Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Monday, November 22, 2010

BAB 23

Gambar dari sini

" Hmm...Ya mak, Deena tau salah Deena. Tak! Tak merajuklah...tengah sibuk nak ujian. Mak jangan risau...OK..OK..Assalamu'alaikum!" Deena bercakap sambil berbisik melalui talipon, sehabis bercakap Deena mematikan talian. Bimbang pula mengganggu pelajar lain yang sedang mentelaah di perpustakaan.

Bella yang sedang duduk bersebelahan dengan Deena yang hanya memerhati dan mencuri dengar dari tadi, dia kemudiannya mendekatkan kepala ke arah Deena.

" Mesti mak kau yang talipon, dah tiga minggu kau tak balik. Apa cerita?" Bella berbisik perlahan.

" Dia takut aku merajuk, lepas kena marah hari tu."

" Oooo.... Yang tu kau dah cerita, tapi janji nak tunjuk notes tu...sampai hari ni tak share lagi." Bella merungut, muka sengaja dimasamkan, nak buat muka kesian lah konon. Deena tersenyum sambil menarik hidung Bella.

" Merajuk la tu." Dia kemudiannya melihat jam di tangan. "Mana Eton ni...kata tadi nak join kita kat sini, dah sejam tak sampai2." Deena mengerutkan muka. Lama betul menanti Eton.

Baru habis merungut, talipon yang diletakkan di atas meja berhadapan dengannya bergetar, tandanya ada SMS yang masuk. Pantas Deena mencapainya dan menekan butang view, dia menghembuskan nafas panjang, sambil badan dijatuhkan sedikit tanda tak puas hati. Bella yang hanya memerhati, mengangkat muka isyarat bertanya.

" Dia tunggu kita kat tempat biasa, katanya ada hal dengan pensyarah tadi, tu pasal tak datang." Sambil bercakap, tangan Deena pantas mengemas buku2 yang bertaburan di atas meja. Bella juga turut berkemas.

Dari perpustakaan, mereka keluar dengan kereta Kelisa Deena menuju ke Restoran Ani Sup Utara di seksyen 3, tempat mereka selalu lepak lepas waktu kuliah. Tak sampai sepuluh minit, kereta Deena membelok memasuki parking di hadapan Restoran. Keadaan restoran yang lengang tu, memudahkan mereka untuk berbincang apa sahaja, selain itu, menu restoran yang bermacam jenis tu menepati selera mereka bertiga.

Eton sudah sedia menunggu di meja paling hujung di sudut kiri Restoran, meja yang biasa mereka pilih kalau belum diduduki. Belum sempat melabuhkan punggong, Bella dah membebel.

" Penat tunggu kau tadi, kenapa?, lecturer tu tahan kau kat bilik dia ka?"

" Tak...dia tak puas hati dengan assignment aku, kena rombak semula. So, kami bincang kat bilik dia...tu yang aku tak jadi pi library tu." Jawab Eton, matanya memandang Deena yang sedang mengambil tempat duduk.

" Kau dah oder makanan?" Deena memandang Eton, yang menjawab dengan satu anggukan, dia kemudian berkalih kepada Bella di sebelahnya, " Kau Bella, nak makan apa?".

" Macam biasa lah." Bella tersengih, kemudian berpaling ke arah Eton sambil berkata sesuatu.

Deena melambai tangan kepada pekerja restoran yang sedang mengelap meja tak jauh dari kedudukan mereka, pekerja tadi berhenti mengelap dan memandang ke arah mereka. Dia mengangkat dagu isyarat bertanya.

" Abang! Macam biasa lah. Dua set ya.." Deena berkata, jarinya membuat isyarat peace. Pekerja itu hanya tersenyum sambil ibu jari tangan memberi isyarat bagus bersama sebuah anggukan tanda faham. Kerana kerap mengunjungi premis ini, semua pekerja sudah dikenali, malah menu kesukaan mereka pun sudah dihafal.

Dua pasang biji mata membulat sedang merenung Deena sebaik sahaja dia berkalih semula ke arah kawan2nya. Hampir tersirap darahnya, terperanjat sungguh!

" Kenapa ni?, tengok aku macam nak telan jer."

" Bella baru ingatkan aku ni, the other day hang cakap nak share isi notes yang hang jumpa kat dalam setor tu. Macam mana, bawak tak?" Eton memandang Deena tanpa berkerdip. Deena menjegilkan matanya. Buat suspen jer!

Tangan Deena mengeluarkan diari hitam dari dalam beg sandangnya, membuka halaman tengah dan terus mengambil kertas putih sebesar 14 x 20 cm, di dalam jumlah empat helaian dan dikepilkan dengan stapler. Kertas itu dihulurkan kepada Eton. Bella pula, dengan pantas mengubah kedudukan ke kerusi sebelah Eton.

" Hmm...a very neat hand writing, dia tulis sajak la, dalam bahasa Inggeris." Bella berkata, dan dia mula membacanya perlahan...cukup untuk didengar mereka bertiga.


THERE WILL NEVER BE A DAY

There will never be a day
When I wont smile a quiet smile
And say an unspoken thanks
Just for you.

There will never come a time
When I wont think of
All the special things
About you.

You...with gentle touch
And warming grin
And the kindness eyes
I've ever known

It makes such a difference
To have someone like you
To go through life with.
I've discovered that
I need and I want the kind of feeling that we shared
To continue day into day
and into all of our tomorrows
For,
There will never be a day
In my life
That you will not be a part of it.


( I Will always love you KIMI)

Sebaik habis membaca sajak tu, Bella dan Eton mendongak wajah serentak memandang Deena, ada airmata bergenang di mata mereka. Kalau Bella tu, biasalah...dia memang sedikit sensitif orangnya. Tapi bila Eton yang memberi reaksi serupa...sumpah, Deena hairan.

" Entah kenapa, aku rasa sebak pula baca poem ni. Kalaulah ada seorang lelaki yang dedicated poem macam ni kat aku...aduh bahagianya hati." Bella mendongak kepala sambil memejamkan mata, nota tadi ditekapkan ke dada.

Eton buat muka boring, Deena pula mencebik bibir, tapi akhirnya mereka berdua tersenyum melihat gelagat Bella. Baru membuka mulut untuk berkata sesuatu, Bella kembali menyambung kata," Sayang sungguh rupanya si Nina ni pada Kimi. Kimi dah tau ke?" Bella bertanya.

Deena hanya menggelengkan kepalanya, dia masih belum berjumpa Kimi sejak balik kampung tempoh hari, tapi Kimi sudahpun diberitahu tentang penemuan nota tersebut, sejak mula2 ianya dijumpai...namun bukanlah secara terperinci. Seperti Bella dan Eton...Deena juga sebak sewaktu pertama kali membacanya. Perkataan gentle touch, warming grin dan kindness eyes itu sememang membayangkan sifat2 yang dimiliki oleh Kimi.

Eton cuba berkata sesuatu, tapi berhenti bila meja mereka dihampiri pelayan restoran yang menatang dulang berisi dua set nasi ayam, satu mangkuk bubur nasi dan tiga gelas minuman. Pelayan itu tersengih sambil mengatur makanan yang dihantar di atas meja

" Terima kasih!" Ucap Bella bila pelayan tersebut mula beredar.

" Kau rasa...dia tulis sendiri ke, atau dia copy kat mana2?" Tanya Eton. Deena sekadar mengangkat bahu, malas nak mengulas, walaupun hatinya kuat merasakan yang semua itu lahir dari hati Nina. Semuanya secara tulus ikhlas.

"Hmm...tapi kalau sekadar sajak, tak selesailah juga masalah kat mana nak cari diari tu." Bella mencelah. Dia mula mencapai garfu dan sudu, pinggan nasi ayam tu ditarik supaya lebih dekat. Kelihatan dia menelan air liur beberapa kali.

" Ya lah, betul apa yang Bella cakap tu, penat2 kau kena usik sampai nak semput...tak kan dia sekadar nak tunjuk yang dia pandai tulis sajak aja...kelakar juga hantu ni." Eton pula menyokong apa yang disuarakan Bella, dia tergelak kecil di hujung ayatnya.

Hmm...main2 pulak Eton ni, kalau dia yang kena usik...baru padan muka. Dibulatkan matanya memandang Eton. Eton tersenyum herot, kedua-dua tapak tangan kiri dan kanan ditemukan dan dijunjung di atas kepala.

" Ampun! Aku gurau saja, jangan marah haa..." Bercakap mengajuk cara Bujang Lapuk meminta maaf.

" Lagi sekali kau buat main2...aku debik dengan penumbuk sulung aku ni." Kata Deena sambil tangan mengenggam penumbuk. Dia kemudian mencapai gelas minuman dan mula menyedut teh ais yang dipesannya.

" Amboi! Garangnya, aku tau la kau tu pemegang black belt kaler biru."

" Banyak la kau punya cengkadak...black belt saja tau, yang kaler biru aku tak mau."

Bella yang sedari tadi jadi pemerhati, ketawa mengekek, Deena dan Eton juga turut ketawa akhirnya. Deena memang merasa sangat bertuah mempunyai sahabat yang sangat memahami dan selalu mewarnai hidupnya macam Bella dan Eton ni. Sudah tiga tahun mereka berkawan, dan Alhamdulillah...mereka tak pernah bermasam muka

" Kau selak ke helaian kedua...lepas tu korang bagitau aku pendapat korang." Deena kembali bersuara selepas ketawa semua orang berhenti.

Bella menyelak ke mukasurat seterusnya, Eton memanjangkan leher, turut sama memerhatikan isinya. Satu nota panjang ditulis sepenuh mukasurat. Bella mula membaca lagi...masih dalam suara yang perlahan seperti tadi.

12 jun 2000.

Mulai hari ini, aku cuma akan menulis di sini...hanya di sini. Diari merah jambu tu, dah aku simpan di tempat yang selamat

Kebelakangan ni, hati aku rasa tidak enak, tak tahu kenapa...rasa seperti ajal aku makin dekat. Sudah tiga malam berturut2 aku mimpi gigi aku luruh semuanya...tak satu pun yang tinggal. Bila aku refer pada buku tafsir mimpi kepunyaan mummy, tafsiran tu buat aku resah, minda aku kacau...Aku takut, kekadang tersangat takut. Ya Allah! Ampunkan dosa2ku

Tahun lepas, waktu menghampiri tarikh lahir aku, aku mimpi juga, kain yang nak dibuat baju tak cukup...dan tafsirnya, sama...ajal makin dekat. Tapi Kimi kata, itu mainan tidur, dia kata jangan fikir...dan aku sudah mula melupakannya. Mungkin benar...ajal aku makin dekat!

Kenapa sekarang? Di saat hidup aku dan impian aku menuju kemusnahan. Aku benci dia, dia yang merobek mimpi indah aku...dan kalau boleh, aku tidak ingin memandang wajah itu. Kalau ditakdirkan umur aku pendek, aku nak Kimi tahu, aku tak bersalah dan aku tak pernah mencintai orang lain. Aku benci...tapi, apa yang mampu gadis berumur 18 tahun seperti aku lakukan. Aku hanya mampu menangis..menangis....dan menangis.

Dia kata dia sayang aku, ingin hidup bersama aku. Mereka yang lain2 juga sama...kenapa tak boleh biarkan aku aman mencintai Kimi. Aku benci, aku jelak, kenapa semua orang kata cintakan aku, sayangkan aku?...kenapa mereka tak mau faham?...I LOVE KIMI, ONLY KIMI! Kenapa nak paksa aku suka mereka?

Aku tersilap cakap...aku beritahu dia, aku tulis segala yang dia lakukan pada aku di dalam diari merah jambu tu, diari hadiah Kimi pada aku tahun lepas. Aku cakap, kalau dia apa-apakan aku lagi, diari tu akan beritahu semua orang...dia tak kan selamat. Rupanya, senyap2...dia masuk ke bilik aku cari diari tu, nasib baik terserempak dengan aku. Alhamdulillah! Diari tu aku simpan di tempat lain...jadi dia tak jumpa, tapi tempat tu juga tak selamat. Aku dah jumpa tempat baru...dan aku tak akan keluarkan lagi, biarlah diari tu kat situ...DEKAT DENGAN AKU, WALAUPUN TAK TERCAPAI TANGAN....hanya kuncinya masih aku pegang, dan lepas ni, aku cuma akan menulis di sini...

Aku sayang Kimi....aku sayang Kimi...aku sayang Kimi...hanya Kimi..


Deena hanya memandang kedua sahabatnya yang terdiam sahaja sebaik habis membaca. Bella masih memandang tepat ke arah nota tadi, sedang ulang membaca agaknya. Eton pula bersandar dikerusi dengan muka menengadah siling. Masing2 terdiam, makanan yang penuh di meja pun tidak disentuh lagi, selera makan tiba2 hilang. Eton akhirnya menegakkan badan dan memandang Deena.

" Macam mana rasanya bila kita tahu, kita dah nak mati? Aku selalu terfikir perkara tu. Hari ni, bila aku baca nota Nina, aku rasa semacam jer...naik meremang bulu roma aku. Kesian Nina kan, tak tau apa sebenarnya yang jadi kat dia." Eton berkata memecah kebisuan antara mereka.

" Betul tu...aku pun terfikir semua tu. Sedih! Kalau ikut apa yang Kimi cerita, rasanya nota ni, Nina tulis beberapa hari sebelum dia hilang. Dia sempat simpan diari tu, cuma tak pasti kat mana atau mungkin dah jatuh ke tangan orang tu...tak tahu lah." Jawab Deena.

" Perkataan 'dekat dengan aku, tapi tak tercapai tangan', apa maksudnya ya?" Bella pula mencelah. Deena dan Eton mengangkat bahu serentak.

" Kau dah kenal dengan orang2 yang ada hubungan dengan Nina kan!, kau rasa lah, siapa yang boleh kau agak, yang Nina maksudkan sebagai 'dia' kat sini.?" Tanya Eton.

Deena terdiam, berfikir sebentar, " Kalau kau tanya aku, ada beberapa lelaki yang boleh disangsikan, mungkin Pak Mat, penjaga rumah tu, atau Zekry...atau mungkin juga Abang Lan. Tapi tak mustahil juga pekerja2 mereka. Susah nak agak la..."

" Zekry tu, apa hubungannya dengan Nina?" Bella bertanya.

" Dia kawan sekolah Nina, tua setahun dan dia memang terang2 cintakan Nina dan memusuhi Kimi...sampai sekarang. Tapi susah nak cakap la.."

Bella dan Eton hanya mengangguk. Deena pula merenung jauh, terbayang perlakuan Zekry dan sifat misteri Zekry...mungkinkah 'dia' yang dimaksudkan Nina itu, Zekry?

" Aku rasa, aku kena balik kampung lah, ada siapa2 nak ikut?"

Senyap. Tiada tindakbalas diterima dari Eton, mahupun Bella.


*****


Zekry bercekak pinggang di bahagian depan rumah, memandang wakaf yang telah siap. Pandangan mata kemudiannya tertumpu ke arah redup pohon Bourgenvilla yang menghiasi pintu depan. Hati tiba2 jadi sebak kerana terkenangkan Nina, dia mengeluh. Kembali berada di rumah ini membuatkan dia kadang2 di landa resah dan tak tentu arah. Rumah ni sarat dengan kenangan bersama Nina. Nina yang hingga kini masih bertakhta di tempat paling tinggi di persada hatinya. Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu...nama Nina masih utuh di situ.

Kalau tak kerana kerja2 yang perlu diselesaikan di sini dulu, mungkin dia dan Nina tak akan menjadi rapat. Terima kasih untuk Abang Lan kerana, walaupun masih baru menyertai syarikatnya waktu itu, Abang Lan sudi memberi kepercayaan padanya untuk menguruskan kebanyakan hal2 yang berkaitan dengan pembentukan landskap sekeliling rumah ini. Dan salah satunya pohon Borgenvilla itu, yang merupakan permintaan Nina...dia tahu, walaupun keinginan itu bukanlah disuarakan secara terus kepadanya.

Nina telah memilih Kimi, dan walaupun pahit...kenyataan itu terpaksa ditelan oleh Zekry. Hatinya masih sakit bila mengingatkan semua itu, walaupun semuanya sudah sekian lama berlalu. Sangka Zekry, ketiadaan Kimi suatu waktu dulu mampu membuka ruang untuknya memenangi hati Nina...dan dia berusaha mencuri setiap peluang yang ada. Nina membuka ruang persahabatan, namun sekadar di situ sahaja, Zekry tak mampu melangkah lebih jauh untuk meneroka ke ruang hati Nina.

Menyedari kenyataan itu membuatkan Zekry hilang sabar, hatinya sudah nekad, dan dia akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk memiliki Nina. Langkah pertama dilakukan dengan menjaja cerita kononnya dia terserempak Kimi keluar dengan perempuan lain. Hmm...memang dia pernah terlihat Kimi dengan beberapa orang kawan di Komtar, dan dia perasan yang terdapat seorang perempuan yang seolah-olah tak ingin berenggang dari sisi Kimi. Peristiwa itu ditokok tambah untuk menimbulkan rasa sangsi di hati Nina.

Tidak berapa lama selepas cerita itu disebarkan, Kimi pulang ke kampung, dan Zekry mendengar Kimi dan Nina bergaduh. Kerana itu juga dia dan Kimi mempamerkan agenda gusti 'Smack Down' tak berlesen di padang bola, percuma saja orang2 kampung dapat menonton gusti tanpa perlu menunggu malam jumaat di TV3. Kimi nampaknya sudah banyak berubah, lebih pandai mempertahankan diri berbanding waktu bersekolah dulu. Betullah agaknya desas desus yang didengar sebelum ni, ada yang menyampaikan berita yang Kimi belajar ilmu silat di USM, pergerakan Kimi berubah menjadi sangat tangkas.

Abang Lan sekali lagi terpaksa bertindak sebagai referee, kalau tak dileraikan oleh Abang Lan, mungkin kedua-dua mereka akan berkampung di hospital Seberang Jaya, atau salah seorang perlu bermalam di dalam lokap. Dan agenda permusuhan itu belarutan macam perang antara Israel dengan Palestine...tiada kesudahannya. Hmm...cinta memang boleh membuat lelaki jadi gila, dan Zekry sedar, dia dan Kimi sama2 gila kerana seorang Nina.

Agenda fitnah gila itu tidak membawanya ke mana-mana pun, kerana Kimi dan Nina, kembali menjadi seperti belangkas selepas itu, dan Zekry...hanya menyimpan rasa sakit hati yang tak pernah padam. Sifat dengki dan tidak puas hati yang mula merajai hati membuatkan Zekry mengatur rancangan yang lebih jahat selepas itu. Dan hari ini, bila mengingatkan kembali apa yang cuba dilakukannya dulu, dia hanya mampu menggelengkan kepala. Dia sudah tersilap langkah...dan kesan dari tindakannya itu, membuatkan dia menanggung penyesalan hingga hari ini. Lebih2 lagi selepas apa yang terjadi kepada Nina. Zekry mengeluh lagi...

Memandang rumah ini, pohon Borgenvilla yang berbunga merimbun itu, dan juga memandang Deena yang mirip Nina sememangnya mendera perasaan. Semuanya mengimbau kenangan dan membuatkan Zekry dikunjungi rasa resah setiap masa. Kerana itu juga, buat masa ini...dia menjarakkan diri dari Deena. Deena bukan Nina, walaupun hampir 99 peratus serupa. Tetapi bila melihat Kimi berbaik-baik dengan Deena, rasa sakit hati itu kembali bertamu, kenapa Kimi? Kenapa asyik2 Kimi sahaja yang menjadi pilihan pertama. Rasa benci pada Kimi menyentak-nyentak tangkai hatinya.

Sudah lebih tiga minggu Zekry tak nampak Deena, sejak kepulangan yang mencetus kemarahan Encik Hisyam tu, kelibat Deena sudah tak kelihatan. Entah apa yang dicari Deena di dalam bilik setor yang menyimpan barangan keluarga Nina tu...dia sendiri tidak pasti. Pak Mat pula, macam selalu lah, mulutnya terkunci rapat. Mungkin juga sifat nakal semasa sekolah dulu masih berbaki di dalam diri Deena, melihatkan perwatakan Deena yang ceria dan mesra tu, tak mustahil.

Zekry tidak pasti sejauh mana agaknya Deena tahu tentang cerita Nina dan sejarah kehilangan Nina. Namun sewaktu kepulangan Deena yang lalu, dia asyik bertanya tentang Nina. Pertanyaan demi pertanyaan yang membuat Zekry rimas, walaupun soalan itu bukanlah ditujukan terus kepadanya. Abang Lan akhirnya terpaksa membongkar cerita lama, cerita yang Zekry tahu, cuba dipadamkan dari ingatan Abang Lan. Kesian Abang Lan, lelaki sebaiknya tidak layak untuk perempuan seperti Kak Adila. Dan yang lebih merisaukan, kalau tersilap di korek, akan membuka rahsia buruknya suatu waktu dulu. Muka Zekry berkerut, nafas ditarik dalam-dalam, dan kemudiannya dilepaskan...

" Hai! Menung apa tu, jauh nampak...muka pula berkerut seribu, kenapa?" Abang Lan menegur sambil tangannya menepuk bahu kiri Zekry.

Zekry tersenyum dan kemudiannya ketawa kecil, mustahil memberitahu apa yang sedang dia fikirkan kepada Abang Lan. Dia hanya menggelengkan kepala. Dia kemudian menunding jari ke arah wakaf yang telah siap

" Dah siap wakaf ni abang, jadi lepas ni dah tak ada apa2 kerja la kat sini"

" Hmm...nampaknya begitu lah, kecuali tuan rumah nak suruh buat apa2 lagi." Abang Lan tersengih, namun kelihatan belum berpuas hati kerana pertanyaannya belum berjawab. Dia berkalih memandang Zekry semula

" Zekry teringat kat Nina ka?" Soalan tu tiba2 terpacul dari mulut Abang Lan, namun disambut oleh gelengan malas dari Zekry

" Abang! Saya nak balik lah, abang settle lah yang lain2." Zekry terus bergerak ke kereta tanpa menjawab soalan Abang Lan.


*****

Azlan atau Abang Lan hanya memandang Zekry berlalu ke keretanya, lama juga dia berdiri di situ. Dia cuma berkalih bila kereta yang dipandu Zekry hilang dari pandangan. Kepala Azlan menjadi sesak melihatkan tingkah laku Zekry...dia sayangkan Zekry, macam adik sendiri. Namun sejak peristiwa kehilangan Nina, Zekry menjadi semakin misteri, pendiam dan terlalu berahsia. Tapi dia tahu, Zekry amat menyayangi Nina sepenuh hati, cuma, Kimi lebih bertuah kerana memenangi hati Nina.

Bercakap mengenai tuah, rasanya dialah orang yang paling tak bertuah. Dia terperangkap dalam cinta yang terlalu rumit, dan akhirnya hidup sendiri. Bukan itu yang dia minta, dia cuma ingin menjalani hidup bahagia seperti orang lain, hidup dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Ini semua salah Adila, atau mungkin juga salah dia juga.

Adila terlalu cantik untuk dikurung di dalam rumah dan menjalankan peranan sebagai isteri sahaja. Kata Adila, dia ingin bebas bergaul, tak ingin terikat dengan peranan isteri mithali. Kerana sayang, dia membiarkan sahaja, dan hasilnya...dia hilang segalanya. Azlan menggelengkan kepala...cuba menepis memori lama yang menyesakkan minda.

Tiba2 teringat akan soalan yang pernah ditanya Deena, iaitu samada dia pernah jatuh hati pada Nina atau tidak...Azlan tersenyum. Ada2 saja lah Deena ni, mindanya memang kreatif tak bertempat. Walaupun wajah Deena mirip Nina...perwatakan mereka berbeza. Deena lasak dan ceria, Nina pula lebih lemah lembut, dan sentiasa menjaga budi pekertinya di hadapan orang, kalau di belakang orang, atau waktu bersama Kimi...Azlan tak pasti lah.

Kalau waktu itu Azlan belum ada Adilla, mungkin juga dia akan bersaing dengan Kimi dan Zekry untuk memenangi hati Nina. Dia menggelengkan kepala bila terfikir begitu. Kesian Nina, gadis secantik dan sebaik Nina tak seharusnya menerima nasib seperti itu...dia mengeluh berat.

" Lan! Mai masuk kejap."

Lamunannya bersepai serta merta bila terdengar namanya dipanggil, bila dia berkalih, kelihatan Encik Hisyam sedang melambaikan tangannya.

" Oh! Encik Hisyam, kat sini aja lah...kita cuba wakaf yang dah siap ni."

Encik Hisyam mengangguk, berkalih ke dalam rumah untuk berkata sesuatu dengan isterinya mungkin. Dia kemudian menyarung selipar dan bergerak ke arah Kimi.

" Zekry kata dah siap, saya nak settle kan bayaran ni."

" Tak...tak...tak payah. Pak Mat kata, yang baki tu...tuan rumah akan settle kan. Encik Hisyam pun menyewa saja kan kat sini. Kalau Encik Hisyam berpindah nanti, wakaf ni bukan boleh diangkut sekali." Azlan ketawa kecil, disambung ketawa dari Encik Hisyam.

" Hmm...kalau orang dah nak kongsi budget...saya terima aja lah." Ujar Encik Hisyam.

Azlan bergerak ke arah wakaf, berdiri di tepi tangga kayu yang cuma ada dua anak tangga, Encik Hisyam mengikut di belakang.

" Jom..rasmikan wakaf ni. Saya lupa pula nak ikat riben, kalau tak...boleh lah potong." Azlan tersengih, dia ternampak Puan Nora keluar dari pintu hadapan sambil menatang talam berisi air dan kueh. Hmm..rezeki ni, petang2 macam ni kalau kena air teh dengan kueh cekodok, mesti sedap.

Encik Hisyam memanjat anak tangga, dan mula bersila di bahagian kiri, Azlan turut bersila di sebelah kanan. Puan Nora yang sampai kemudian, menghulurkan dulang berisi air, disambut oleh Encik Hisyam. Dia mengisyaratkan isterinya supaya turut sama berbual di situ. Puan Nora akur.

Seperti mana yang difikirkan Azlan, kueh cekodok pisang yang masih panas terhidang di dalam pinggan. Puan Nora mula menuang air teh ke dalam cawan putih dihias dengan corak bunga ros.

" Macam mana Puan, OK tak?" Azlan mula bertanya.

" Alhamdulillah! Puas hati sangat2. Masa Deena balik hari tu, dia pun cakap OK."

" Hmm...lama tak nampak Deena, dia tak balik?

Puan Nora dan Encik Hisyam, perpandangan. Muka mereka berubah macam orang serba salah. Azlan cuma diam, masalah keluarga agaknya.

" Lan, tak dengar apa2 ka..kut2 Pak Mat ada bercerita?" Encik Hisyam bertanya, Azlan cuma menggeleng.

" Ayah dia ni, marah sangat masa dia balik hari tu. Merajuk agaknya." Puan Nora mencebik ke arah Encik Hisyam.

" Dah, tak kan saya nak tersenyum bila dia ceroboh barang orang, harta orang. Tak kira lah apa alasan dia." Encik Hisyam berkata perlahan. Azlan masih terpinga-pinga, tak faham.

Puan Nora, yang sedar akan muka hairan Azlan, mula menerangkan duduk perkara sebenar.

" Deena, dia ceroboh masuk ke bilik setor tempat simpan barangan Nina. Katanya nak mencari diari Nina...merapu meraban budak tu kadang2. Tak faham dengan dia tu. "

Azlan cuma tersenyum, " Budak2 Puan, semua benda dia nak tahu. Tapi macam mana pulak boleh timbul pasal diari ni, Kimi yang minta dia cari kut."

" Tak tau pulak, tak teringat nak tanya...ataupun..ish, entah lah." Puan Nora tiba2 berhenti.

Azlan terdiam, Deena mencari diari Nina...mungkinkah itu diari merah jambu yang sering dikepit Nina sebelum kehilangannya. Azlan mengeluh perlahan, lupa akan kehadiran Encik Hisyam dan Puan Nora di sebelahnya.

*****


Dairi? Rupanya Deena mencari diari merah jambu tu, Pak Mat yang kebetulan sedang melakukan kerjanya berhampiran pintu masuk, mencuri dengar perbualan Azlan dengan kedua orang majikannya. Kedudukan laluan yang sedikit mencuram, membuatkan kehadirannya tak disedari. Kini dia mula faham, kenapa Deena beriya-iya inginkan kunci setor berkenaan...hinggakan sanggup mencuri.

Pak Mat beredar dari tempat tersebut, bimbang pula jika apa yang dilakukannya diketahui oleh Encik Hisyam dan Puan Nora. Dia akan pastikan yang Deena tak akan dapat memasuki bilik itu lagi. Buat masa ini Pak Mat tak akan mempercayai sesiapa, dia tak akan benarkan sesiapa pun menceroboh ketenangan Nina, dan mengusik segala barangan kepunyaan Nina...tidak! Dia tidak akan izinkan

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU