Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Wednesday, October 20, 2010

BAB 19


Deena masih termenung, tangan kirinya menggenggam rapat Blackberry Curve kesayangannya, manakala hujung jari telunjuk tangan kanannya digigit-gigit seperti orang resah. Sejak mematikan talian tadi, dia diam tak bersuara. Eton dan Bella yang duduk bertentang dengannya di meja makan, di Restoran Ani Sup Utara merenung Deena dengan muka hairan campur teruja.

" Macamana, Superman hang kata apa?" Eton yang kelihatan kurang sabar terus bertanya, Bella pula...belum habis buat muka hairan.

Deena memandang muka kedua-dua sahabatnya bersilih ganti, tak tahu macam mana nak mula bercerita. Si Bella tu, bukan berani sangat kalau bercerita hal2 supernatural macam ni.

" Dia setuju nak jumpa aku, hari ahad nanti...kat sini."

" Aku tau tu...tu aku boleh agak dari cara hang berbual tadi. Yang aku nak tau, pasai apa muka hang pucat lepas hang tanya pasai kotak diari tu?" Eton mendesak.

" Ya lah...aku pun nak tau, penat2 kami bagi semangat suruh hang contact dia, lepas tu nak simpan sorang pulak." Bella menambah.

" Kalau aku bagitau...hampa jangan panik, especially...Bella." Bulat mata Deena merenung Bella.

" Ai ai Sir...janji." Bella angkat tangan gaya orang bersumpah sambil menggunakan terma kegemaran mereka, tandanya bersetuju.

" Ok, bila aku mention pasai kotak tu, dia diam...lama. Aku rasa hampa pun perasan, sebab aku kena tanya dia dua kali."

" Ya la...dia kata apa?" Eton kelihatan geram.

" Dia kata, dia pernah hadiahkan kotak berisi diari warna yang sama kat Nina, setahun sebelum Nina hilang. Bila tau tu, aku rasa seram sejuk, dada berdebar. Rasanya mimpi aku selama ni...macam alamat."

Deena tengok, Bella dah mula menggosok-gosok bahu sendiri, macam seram sejuk. Eton macam biasa la, tak terkesan langsung dengan cerita-cerita macam ni.

" Aku rasa la, you should take it seriously, ajak Superman tu siasat."

" Hmm...Kimi la, nama dia Hakimi."

" Tak kisah la nama dia apa, kalau perlu kami tolong, hang bagitau ja...kan Bella!"

" Aku tak berani la...seram sejuk dah badan aku ni. Aku mana penah siasat apa2, lagi2 yang misteri segala...hee..hee..." Bella akhirnya bersuara sambil membuat aksi ala seram sejuk.

" Hmm...kan aku dah kata, dia ni bukan boleh pakai sangat...penakut!" Deena tergelak kecil.

" Aku heran la...this time hang tak ler demam pulak, agaknya sebab hang jumpa dia dalam keadaan macam real." Kata Eton.

" Hmm...tak juga, sebenarnya, the second time aku mimpi pun seram jugak...siap dengan bunga melur ada dalam selimut. Itu lagi seram dari yang pertama, tapi aku tak demam jugak. Mungkin sebelum tidur tu, aku macam dah made up my mind untuk menghadapi semua ni."

" Hmm...aku rasa lah, dari apa yang hang cerita, Nina ni dah mati. Cuma mayat dia tak tau kat mana. Entah2 kat sekeliling rumah tu aja." Kata Eton dengan muka serius, sambil matanya memandang Deena tanpa berkelip.

" Ada betulnya pendapat hang tu, in fact, aku asyik berfikir tentang tu sejak hang cerita tentang movie yang hang tonton dulu. Bella, hang rasa macam mana?"

Deena menoleh pandang ke arah Bella, ingin juga mengetahui pandangan Bella tentang hipotesis yang baru terbit dari mulut Eton. Namun yang dilihatnya hanyalah pandangan Bella dengan mata terjegil.

Bella tak memberi respon apa2, sekadar mempamerkan muka kelat...pucat.


*****

" So...ini lah tempatnya." Kimi sedang berdiri di sebelah ASP Gan dan Inspektor Ganesan.

Sudah dua hari berlalu selepas berbual tentang sushi dengan ASP Gan. Hari ini, Kimi akhirnya berdiri memandang papan tanda bertulis 'Suki Yaki Room Sushi & Lounge'. Ianya sebuah kedai sushi yang terletak di bandar Seberang Jaya, Butterworth. Kimi tersengih ke arah ASP Gan sambil menggaru-garu kepalanya, hmm...macammana lah dia boleh setuju untuk makan sushi di sini.

" Lets go in...once you try, nanti nak mai balik sini." ASP Gan mengusik.

Kimi dan Inspektor Ganesan saling berpandangan, masing2 tersenyum dan menapak mengikut ASP Gan. Sebaik memasuki ruang dalam, mereka disambut oleh seorang wanita cantik, berambut lurus ala2 'rebonding'. Wanita itu tersenyum dan berjabat tangan dengan ASP Gan. Nampaknya kedatangan mereka sememangnya sudah diketahui.

" This is ASP Hakimi, and the one that looks like Amitha Bachan is Inspektor Ganesan." ASP Gan memperkenalkan mereka kepada wanita itu.

" Hakimi, Ganesan...this is the owner of this business, Mrs Melly."

Kimi tengok, Inspektor Ganesan tersenyum macam kambing, berbunga agaknya hatinya bila disamakan dengan hero lagenda filem India. Memang lah Inspektor Ganesan ni tinggi dan kacak orangnya, belum berkahwin dan digilai oleh ramai perempuan. Peminatnya pula, tak kira bangsa...macam Satu Malaysia.

Wanita itu tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat. Kimi turut menghulurkan tangannya walaupun hanya separuh hati...kalau boleh dia ingin mengelakkan bersalaman dengan wanita bukan muhrim. Namun kadang2, bidang tugasnya membuatkan dia terpaksa...Allah lah yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hatinya.

" Jemputlah...hari ini everything is on the house...tak payah bayar." Puan Melly membawa mereka ke arah sebuah meja yang terletak di sudut ruang.

" Eh! Tak boleh la macam tu, saya dah janji nak belanja." Kimi berkata sambil melabuhkan punggong.

" Its OK Kimi, Melly and hubby are my old friends. Kita makan dulu, sambil2 tanya soalan yang perlu. I dah bagitau Melly ni tujuan kita." Kata ASP Gan disambut dengan senyuman manis dari Puan Melly.

" Tuan Gan, saya rasa, Tuan saja la yang order. Saya dengan Tuan Hakimi ni lost...tak tau nak makan apa." Inspektor Ganesan yang sedari tadi tersenyum panjang tiba2 bersuara.

" Tak perlu order, Melly yang tentukan dia nak belanja apa. Kimi, you jangan risau...I dah bagitau masalah was2 you and Melly dah decide nak bagi apa kat you." ASP Gan mengenyit mata pada Puan Melly.

" It's OK Kimi, kat sini kita tak serve apa2 dari daging, ayam dan minuman keras...kat dinding tu ada loga halal dari JAKIM. Jangan was2 untuk makan." Puan Melly tersenyum pada Kimi, dia kemudiannya beredar ke dapur.

Kimi menyorot pandang ke arah dinding yang ditampal logo halal, kemudiannya memerhatikan susun atur hiasan dalaman yang nampak cosy dan menarik. Sememangnya tempat ini nampak sangat eksklusif.

Puan Melly kemudiannya muncul bersama seorang lelaki Cina yang agak gempal. Lelaki itu nampak takut2 menghampiri meja mereka. Puan Melly memperkenalkan lelaki itu sebagai Erik yang bertugas sebagai ketua pelayan di situ dan memberi kebenaran untuk Kimi dan Inspektor Ganesan bertanya soalan yang perlu sementara menunggu makanan dihidangkan.

Kimi mengangguk ke arah Inspektor Ganesan, yang kemudiannya mengeluarkan gambar dari dalam sampul surat dan menghulurkannya kepada Erik.

" Pernah nampak perempuan ini datang makan di sini?" Inspektor Ganesan menyoal. Sambil tu tangannya mendapatkan buku nota dan pen dari dalam kocek baju.

Eric menyambut gambar yang dihulurkan. Sekejap ditatap dekat dengan mata, selepas itu gambar di bawa sedikit jauh dari mata. Dua tiga kali dia mengulang perbuatan yang sama. Kimi, Inspektor Ganesan dan ASP Gan cuma memerhati sahaja.

" Macam pernah nampak...cantik perempuan ni. Kalau tak silap, dia datang sini dengan sorang lelaki. Sudah lebih satu bulan. Kenapa dengan dia?" Erik menuturkan ayat dengan begitu yakin.

Kimi tersenyum, fasih sungguh Erik bertutur dalam bahasa Melayu...bukan seperti Amoi yang dia jumpa di supermarket tempoh hari.

" Mati di bunuh. Awak pasti...apa yang membuatkan awak yakin sangat?" Kimi menyoal.

" Saya ingat, sebab perempuan ni pecahkan gelas dan tumpahkan air. Dia basahkan baju kemeja jeans yang dipakai lelaki yang datang dengan dia. Masa tu pelayan bertugas sedang mengangkat makanan, saya yang cepat2 pindahkan mereka ke meja lain."

Sebaik Erik menyebut kemeja Jeans, mata Kimi dan Inspektor Ganesan bertemu. Kedua-dua mereka melepaskan nafas lega serentak.

" Awak betul2 pasti yang dia memang pakai kemeja Jeans?" Kimi mahu kepastian.

" Sangat pasti Tuan, kemeja Jeans jenama Gucci Genius Jeans. Mahal tu Tuan, saya tahu sebab saya pernah kerja di Jeans Department di Super Komtar dulu2."

" Awak ingat wajah lelaki terbabit." Soalan yang sama keluar dari mulut kedua-dua mereka serentak.

Erik dan ASP Gan ketawa serentak, nampak sangat kedua-dua mereka solah-olah tak sabar. Kimi dan Inspektor Ganesan akhirnya turut ketawa.

" Lelaki tu rambut panjang sampai ke bahu dan memakai cap, tapi saya syak yang tu rambut palsu...nampak keras, tak real. Saya tak dapat tengok matanya sebab dia pakai tinted glasses. Dia tinggi dan kurus macam Tuan ni" Panjang lebar Erik menerangkan sambil ibu jari diarahkan ke tempat Kimi duduk apabila membandingkan bentuk fizikal suspek yang dicari.

" Ada apa2 lagi yang significant tentang orang tu...macam parut ka, atau kecacatan yang ketara, atau apa2 saja lah. Yang boleh membantu kami." Kimi bertanya lagi, penerangan Erik tadi tidak cukup kuat untuk membawa mereka ke langkah seterusnya.

Erik menggelengkan kepala. Kemudian bersuara semula.

" Hmm...saya perasan satu benda. Lelaki tu pakai jam Rolex yang sudah rosak cerminnya. Nak kata rosak terus tu...tak juga. Cuma macam cermin terkena batu atau benda bulat dan cermin tu cuma retak di bahagian tu saja. Tapi saya tak tau lah Rolex tu asli atau palsu." Erik kelihatan bertambah yakin bila bercerita...gayanya seperti penyiasat persendirian.

Seorang pelayan menghampiri mereka dengan talam berisi hidangan, Kimi memandang ke arah makanan yang dihidangkan satu persatu. Di dalam hati dia berkata-kata ' Hmm..boleh ker aku makan semua ni?'. Setiap hidangan tu memang nampak menyelerakan, gabungan warna dan hiasannya menggamit selera.

" Awak masih ingat apa yang mereka makan?" ASP Gan yang dari tadi cuma memilih untuk mendengar, tiba2 saja bersuara.

" Dia pesan Seafood Yaki Udon untuk perempuan tu, sebab perempuan tu tak tahu nak makan apa. Saya ingat sebab itu minggu pertama kami memperkenalkan resepi tu...haa, ada kat sini, macam ni." Erik menunjukkan ke arah pinggan yang terisi dengan mee, sayur2an dan kepingan2 makanan laut.

" Lelaki tu regulars kat sini?" Kimi pula bertanya, di sambut gelengan kepala dari Erik.

" Pukul berapa mereka tinggalkan restoran ni?" Tanya Inspektor Ganesan.

" Around pukul 6 petang. Saya ingat sebab masa tu masa pelayan malam masuk bekerja."

" Boleh kami jumpa pelayan yang bertugas menyajikan makanan hari tu, mungkin dia boleh ingat apa2 lagi.' Kimi bertanya lagi.

" Hmm...maaf Tuan, pelayan tu dah berenti kerja, nanti saya dapatkan contact numbernya." Jawab Erik.

" Saya rasa, cukup setakat ini dulu. Pemerhatian awak cukup teliti, jarang2 orang begitu teliti macam awak...kalau kami perlukan apa2 lagi, kami akan cari awak. " Kimi akhirnya menamatkan sessi siasatan tu.

Erik tersenyum bangga dipuji begitu.

" Biasa saja Tuan, saya ni sebenarnya, peminat CSI. Memang tak pernah miss menonton. Saya harap keterangan saya boleh membantu pihak Tuan." Jawaban Erik nampak jujur.

" No wonder! Awak boleh jadi P.I. ni." ASP Gan mengusik disambut ketawa oleh yang lain. Erik kemudiannya berlalu ke hujung kaunter.

Puan Melly muncul tidak lama kemudian, dia duduk semeja dan makan bersama mereka bertiga. Sambil makan Puan Melly tidak henti2 bercerita tentang sushi, apa kandungan setiap hidangan yang mereka makan dan dari apa sos dibuat. Sedikit sebanyak cerita Puan Melly membuat Kimi yakin untuk menjamah sushi yang dihidangkan.

Pada Kimi, rasanya tidaklah seteruk mana...boleh dikatakan sedap juga.


*****

Lelaki itu terbaring lesu. Rambut di kepala ditarik-tarik, sekali sekala nafasnya turun naik macam orang marah. Sewaktu melalui Bandar Seberang Jaya tadi, dia nampak Kimi berjalan keluar dari restoran sushi. Dia yang berniat untuk berhenti makan di situ segera membatalkan hasratnya. Pengacau besar betul Si Kimi ni.

Lebih membuat hatinya panas, bila berhenti di kedai runcit tadi, dia terdengar Amar berbual dengan Tok Itam Seman. Kata Amar, dia mencari barangan kek yang dipesan ibunya. Puan Nora nak mengirim kek kepada Deena melalui Kimi yang akan pergi bermesyuarat di Kuala Lumpur. Nampaknya mereka akan menjadi semakin akrab...dan itu yang paling dia benci.

Kalau boleh dielak, dia memang tak ingin menatap wajah Kimi, apalagi sejak mendapat tahu yang Kimi dan Deena sudah mula berkawan. Kimi memang sentiasa menjadi penghalang keinginan hatinya.

Entah kenapa tiba2 dia rasa rindu pada Deena, penghuni baru rumah Nina. Sama seperti rindunya pada Nina dahulu. Tapi kebelakangan ini, dia tak dapat melihat kelibat Deena. Sedang dia berkira-kira nak bertanya, dia terdengar Encik Hisyam menjawab panggilan dari Deena. Baru dia tahu, Deena dah kembali semula ke universiti. Entah bila dapat berjumpa Deena semula.

Dia bangun menuju ke meja komputer, menekan butang 'power' dan terus melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di situ. Mengetuk-ngetuk meja sementara menunggu skrin yahoo muncul. Entah kenapa dia tiba2 rasa malas untuk meneruskan niatnya, hatinya rasa tidak enak...seperti ada sesuatu yang patut dibuat.

Pantas dia memilih untuk 'sign out' dan kemudiannya memilih untuk ' log off' dari sistem yang kebelakangan ini membawa banyak keburukan kepada kehidupan remaja zaman ini. Ahh! Aku peduli apa...dia bermonolog dalam diri.

Lelaki itu bangun tiba2, dia teringatkan sesuatu. Pantas dia membuka laci almari pakaian, mencari kotak berwarna hitam...lama ditenungnya isi di dalam kotak tersebut. Buat sementara ini, rasanya lebih baik kotak itu disimpan di tempat yang lebih selamat.

Dia kemudiannya mencapai kotak itu dan berjalan turun ke tingkat bawah, menuju ke bilik yang menyimpan segala rahsia hidupnya.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU