuxedo dan gaun malam begitu. Majlis yang biasa papa buat dirumah untuk rakan niaga pun, tidak perlu begitu. Entah ke mana Nini pergi semalam dan entah apalah yang dialaminya bersama Rasyid… Rasa tidak sedap hati menjalar semula. Dira harap sangat-sangat, yang Nini selamat.

      Kalau membunuh orang tu, rasanya mustahil. Tak mungkin! Mana mungkin Nini yang bunuh Rasyid, dan  juga gadis itu. Dira kenal Nini sangat-sangat… luaran dan dalaman. Nini tak pernah  cederakan orang mahupun haiwan. Kalau boleh… semut pun Nini tak mahu bunuh. Inikan pula nak bunuh kawan sendiri. Mustahil Nini boleh berubah hingga ke tahap itu…

       Dira teringat peristiwa di depan rumah Nini pagi tadi. Kalau ada yang mencari Nini sampai ke rumah, mungkinkah itu petanda yang Nini masih selamat? Dira tak tahu nak berfikir yang bagaimana. Kepalanya rasa berserabut, dan tak tahu samada dia perlu memberitahu Aisyah atau tidak. Bimbang juga itu akan lebih membuatkan Aisyah tertekan dan ketakutan. Biarlah dulu…nanti-nantilah Dira beritahu kemudian, bila suasana sudah tenang.

      “ Jomlah! Kita gerak dari sini. Aku lapar. Dari tadi tak sempat dan tak lalu nak makan.”  Tiba-tiba Aisyah bersuara mematikan lamunan Dira. Dira mengangguk dan memandang ke arah Aisyah yang sedang menekan perut dengan muka berkerut seribu.

      “ Kita ke kantin ajalah…korang pergi dulu tau. Aku nak punch-card, lepas tu aku joint korang kat sana.” Ain meminta diri, lalu menapak ke arah pejabatnya. Manakala Dira dan Aisyah melangkah menuju ke kantin hospital.
*****

Sebaik pulang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah semalam, Ain terus menghubungi sepupunya, Liza Rose. Satu kebetulan bilamana Liza Rose bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, tempat kes kematian Rasyid sedang di siasat. Liza Rose bersedia untuk mendengar masalah mereka dan kalau boleh… akan cuba untuk menolong. Yang lebih mengujakan…Liza Rose sanggup bertemu mereka selepas waktu pejabatnya di The Burger House.

      “ Apa terjadi sebenarnya? Dan, boleh saya tahu bagaimana pihak Polis boleh dapat nombor talipon Aisyah sedangkan yang ditemui tu, mayat Rasyid… bukannya Nini? Setahu saya, Rasyid bukan rapat sangat dengan Aisyah.” Soal Dira kepada Chief Inspektor Liza Rose.

      Liza Rose tersenyum mendengar soalan Dira. Dia nampak cantik dan feminine walaupun dengan seragam Polis membaluti badan. Lesung pipit terbenam di pipi kiri itu semakin jelas kelihatan akibat dari muka yang sedikit berisi. Kalau ikut perkiraan mata kasar Dira, umur Liza Rose mungkin baru awal tiga puluhan.

      “ Ok. Begini…tadi  Kak Liza dah dapatkan maklumat tentang perjalanan kes dari Inspektor Kamal. Dia yang menyiasat kes ni. Sebelum tu, Kak Liza nak ingatkan di sini yang,  Kak Liza tak bolehlah memberi seratus peratus maklumat siasatan. Kak Liza hanya akan jawab yang berkenaan saja. OK?” Liza Rose mengangkat keningnya, serentak dengan perkataan okay diungkapkan.

      Hanya anggukan tanda faham diterima dari Dira dan Ain.

      Liza Rose membetulkan sandar badannya di kerusi. Dia menghela nafas perlahan sebelum mula menjawab soalan Dira, “ Sebenarnya, pihak kami ada menemui talipon Rasyid tidak jauh dari tempat mayatnya ditemui. Rasanya pembunuh mungkin tak perasan yang Rasyid ada membawa talipon dan terjatuh... Dan, nombor talipon Aisyah adalah nombor terakhir yang cuba didail Rasyid. Itu yang menyebabkan kami menjejak Aisyah.”

      “ Hmm… patutlah pun. Tak tahu Aisyah terima call tu atau tidak.” Soal Ain, ingin tahu.

      “ Aisyah bekerja malam tu. Katanya, dia memang nampak miss call di skrin. Dia cuba talipon balik tapi  panggilan tu hanya masuk ke peti suara saja. Nombor panggilan dari dia memang tertera pada mesej panggilan tak dijawab.”

      “ Kami risaukan kawan kami, Nini. Kali terakhir kami jumpa…dia dengan Rasyid dalam pakaian gaun malam macam mangsa bunuh yang sorang lagi tu. Dan menurut Aisyah…Nini pun tak balik-balik sejak semalam. Saya risaukan Nini…tolonglah selamatkan dia.” suara Dira bergetar bila mengingatkan nasib Nini.

      “ Dah…Ain dan Aisyah dah buat laporan tentang kehilangan Nini. Pihak kami pun dah maklum tentang tu dan sedang berusaha mengesan Nini. Buat sementara ni…kami kekurangan maklumat. Kamu berdua pun, sudah lama lost contact dengan Nini. Manakala Aisyah pula…kurang tahu pergerakan Nini. Tapi tak apa…anggota kami dah mula menyiasat tentang Rasyid. Harap-harap ada perkembangan positif lepas ni.” Panjang penerangan yang diberikan Liza Rose.

       Liza Rose berhenti meneguk minuman dengan perlahan. Dan, kembali bersandar memandang Dira.

      “ Kata Aisyah…Nini selalu keluar malam dengan Rasyid. Tapi tak pastilah samada sekadar keluar berhibur, atau Nini memang ada buat kerja sambilan…” ungkapan Dira yang sekadar boleh didengar oleh telinga sendiri itu, menarik perhatian Liza Rose.

      “ Kalau Aisyah dah terangkan semua tu pada Inspektor Kamal, rasanya… mereka dah ambil langkah yang perlu untuk mengesan tempat kunjungan ataupun tempat kerja mereka. Kak Liza tak pasti tentang ni…nanti Kak Liza cuba tanya Inspektor Kamal. Jangan risau sangat…buat sementara ni, doakan aja keselamatan Nini.

      Dira mengeluh perlahan. Dia meraup muka dengan tangan dan terpunduk memicit dahinya. Kepalanya yang sedia sakit sejak tadi, tiba-tiba berdenyut dengan kuat. Terasa tangan Ain menepuk bahunya beberapa kali. Ain kemudiannya menggosok bahunya lembut. Dira tahu, Ain sedang cuba menenangkan perasaannya.

      “ Mana tak risau Kak Liza, segala jejak menunjukkan yang Nini memang dalam bahaya. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Baru saja jumpa Nini semula, tak sempat nak sembang apa-apa pun…tiba-tiba jadi perkara macam ni. Risau sungguh! Kadang-kadang, rasa macam nak jerit saja.” Keluh Dira.

      Namun, belum sempat Dira menjerit, talipon Dira yang menjerit dahulu. Pantas saja dia menyelongkar beg sandang yang sebesar uncang beras itu. Dia memandang skrin talipon dan membeliakkan matanya. Itu panggilan dari Aisyah. Dia memandang Ain dan mulutnya bergerak tanpa suara, menyebut perkaataan ‘Aisyah’ perlahan…lalu terus menjawab.

      “ Hello Aisyah! Assalamu’alaikum!”

      “ ‘Alaikum salam! Kau kat mana?” Suara Aisyah terdengar cemas di hujung talian.

      “ Dengan Ain dan sepupunya, Kak Liza. Kau kenapa? Bunyi macam orang cemas aja.”

      “ Aku rasa…korang kena datang sini la. Sekarang!” Aisyah bercakap laju, namun suaranya kedengaran bergetar.

      “ Relax Aisyah, cuba bagi tau pelan-pelan…” Dira mengerling ke arah Ain.

      “ Rumah aku kena geledah…aku takut!” Suara esakan Aisyah semakin kuat di hujung talian.

      “ Relax Aisyah! Kami akan pergi sekarang. Kau jangan panik…kami ada dekat Seksyen 19 aja. Tak sampai sepuluh minit…kami sampailah nanti.”

      Dira mematikan talipon. Dia memandang Ain dan kemudian Liza Rose. Kedua-dua mereka nampak teruja ingin tahu keadaan sebenar.

      “ Aisyah talipon, katanya rumah dia kena geledah. Jom kita gerak. Dia tengah menangis tu…”

      “ Jomlah! Naik kereta kau ajalah! Tapi… Kak Liza macam mana?” Soal Ain.

      “ Tap apa…Kak Liza ikut. Nanti hantar Kak Liza ambil kereta semula kat sini.”

      “ Hmm…bagus juga Kak Liza ikut. Kami bukan tahu nak buat apa. Saya takut orang jahat yang saya nampak semalam yang buat semua ni…” ulas Dira sambil mengurut dadanya. Ain pula, mula bergerak keluar mendahului mereka.

      “ Orang jahat? Dira tak mention apa-apapun tentang orang jahat yang Dira nampak sebelum ni?” Sambil bangun Liza Rose memandang Dira kehairanan. Dia seperti menunggu jawapan dari Dira.

      Ain juga turut mengangkat kening dan dagunya serentak, tanda ingin tahu. Dira mengangkat bahu, menggaru kepala…tak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Liza Rose di masa-masa kecemasan begini.

      “ Kita pergi jengok Aisyah dulu…saya cerita kat sanalah.” Dira mengisyaratkan mereka supaya mengikutnya.

     Ain dan Liza Rose berpandangan. Ain menjongketkan bahu, kemudian mengisyaratkan Liza Rose supaya mengikut sahaja. Mahu tak mahu kedua-dua mereka menurut Dira dari belakang.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU