Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Monday, October 25, 2010

BAB 20


" Dah lama tunggu?" Deena menyoal Kimi sebaik sahaja dia melabuhkan punggung berhadapan dengan tempat duduk Kimi. Dijelingnya gelas air ais yang dah hampir tiga suku surut.

Kimi tersenyum sambil menggeleng kepala. Walaupun sudah lebih kurang setengah jam menanti, tapi dia tidak berhasrat untuk memberitahu Deena tentang itu. Kimi faham tanggungjawab Deena sebagai pelajar. Lagipun, lambat macamana pun, dapat bertemu Deena dan bercakap tentang Nina, sudah dikira cukup baik. Selama ini segala resah hati Kimi tentang Nina ditelan sendiri saja.

" Nak makan apa?" Tanpa menunggu Deena menjawab, Kimi berkalih melambai ke arah pambantu kedai yang sedang menghantar makanan ke meja bertentangan dengan mereka.

" Nasi ayam aja lah, kalau mai sini, saya memang makan nasi ayam saja...dah jadi hantu nasi ayam gamaknya." Deena tergelak kecil.

Pembantu kedai tadi, seorang pemuda bersaiz sederhana dan mempunyai janggut sejemput di bawah dagu, melangkah menghampiri mereka. Dia mengeluarkan buku pesanan yang kecil dari dalam kocek. Kemudiannya mencapai pen yang diselit di celah telinga.

" Ya Bang, nak makan apa?"

" Bagi nasi ayam satu, Sup Daging dan nasi puteh satu, Nescafe ais satu. Hmm...Deena, nak minum apa?"

Deena terdiam sebentar, berfikir. Akhirnya menjawab, " Jus epal hijau."

Sebaik sahaja pembantu kedai itu berlalu, Kimi dan Deena saling berpandangan. Masing2 tak tahu nak memulakan ayat. Kimi perasan yang Deena kelihatan sedikit resah, sekali sekala kepala Deena dikalih ke kiri dan ke kanan, merenung entah apa.

Kimi menyeluk kocek bajunya, mengeluarkan tiga keping gambar lalu menghulurkan kepada Deena.

" Gambar Nina." Kimi bersuara.

Mata Deena bulat memandang Kimi, tanpa bersuara gambar itu dicapainya. Kimi perasan yang Deena kelihatan takut2 untuk melihat gambar yang sudah ada di tangan, namun akhirnya direnung juga satu persatu. Sesekali dia menggeleng-gelengkan kepala seperti tidak percaya apa yang sedang dilihatnya. Deena akhirnya mengangkat kepala memandang Kimi.

" I'm speechless, tak percaya...macam mimpi."

Kimi sekadar memandang tepat ke arah Deena, menghembuskan nafas dan kemudiannya tersenyum segaris.

" Ya...you both look like twin sisters, cuma Nina lebih tinggi dan lebih putih."

" Wajah inilah yang datang dalam mimpi saya baru2 ni, infact...baju inilah yang saya nampak di dalam mimpi tu."

Deena pun menceritakan semua mimpi2nya kepada Kimi, sekali sekala Kimi mengangguk kepala tanda faham. Sebaik sahaja Deena menghabiskan ceritanya, Kimi terus memberi komennya.

" Baju kemeja biru tu Nina pakai pada malam dia hilang, dan bunga melur tu memang bunga kesukaan Nina." Sebaik menghabiskan ayat tu, Kimi memandang ke arah luar, cuba menyembunyikan matanya yang sudah berkaca.

Dada Kimi sesak seperti dihempap batu setiap kali mengenangkan Nina dan cara kehilangan Nina. Selagi semua itu menjadi misteri, resah akan sentiasa bertamu di hati, dan segala rasa yang sepatutnya ada untuk dilepaskan, terpenjara di situ. Menyesak dan menyiksakan. Pedihnya...hanya Allah dan dia saja yang tahu.

Jauh disudut hati, sudah ada kemungkinan2 yang tersimpan di situ, namun hati dan mindanya degil untuk menerima semuanya. Selagi belum terbukti...dia ingin terus mencari. Tak kisah lah berapa lama pun masa yang perlu diambil. Kata emak, kalau Kimi masih berpegang dengan semua tu, emak takut Kimi akan terus jadi bujang terlajak.

" Kimi...Kimi...hey....." Deena mengibas tangannya di depan mata Kimi.

Kimi tersedar dari lamunan, sedikit termalu memandang Deena. Entah berapa lama dia dibawa menyelam hati sendiri.

Kimi tersenyum kelat, " Maaf...got carried away, lost in my mind."

" Boleh saya tanya, dan boleh awak jawab dengan telus?" Deena memberanikan diri bertanya dahulu, disambut annggukan dari Kimi.

" Siapa Nina pada awak, apa yang jadi kat dia sebenarnya."

" Nina, wajah seiras awak, pernah menghuni rumah awak la ni. Kawan baik saya sejak kecik dan bila besar kami jadi lebih serius. Tapi Nina hilang 10 tahun lalu sewaktu balik dari tuisyen...tak dapat dikesan hingga ke hari ini." Kimi menerangkan secara ringkas.

" Awak kan Polis...maksud awak, tak ada petunjuk langsung."

" Tak ada, masa tu saya sangka Polis buat kerja sambil lewa. Saya masih kat USM masa Nina hilang...itu antara sebab saya joint Police Force. Saya buat on going investigation senyap2 sejak tu dan tak dapat apa2 petunjuk pun. Macam jalan mati."

" Diari pink yang muncul dalam mimpi saya, tak tertulis apa2 ke?"

" Tak, sebenarnya diari tu tak dapat dikesan sejak kehilangan Nina, mungkin Nina bawa bersama masa ke tuisyen. Kami dah puas cari seluruh rumah. Kata mummy, Nina memang tak pernah berenggang dengan diari tu...setiap hari mummy perasan Nina mesti mencatatkan sesuatu di situ."

" Mummy tu siapa?" Deena kehairanan.

" Emak Nina, kami rapat sejak kecil. Saya panggil emak Nina, Mummy dan Nina panggil emak saya, Mak."

Deena terdiam, seperti memikirkan sesuatu. Kimi turut terdiam, tapi mindanya terus berputar. Teringat diari merah jambu yang turut hilang bersama kehilangan Nina. Selepas kehilangan Nina dulu, dia dan ahli keluarga yang lain cuba juga mencari apa saja yang boleh memberi petunjuk, dan diari merah jambu tu antara yang terlintas di hati semua orang. Tetapi semuanya hampa, Nina hilang tanpa meninggalkan apa2 pesan dan kesan.

" Kimi! Kalau saya tanya, awak jangan marah ya."

" Pasai apa nak marah pulak? Tanya la. Lagipun saya suka boleh berbincang tentang Nina dengan orang yang tak kenal Nina. Kita tak akan terbawa dek perasaan sedih. Entah kenapa, saya dapat rasakan yang awak akan membawa saya kepada Nina."

Deena tersenyum dan mengangguk, sekadar mengiyakan kenyataan dari mulut Kimi.

" Awak rasa Nina masih hidup? " Deena menuturkan ayat tu perlahan, sepatah demi sepatah. Seperti takut untuk mengguris hati Kimi.

Kimi menghela nafas panjang, kemudian melepaskan sesak di dada. Soalan yang sama bermain di mindanya berulang kali, beribu kali...dan tak pernah berhenti berlegar di situ.

" Entah lah, separuh dari minda saya mengatakan kemungkinan itu ada, tapi yang separuh lagi...tak mahu mempercayainya. Saya akan redha dengan apa saja kemungkinan yang menanti di akhir pencarian saya. Kenapa awak tanya? "

" Saya berbincang dengan kawan2, it seems that, mimpi itu seperti alamat. Saya nak ambil positif, mungkin ia ilham dari Yang Maha Esa...untuk membawa kebenaran kepada yang menanti. Dan saya rasa, maaf kalau ia menyakitkan hati awak...saya rasa Nina awak mungkin sudah tiada, dia ingin saya mencarinya."

Kimi hanya mengangguk. Kata2 Deena itu ada benarnya, terlalu banyak kebetulan sejak kebelakangan ini membuat Kimi berfikir serupa. Deena seperti ingin menyambung perbualan, tetapi terhenti bila makanan yang diminta sudah tiba dan pelayan tadi mula menghidangkannya di atas meja. Bau aroma sup daging menusuk hidung.

Deena menghulurkan pinggan nasi putih yang diletakkan di hadapannya kepada Kimi, dan Kimi pula menghulurkan nasi ayam yang terhidang di depannya kepada Deena. Sessi bertukar menu yang tersalah letak pun berlaku. Deena akhirnya menyambung bicara.

" Saya rasa, kita kena mulakan dengan mencari diari Nina. Boleh saya tahu, Nina menghuni di bilik mana? "

" Bilik depan mengadap jalan...dia selalu refer bilik tu sebagai bilik Borgenvilla."

Giliran Deena pulak terdiam. Kebetulan dan kebetulan yang mengganggu mindanya.

" Itu bilik saya sekarang." Deena akhirnya bersuara, Kimi yang mendengar hanya menggelengkan kepala...seperti tidak percaya.

" Kali terakhir awak jumpa Nina sebelum dia hilang tu, Nina tak tunjukkan perangai yang pelik2 ke?

" Hmm...dua tiga minggu sebelum dia hilang, kami ada jumpa..." Kimi merenung jauh, mengenang kisah silamnya.


*****


Sepuluh tahun lalu, dua minggu sebelum Nina hilang.

" Nina nak kita putuskan saja hubungan ni." Nina berkata perlahan sambil menundukkan kepalanya.

Mereka sedang berdiri di tepi aliran anak sungai yang terletak di hujung kawasan dusun, jauh dari pandangan semua orang. Kimi tahu inilah tempat yang paling disukai Nina, dan selalu jugak dia membawa Kimi ke sini. Memang Nina nampak lain sangat hari itu, dia lebih banyak termenung dan membisu. Tak seperti selalu, sinar ceria hilang dari wajahnya.

" Nina, pasai apa ni...tiba2 nak putus segala ni?" Kimi membentak, memang sejak menerima sms dari Nina dua tiga hari lepas, Kimi dah rasa tak sedap hati.

" Nina tak sesuai untuk Kimi, kita tak sepadan." Sambil bercakap, airmata mengalir deras menuruni pipi gebu Nina. Disekanya perlahan sambil terhinggut-hinggut menahan sedu.

Itulah juga kandungan SMS yang diterima Kimi yang membuatkan Kimi mencerapak balik ke kampung bertemu Nina.

" Yang terbit dari mulut, dan yang terzahir dengan tindakan Nina tak sama. Kalau Nina nak minta putus...sebab apa tiba2 ja, sebab apa nak nangis pulak?" Kimi makin tak faham." Nina! cuba pandang mata Kimi, kita bukan setahun dua berkawan....Kimi sayang Nina. Full stop!" Kimi memegang kedua dua bahu Nina, memaksa Nina bertentang mata dengannya.

Nina mula mengangkat muka dengan perlahan, bila saja memandang ke dalam mata Nina, Kimi melihat kesedihan yang bersarang di situ, cahayanya sudah hilang.

Kimi melepaskan tangannya dari bahu Nina, menapak ke belakang dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Mata Kimi dan Nina bertaut lama, cukup lama untuk Kimi selami hati Nina sedalam-dalamnya. Kimi menarik nafas dalam-dalam, dia tahu dan yakin permintaan Nina bukan lahir dari hatinya.

" Ada sesuatu yang terjadi kat Nina kan! Baik Nina bagitau...cakap dengan Kimi." Kimi menarik tangan Nina, tapi direntap semula oleh Nina. Nina mengundur ke belakang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Tak ada apa2...cuma Nina tak yakin dengan hati Kimi. Nina takut Kimi berubah." Suara Nina tiba2 jadi datar, seperti menyembunyikan sesuatu.

Nina mengesat baki airmata di pipi, kemudiannya meraup mukanya, bila kedua tapak tangan meninggalkan mukanya, Nina menarik nafas sehela, memandang Kimi sambil mengukir senyum tawar.

" Jom lah balik, tak elok duduk disini lama lama." Kepala Nina dipusingkan ke sekeliling kawasan dusun yang luas, tanah yang terletak di belakang dapur rumahnya memanjang luas ke belakang.

" Nina jangan buat macam ni lagi, Kimi tak sedap hati la...bila dapat SMS dari Nina, Kimi terus redah jer balik...esok Kimi exam." Kimi merungut seolah-olah merajuk, walaupun sedikit lega dengan kata2 Nina tadi.

Kimi yakin yang Nina memang ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya, biarlah dulu...buat sementara ni, Kimi kena fikir tentang peperiksaan semester yang tengah berlangsung minggu ini, duhai hati...bertahanlah lagi dua minggu.

Kimi nekad akan mempertahankan hubungannya dengan Nina. Tak kisah lah apa yang Nina minta, itu bukan keinginannya dan Kimi juga pasti permintaan itu bukan lahir seratus peratus dari hati Nina. Kimi tahu dan sedar, menginjak matangnya usia, dia mula menyedari betapa sayangnya dia pada Nina. Sayang sepenuh hati.

Mereka kemudiannya beredar pulang selepas itu atas permintaan Nina. Sepanjang jalan merentasi dusun, Nina diam menyepi. Bila sampai ke depan pagar, Nina menghantar Kimi dengan senyuman hambar dan pandangan mata yang sayu. Entah kenapa dada Kimi rasa berdebar memandang Nina waktu itu, Nina nampak lain sangat.

Resah menghambat Kimi. Tak tahu apa yang patut dilakukan. Hmm...biarlah dulu, apa saja masalah menanti, Kimi tak kisah, yang dia tahu...dia sangat sayangkan Nina. Sampai bila2. Cuma yang Kimi tak tahu, pertemuan itu adalah pertemuan terakhir, dan wajah Nina dengan senyuman hampar dan pandangan sayu itu akan kekal terlekat di layar ingatannya...sampai bila2.

*****



Deena hanya terdiam mendengar cerita Kimi. Dari situ, Deena sudah dapat mengagak sejauh mana perhubungan antara Kimi dan Nina. Ada sedikit rasa resah bertamu di hati. Tidak dapat dinafikan, di dalam hati Deena sudah tumbuh subur suatu rasa yang sukar ditafsirkan. Kini, Deena tidak pasti samada rasa itu akan membawa dia ke mana. Ahh...biarkanlah dulu, dia nekad akan menolong Kimi, tanpa mengharapkan apa2. Sungguh! Dia ikhlas.

" Selepas tu, awak memang tak jumpa Nina la."

" Tak...sampai habis exam, means after two weeks la, saya balik dan terus singgah di rumah Nina. Masa tu ingat hati nak ajak Nina celebrate birthday dia esoknya...macam yang kami buat setiap tahun, tapi Nina tak ada. Mummy kata Nina pi Penang, saya tunggu juga...lama."

" So...tak jumpa la." Deena bertanya sambil menyuap sesudu nasi ke dalam mulut. Mengunyah beberapa kali, kemudian menyedut air dengan straw.

" Tak, saya balik lepas lebih kurang sejam menunggu. Frust...sampai tertinggal handphone kat sana. Bila tersedar, dalam tiga empat jam selepas tu agaknya, saya pergi semula ke sana, tapi Nina tak balik2 lagi. "

" Nina macam nak larikan diri dari awak, dia tau tak awak nak balik hari tu? "

" Dua tiga hari sebelum habis exam, saya call, tapi dia tak jawab. Saya SMS pun dia tak jawab, antara isi SMS tu, saya cakap nak jumpa dia. Mungkin betul kata awak, dia nak elak jumpa saya... saya tak pasti."

" Nina balik rumah dan hilang lepas pi tuisyen malam tu?" Deena bertanya lagi, dan Kimi cuma mengangguk.

" Hmm...kalau saya Polis, awak suspek utama sebab awak ada motif. Awak marah sebab Nina nak putuskan hubungan, so...semasa bergaduh, macam2 boleh jadi..." Deena berkata sambil tersenyum, sekadar mengusik Kimi.

Kimi tersenyum segaris, tapi sedikit sumbing seperti terkejut mendengar ayat2 tu keluar dari mulut Deena. Deena hanya tersengih, sifat nakal dan suka mengusiknya sudah mula muncul...sukar untuk mengawal sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.

" Hmm...maaf, sekadar nak apply kemahiran CSI saya. Saya ni minat CSI, masa kecik2 dulu suka sangat baca Famous Five, Hardy Boy and Nancy Drew dan apa2 saja cerita investigation."

Kimi tersenyum, kali ini senyumannya sudah tidak sumbing lagi. Ditariknya kertas tisu dari dalam kotak yang terletak di atas meja dan terus mengelap mulut. Nasi putih dan sup daging tu dah habis separuh. Kimi kemudiannya merenung Deena...tanpa berkelip.

" Entah kenapa...tiba2 saya rasa macam sedang dalam bilik soal siasat, dan disiasat oleh Pegawai Polis wanita yang cantik manis." Kimi akhirnya bersuara, mengulum senyum. Mungkin dia juga ingin mengusik.

Deena ketawa kecil, pura2 tak terkesan dengan pujian Kimi. Diluar kawalan diri, ada sedikit limpahan Adrenaline merembes ke dalam saluran darah dan dibawa ke seluruh badan, menyebabkan saluran darah mengembang. Jantung berlari sedikit laju dan dada tiba2 berdebar. Muka mula menjadi panas dan rasa hati yang cuba dikawal menjadi tak keruan. Terasa seperti ingin terbang ke langit biru.

Suasana menjadi sunyi tiba2. Mereka berdua kehilangan kata2 buat kali kedua. Lama mereka begitu dan Kimi akhirnya bersuara.

" Kata2 awak tu betul, memang saya adalah suspek utama masa tu, saya dan abang tidur dalam lokap tiga hari."

" Abang awak pun kena? Pasai apa dia tersangkut sekali? " Deena kehairanan.

" Nina dijemput oleh sebuah kereta Proton Satria, warna dan plet nombornya sama dengan kereta abang saya. Saya pula, memang kadang2 pinjam kereta abang untuk keluar dengan Nina. Ada orang sengaja plan nak kaitkan nama saya, memfitnah saya...dan sampai hari ini, saya tak tahu sapa." Kimi mula bercerita segala yang terjadi.

Deena mendengar segala cerita Kimi dengan kusyuk, ada rasa simpati yang menjalar di dalam hatinya. Kini Deena faham impak kehilangan Nina kepada hidup Kimi. Dan Deena mulai faham kenapa ekspresi muka Kimi seperti orang terkejut sewaktu pertama kali mereka berjumpa.

Bukan mudah kehilangan seorang sahabat merangkap orang yang disayangi sejak kecil dengan cara begitu. Lebih memeritkan apabila mengetahui ada orang dengan sengaja cuba memburukkan namanya sehingga dia terheret sama sebagai suspek.

" Sampai la ni, kalau orang2 kampung pandang saya, saya masih sangsi dengan apa yang ada dalam hati mereka tu. Saya tak pasti apa pandangan mereka kat saya, baik ka, buruk ka... Dan saya tak kan puas hati selagi saya tak selesaikan misteri kehilangan Nina dan bersihkan nama saya sekaligus."

Deena mengangguk, mengiyakan kata2 Kimi. Tiba2 ada sesuatu terlintas di mindanya. Kalau dia mengalami segala insiden pelik setelah menghuni rumah itu tak sampai dua bulan, mungkin penyewa lain pernah mengalami perkara yang sama.

" So, dah sepuluh tahun Nina hilang kan!" Soalan yang dijawab dengan anggukan dari Kimi.

" Dah berapa orang sewa kat rumah tu, mungkin kita boleh tanya pada penyewa sebelum ni kut2 depa2 tu ada melalui apa insiden atau mimpi macam saya...siapa tau kan." Deena memberikan ideanya.

" Hmm...memang ramai yang keluar masuk, dan tak pernah ada yang menghuni lama kat situ. Paling lama pun saya dengar, dua tahun. Saya sendiri pun tak pernah terniat nak bertanya. Tapi tak pa..nanti saya tanyakan dengan Kak Nishar."

" Kak Nishar tu siapa? " Deena ingin tahu.

" Kakak Nina, yang nombor dua. Nina anak bongsu dari tiga beradik."

Hmm...terbalik pula dengan Deena, dia anak sulung dan Nina anak bongsu. Teringin pula nak berjumpa kakak2 Nina dan melihat wajah mereka. Iras wajah mesti ada yang serupa.

" Yang sulung ? "

" Yang sulung dah berkahwin dan tinggal di Australia, ayah dan Mummy tinggal dengan dia. Lepas lama mencari Nina, dengan segala usaha yang ada, mereka macam lost hope...tak mahu duduk Malaysia lagi."

" Mungkin nak lari dari memori pahit tu." Deena menambah dan Kimi hanya mengangguk.

" Deena, saya akan call Kak Nishar...tapi buat sementara ni, we keep it low dulu, jangan bagitau sesiapa. Macam saya cakap tadi...saya tak tahu siapa yang nak kaitkan nama saya, tapi saya rasa dia ada somewhere there. Dia tentu tak suka kalau ada orang nak korek apa yang dia dah buat." Kimi memberi amaran.

" Awak buat saya rasa seram sejuk tiba2." Jus epal hijau yang tinggal suku gelas tu ditolak ke tepi. Tekaknya tiba2 terasa nak minum Nescafe panas.

" Take it as precaution. Saya pun tengah sibuk handle one murder case. So, saya cuma akan jumpa atau call awak bila saya lapang. Kalau ada apa2 yang penting, jangan lupa bagitau saya. Two heads are better than one, and I'm very thankful to Allah for that."

Deena mengangguk sambil memandang jam di tangan. Hmm...dah dekat pukul enam, berbual sampai terlupa nak solat Asar. Nampaknya Deena kena minta diri dulu.

Kimi juga memandang jam tangannya. " Nampaknya dah lambat ni, saya masih belum solat Asar lagi ni. Kita berenti kat sini saja la. Oh! Lupa pulak, emak awak ada kirimkan barang. Jom ambil di kereta." Kimi bangun dan berjalan ke kaunter untuk membayar harga makanan.

Deena mengekor Kimi dari belakang sambil tersenyum. Di dalam hatinya rasa sangat teruja, bertambahlah ciri2 lelaki idaman Malaya yang ada pada Kimi. Mamat ni pentingkan solat rupanya. Deena teringat pesan Tok Wan, kalau mencari teman hidup pastikan si lelaki menjaga tiang agamanya, kalau tiang rapuh, rumah akan mudah runtuh.

Deena yang masih tersenyum, tiba2 dikejutkan oleh suara Kimi.

" Ehem...ehem...mengelamun apa ni, penat dah saya hulur shopping bag ni."
Pandangan jadi kabur akibat terkejut, yang Deena nampak hanya senyum simpul Kimi dan tangan kanan Kimi yang sedang menghulur shopping bag, yang nampak kembung terisi entah apa. Caught in action ler pulak, apa alasan nak bagi ni.

" Maaf, hmm...cuma terfikir, apa yang mak kirimkan." Deena menjawab ringkas, sekadar melepaskan diri.

" Yer ker? Saya nampak macam jauh jer...tengah fikir macamana mak Deena masak resepi ni sekali kut?" Kimi tersengih mengusik.

Terkulat-kulat Deena, tak tahu nak kata apa, akhirnya dia mengucapkan terima kasih dan berlalu ke keretanya. Kimi hanya berdiri memandang, mukanya macam orang serba salah.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU