Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Friday, July 20, 2012

BIRU LANGIT RAMADHAN

Siaran ulangan. Sajak lintang pukang yang pernah saya upload kat blog lagi satu...

SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN AL-MUBARAK.
MAAF JIKA TERSALAH KATA DAN TERKASAR BAHASA.


Hari ini,
Ku tatap tenang biru langit Ramadan
Dalam syukur tak terhingga
Kerna masih bisa kuhirup syahdu auranya
Yang kurindu sentiasa

Biru langit Ramadan ini
Bertandang bersama kurnia
Seribu simpulan rasa
Tak tertafsir...
dek kata-kata

Ku rindu Ramadan itu,
Dalam rasa syahdu mengisi sahur di hujung malam.
Kerna dalam jamahan yang sedikit,
Ada segunung berkat tersurat.

Ku rindu Ramadan itu,
Juga dalam setiap rasa insaf yang bertandang.
Melewati waktu siang yang panas membahang.
Dalam perang hawa nafsu dan kelaparan,
menguji iman.

Ku rindu Ramadan itu,
Tika mengadap iftar dalam syukur,
dan genang airmata.
Kerna disetiap kali tangan ku angkat dan doa ku panjat,
‘ Sesungguhnya aku berpuasa dan berbuka kerana-Nya’
Dengan rezeki sekadar cuma.

Ku rindu Ramadan itu,
Tatkala khusu’ dalam qiam Tarawih.
Teguh hati mengadapnya.
Meminggir diri dari indah duniawi.
Solat dalam ikatan ukuwah.
Memohon rahmat dan barakah
Juga reda-Nya

Ku rindu Ramadan itu,
Pada hadir lazatnya rasa,
Di setiap kesempatan...
Ketika ku alun Indah ayat-ayat suci Al Quran.
Petunjuk sepanjang zaman.

Dan setiap musim,
Tika Ramadan menghampiri hujungnya.
Ada sebak bertamu di hati,
Dan airmata tumpah di pipi
Kerana aku tak pasti
Masih adakah kesempatan
Bertemu Ramadan lagi.......

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU