Siang sudah merangkak memasuki malam, namum Kimi masih belum bersedia untuk pulang. Kepalanya kusut memikirkan kes yang kini, menjadi semakin kusut. Dari duduk bertapa di IPK, berselirat kepala otak...puas berfikir, lebih baik dia mengikut Inspektor Ganesan dan Sarjan Adli makan malam. Perut pun dah menyanyi lagu dangdut...minta diisi. Dan, entah mimpi apa Sarjan Adli malam tadi, tiba2 melahirkan keinginan nak belanja mereka makan. Kerana otak sudah seperti berhenti berfungsi...Kimi hanya mengikut saja.
Tempat yang dipilih oleh Sarjan Adli adalah Restoran Kapitan. Sebuah restoran mamak yang telah wujud di Chulia Street sejak sekian lama. Restoran yang menggunakan moto 'The Best Naan Bread and Briyani In The World' tertulis begitu besar di papan iklan kedai...jelas dilihat dari jauh. Hmm...nasib baik lah restoran ni yang dipilih, kerana Kimi tidak gemar sangat makan di restoran mamak. Selain dari tidak menyukai makanannya yang berminyak, yang lebih menjadi faktor utamanya...kurang yakin dengan status halal di sesetengah restoran seperti itu.
Kebelakangan ni, restoran mamak muncul macam cendawan tumbuh, dan ada yang kabarnya, dimiliki oleh orang bukan Islam, tetapi mereka menggunakan ayat2 Al-Quran yang digantung untuk mengaburi mata pengunjung. Selain itu, mereka juga menggaji pekerja yang datang dari India, yang juga bukan Islam...tetapi mengaku Islam. Kerana tidak pasti, Kimi hanya makan di restoran mamak yang sudah menjadi kebiasaan dan betul2 yakin sahaja...macam yang sedang mereka kunjungi waktu ini.
Di waktu2 begini, restoran ini sememangnya penuh dengan pengunjung, kebanyakan meja sudahpun diduduki, cuma yang masih tinggal ialah di bahagian tepi kaki lima, alhamdulillah!...ada juga tempat. Sebaik mengambil tempat duduk, mereka dikunjungi oleh pelayan restoran, seorang lelaki separuh umur yang memakai baju pagoda dan kain putih disenteng sampai ke lutut.Kimi dan Sarjan Adli memesan Nasi Briyani, Inspektor Ganesan pula memilih roti naan.
Inspektor Ganesan yang duduk bertentangan dengan Kimi mengeluarkan sekotak rokok dari koceknya, dia mengambil sebatang lalu diketuk2 ke meja, sebelum dinyalakan. Kepulan asap mula memenuhi ruang sebaik sahaja dia mula menghisap, petanda agenda menghalau nyamuk sudah bermula. Dia menghulurkan kotak yang sedia terbuka kepada Sarjan Adli, lama juga rokok itu ditenungnya...seperti berbelah bahagi samada mahu merokok atau tidak.
Sarjan Adli mencapai sebatang dan terus dibawa ke bibir, tanpa perlu meminta, Inspektor Ganesan menghulurkan rokok yang sedang membara kepada Sarjan Adli, selepas melagakan hujung puntung dan menyedut sedikit...rokok itu mula menyala. Sarjan Adli menghulurkannya semula kepada Inspektor Ganesan, dia kemudiannya menyedut asap itu dalam2, lama menahan nafas dan akhirnya...kelihatan kepulan asap itu keluar melalui hidung.
Kimi hanya memandang, bila kusut dan tak boleh berfikir begini, Kimi pun terasa ingin merokok semula...tapi dia sudah lama berhenti. Kalau menghisap semula, ertinya segala kerja keras melawan nafsu sebelum ini sudah jadi tak berbaloi lah. Bukan mudah melalui fasa withdrawal tu, dan dia tidak ingin mengulanginya lagi...siksa!
Seperti tahu apa yang sedang berlegar di otak Kimi, Inspektor Ganesan mengunjurkan kotak yang terbuka tudungnya ke arah Kimi. Dua tiga batang rokok terjulur keluar, terasa macam rokok tu sendiri tersengih ke arahnya...sengih menggoda. Kimi hanya menggeleng, sewaktu mula2 bekerja dulu, mungkin akibat stress dek bebanan kerja, dia menjadi perokok tegar. Kalau kusut, perlukan berfikir lebih dan kalau terpaksa bekerja lebih masa, boleh dikatakan hidungnya selalu berasap, mengalahkan naga Tasik Chini yang menjadi mitos hingga ke hari ini.
Namun, kematian Abang Lid anak Pak Ngah Mud Kemereh akibat mengidap kanser paru-paru, dua tahun lepas membuatkan Kimi mengambil keputusan berhenti serta merta. Sedih melihatkan keadaan Abang Lid sewaktu tengah nazak dahulu...dan dia tidak ingin mengalami nasib yang sama. Lagipun, kempen berhenti merokok yang dilancarkan kerajaan beberapa tahun kebelakangan ni, membuatkan Kimi nekad untuk terus berhenti. Apa tidak nya,melihatkan gambar2 impak serangan kanser kepada pesakit di kotak2 rokok saja membuatkan dia naik seriau nak merokok semula.
" Betul Tuan tak tergoda nak merokok ni?". Sarjan Adli memecah kebisuan.
" Hmm... tak lah, saya kena kuatkan hati. Rasanya dah tak sanggup nak lalui fasa2 ketagihan dulu, kalau buat juga...jadi sia2 kerja saya."
" Teruk sangat ke, kesan semasa nak berenti merokok dulu", tanya Inspektor Ganesan.
Kimi tersengih, matanya diangkat memandang kubah masjid yang terletak di seberang jalan. Dia kemudiannya memandang ke arah Inspektor Ganesan.
" Teruk juga, mula2, rasa sakit kepala untuk beberapa hari...sakit yang amat. Lepas tu rasa tak bermaya, susah nak tidur...masa tu, terasa nak buat macam Mr Bean dok mengira kambing dalam salah satu siri tu. Then, ada rasa nak lempang orang pun ada...haha..." Kimi ketawa di akhir ayat.
" Hmm...kalau ada rasa nak lempang orang tu, jangan hisap balik lah. Ini...kalau kena dapat kes macam sekarang ni, takut pula saya yang kena lempang." Sarjan Adli tersengih, mengusik.
" Ya lah...dah tak tau nak siasat di mana lagi, semuanya macam bertemu jalan buntu. Senarai pemilik Rolex yang kita terima tu...tak ada sorangpun yang buat penggantian cermin. Dari siasatan lanjut juga, tak dapat nak kaitkan sesiapa langsung", balas Kimi.
" Memang Rolex palsu lah agaknya tu." Sampuk Inspektor Ganesan. Ketiga-tiga mereka mengangguk serentak.
Dari jauh kelihatan pelayan restoran menjinjing talam berisi makanan yang dipesan, aroma ayam panggang semerbak menusuk hidung dan mengundang rasa lapar serta-merta. sebaik selesai makanan dihidang, masing2 menarik talam supaya lebih dekat dan mula menjamah.
" Tuan Rasyid kata apa?" Sarjan Adli menyambung bicara, sambil mulut terkumat-kumit mengunyah.
" Kata apa...dia suruh kita terus siasat, tak perduli macam mana, tapi dia nak keputusannya."
" Hmm...orang kita yang buat pemantauan kat Restoran Sushi tu, belum bagi feedback lagi. Tuan rasa...apa perlu kita buat?" Inspektor Ganesan mengerutkan mukanya, Kimi cuma menggelengkan kepala...dia juga buntu.
Belum sempat menjawab, suara Marc Anthony bergema, dengan pantas Kimi berdiri dan terus menyeluk kocek seluarnya. Selepas menekan butang 'jawab', talipon dibawa ke telinga.
" Ya...Selamat Malam...dah jumpa? Bagus...ya! ya!...awak pujuk lah dia." Kimi berhenti sebentar, mendengar apa yang dikatakan oleh pemanggil, " Kalau boleh, saya nak jumpa dia sendiri...apa? Dia tak mahu terlibat...tak apa lah, nanti saya jumpa awak....OK, Bye."
Inspektor Ganesan dan Sarjan Adli yang berhenti menjamah sejak tadi, memandang Kimi tanpa berkelip.
" Erik, Penyelia kat restoran sushi tu, dia cakap dah jumpa pelayan yang ditugaskan melayan lelaki Rolex dan mangsa. Tapi...orang tu tak mahu terlibat."
" Payah lah macam tu Tuan. Ini yang saya geram ni, kalau kes tak boleh diselesaikan...salahkan Polis. Sedangkan mereka yang ada maklumat, tak mahu ke depan." Sarjan Adli mendengus marah.
Kimi mengangkat bahu, kata2 Sarjan Adli memang benar. Selalu jugak mereka dihidangkan dengan kepayahan seperti itu, geram sungguh bila orang awam tak mahu bekerjasama.
" Tak apalah, kita makan dulu...lepas ni balik dan rehat. Sarjan! Esok awak ikut saya jumpa Erik, saya tahulah nak buat macam mana. Ganesan! Awak jumpa Edelene dan cuba tanya dia tentang misi dia di internet tu...dan kalau awak rasa yang dia sembunyikan sesuatu, bagitau saya."
Kedua-dua orang bawahan Kimi hanya mengangguk, Kimi menepuk-nepuk bahu sarjan Adli...cuba mengurangkan rasa marahnya tadi. Mereka akhirnya menyambung agenda makan dan berbual-bual topik lain, selain kes yang menyesakkan kepala itu.

*****
" Hmm...ada emel dari Deena", ucap Kimi perlahan, sekadar bercakap dengan diri sendiri.
Selepas makan malam tadi, Kimi terus pulang ke rumah, mulanya terasa nak terus berbaring dan tidur sampai ke pagi, tapi tersedar yang dia masih belum solat Isya'. Namun selepas mandi dan bersolat, mata tiba2 tak mahu lelap, puas berkalih ke kiri dan ke kanan...masih begitu juga. Akhirnya dia bangun, mencapai komputer riba dan mula membuka yahoo mail.
Dia terus membuka mesej tersebut, dan tertera beberapa baris ayat yang ditulis Deena. Dia mula membaca;
Salam, apa kabar, Kimi sihat? Bersama ni Deena attached nota yang Deena jumpa haritu. Kimi bacalah, mungkin Kimi lebih faham. Minggu depan deena balik kampung, kita jumpa dan discuss. Ok. Take care.
Selesai membaca, dia menggerakkan kursor ke arah ikon seperti klip kertas dan menekan pad tetikus lagi sekali, terpapar nota yang dimaksudkan, namun tulisannya kecil...langkah terakhir, nota itu akhirnya dimuat turun.
Lama Kimi mengambil masa membaca dan menelan barisan ayat yang pastinya ditulis oleh Nina. Dia kenal sangat tulisan tu, kemas, bulat dan cantik, tulisan tangan yang sering mendapat pujian semua guru. Tanpa sedar, ada air mata mula mengalir di tubir mata, sedih dan sebak, nafas pula menjadi semakin sesak.
Kimi menggenggam penumbuknya, tanpa sedar dia melepaskan tumbukan pada meja di hadapannya. Kini segalanya sudah terjawab, kalau dulu dia hairan kenapa Nina tiba2 meminta hubungan diputuskan...rupanya ada manusia bangsat yang telah mengambil kesempatan. Kesian Nina! terpaksa menyimpan semuanya dan melalui segalanya bersendirian.
Kimi nekad. Dia akan terus menyiasat dan akan pastikan orang yang bertanggung jawab di bawa ke muka pengadilan. Di mindanya kini hanya terbayang wajah Zekry, mungkin kerana Zekry satu-satunya orang yang bersaing untuk cinta Nina secara terang-terangan. Tapi Nina menulis perkataan 'mereka', maksudnya lebih dari seorang, mindanya melakar beberapa nama...tapi akhirnya dia menggelengkan kepala.
Kimi sedar, dia harus rasional, tidak patut menunding kepada siapa2pun tanpa bukti. Dia kemudiannya membalas emel dari Deena, tak sabar rasanya menunggu minggu hadapan.

Daniel termenung panjang, angin laut yang bertiup perlahan tak mampu mengurangkan resah hatinya. Sengaja dia memberhentikan motosikal di hentian rehat Bagan Ajam, mengambil tempat di salah satu batu yang diatur membentuk benteng di pantai itu...mahu berfikir dengan tenang. Ramai pengunjung yang bertali arus dengan aktiviti masing2, main air, mengorek siput, berjogging dan tak kurang yang berduaan memadu kasih agaknya. Mulutnya mencebik, orang Melayu sekarang sudah jadi macam orang Putih, hilang tatasusila.
Dia masih teringat kata2 Erik pagi tadi...sepanjang hari kata2 itu berulang-ulang di minda, macam perakam suara. Sewaktu pertemuan pertama dengan Erik di Sunway Carnival tiga hari lepas, Erik sudahpun bercerita yang Polis sedang mencarinya, tapi dia malas nak terlibat. Bukan senang nak melalui semua tu, kalau silap2 diminta menjadi saksi, kena naik turun mahkamah, lepas tu asyik tertangguh kes sampai bertahun-tahun. Proses yang akan menganggu kerja-kerja seharian, dan juga emosi.
Puas Erik meminta nombor talipon, dan bertanya di mana dia berkerja sekarang, tapi dia hanya buat2 bodoh. Daniel kenal sangat Erik, walaupun tidak lama bekerja di bawah seliaan Erik, tapi dia tahu, kalau nombor talipon atau alamatnya jatuh ke tangan Erik, semestinya lambat laun...Polis akan dapat mencarinya. Erik tu seorang yang obses dengan segala siri penyiasatan...kadang2 berlagak macam dia tu penyiasat.
Daniel tidak pasti bagaiman Erik dapat mencarinya, sedar2 sudah berdiri dihadapannya pagi tadi. Hmm, dia lupa, Erik memang cepat bila sampai bab siasat menyiasat ni...nasib baik dia tak bawa anggota Polis. Daniel tak kisah sangat berjumpa Erik lagi, cuma, apa yang Erik katakan pagi tadi, berbekas di hatinya. Kata Erik, Daniel hanya pentingkan diri, dan tidak pernah kisah apa yang bakal terjadi kepada orang lain. Erik minta dia bayangkan, kalau budak perempuan yang menjadi mangsa tu ahli keluarganya, sudah tentu dia ingin mengetahui siapa yang bertanggung jawab...dan seterusnya dihukum. Tanpa sedar, kepala Daniel terangguk-angguk.
Daniel masih ingat peristiwa beberapa bulan lepas, kalau ditanya samada dia masih boleh cam lelaki itu atau tidak...jawapannya, Ya! Bukan setakat muka disebalik samaran rambut panjang dan cermin mata tinted tu, bahkan dia nampak wajah sebenar lelaki tersebut. Itupun secara tidak sengaja, tanpa disedari oleh tuan empunya diri.
Semuanya masih jelas, perempuan yang dah selamat jadi arwah tu memang cantik, tapi kelam kabut, tak tahu macam mana dia boleh tumpahkan air di atas meja. Seluar lelaki Rolex tu basah di bahagian paha ...tentulah tidak selesa. Tetapi lelaki tu, hanya bertenang, kontrol macho lah konon...di dalam hati siapa tahu. Yang teruknya, perempuan tu tumpahkan air suam lagi sekali selepas tu, dan kali yang kedua...terkena seluar Daniel, walaupun lelaki itu cuba tersenyum, Daniel nampak rahangnya bergerak-gerak, macam orang menahan marah.
Selepas menyelesaikan tugasnya di meja tersebut, dia meluru ke dalam tandas, disamping cuba mengeringkan apa yang patut, terasa juga nak mengosongkan pundi kencing. Akibat tidak tertahan lagi, Daniel tidak sempat mengunci pintu, dan ianya dibiarkan sedikit terbuka. Baru nak melangkah keluar selepas habis 'bisnes' tu, dia terdengar pintu utama dibuka dan seseorang melangkah masuk diiring bunyi dengusan kasar.
Dia mengintai di sebalik celahan pintu, dan ternampak lelaki Rolex tu merenung tajam ke arah bayangan diri sendiri di dalam cermin...seperti cuba menahan marah. Daniel tak tahu apa yang patut dibuat pada waktu itu, hendak keluar...terasa nak tengok macam mana lelaki yang tadi 'cool habis' tu melepaskan kemarahan di belakang perempuan. Tandas yang kecil itu hanya mempunyai dua bilik, dia akhirnya cuma bersembunyi di sebalik pintu...terus mengintai.
Lelaki itu bergerak ke pintu utama dan menekan butang tombol. Waktu itu Daniel terasa macam nak terkucil semula, kerana dari renungan mata yang tajam tu, dia yakin...lelaki itu bukan orang baik2. Bila kembali mengadap cermin, lelaki itu menanggalkan cermin mata dan dituruti dengan rambut palsu yang panjang melepasi bahu...lama dia merenung dirinya di dalam cermin. Mungkin cuba menenangkan diri sendiri. Akhirnya dia membasuh mukanya beberapa kali, sebelum cuba mengeringkan seluar yang sudah tersiram air oren.
Daniel masih ingat, sewaktu sedang mengendap dari celahan daun pintu, dia boleh nampak dengan jelas rupa lelaki tersebut, dan kehadiran tanda pada bahagian mukanya. Daniel pasti, kalau terjumpa di mana2 pun dia akan mampu mengecam muka tersebut, terutamanya bahagian mata yang kecil dan keningnya yang lebat itu. Mungkin itu salah satu sebab mengapa lelaki itu menyamar, unik sangat raut mukanya, hingga mudah diingat.
Jantungnya berdegup kencang bila lelaki tu tiba2 berjalan ke arah pintu tandas tempat dia berdiri, namun akhirnya berpatah balik bila ada orang mengetuk pintu tandas. Daniel menggeleng kepala, nasib baik dia selamat...kalau tidak, agaknya dia pun jadi arwah seperti perempuan malam itu. Bila terbaca kes mayat di tapak pelupusan dan gambar mangsa beberapa hari selepas itu, dia yakin...itu orang yang sama. Dan naluri hati mengatakan yang dia perlu bertukar kerja, bimbang jika bertemu dengan lelaki Rolex itu semula...dan bimbang juga jika disoal siasat Polis.
Kepala Daniel kusut, tak tahu samada dia patut ke depan atau tidak. Rasa hati bercampur-campur antara ingin menolong dan menjaga kepentingan diri sendiri. Hmm...biarlah dulu. Dia perlukan masa, perlu berfikir dalam2 sebelum membuat keputusan. Setelah yakin dengan keputusan yang di buat, Daniel bangun dan berjalan untuk mengambil motosikalnya.

No comments:
Post a Comment