Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Tuesday, June 11, 2013

PUISI : TANYA



TANYA


Ingin aku bertanya kepada cinta
Tentang apa inginnya
Ketika dia mampir lalu mengetuk pintu kamar hatiku
Namun sekadar menyapa malu-malu
Sedang…
Ketika aku jemput dia bertamu
Dia terus menghilang 
Meminggir ke simpang jalan



Aku ingin lagi bertanya kepada cinta
Kenapa dia menghantar rindu
Yang dikeleknya ketika meruntuhkan dinding egoku
Sekadar mahu membadai sepi hati
Lalu
Ketika aku pinta dia menunggu
Rindu terus pergi
Menghilang dan kadang-kadang datang…
Tak diundang



Wahai Cinta,
Ambillah rindu kembali,
Usah biar dia sesekali bertamu
Kerana aku sudah lelah untuk hidup dalam memori
Yang tak bertepi…

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU