Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Wednesday, November 3, 2010

BAB 21

Kimi memandang handset yang diletakkan di atas meja, sejak pagi tadi terasa nak talipon Deena meminta maaf...mana tahu Deena memang marahkan dia. Tindak tanduk Deena yang menonong bergerak ke kereta tempohari selepas diusik, membuat Kimi rasa serba salah. Tak boleh jadi ni, persahabatan baru nak bermula.

Kimi akhirnya mendail nombor Deena, sementara menunggu Deena, Maher Zain menyambut panggilannya dengan dendangan lagu 'open your heart', tak lama kemudian terdengar suara Deena di sebelah sana.

" Assalamu'alaikum!"

" Wa'alaikum Salam, maaf ganggu Deena pagi2 ni."

" Tak pa lah, saya tak kisah. Ada apa Kimi talipon?"

" Pasai hari Ahad haritu, Deena marah lagi ka?"

" Tak lah, tak marah pun...cuma segan, tak tau nak cakap apa. Saya cuma rasa, macam budak sekolah yang mengelamun dalam kelas, tetiba kena caught in action dengan cikgu besaq je. " Deena ketawa di hujung ayat, gelihati.

" Hmm...risau juga saya, takut tersilap cakap." Kimi turut ketawa.

"Kimi dah talipon Kak Nishar?"

" Oh ya...ni nak bagitau la ni. Lepas jumpa awak haritu, malamnya saya call Kak Nishar. Dia cakap dia nak tolong. Lepas tu, dia memang excited nak jumpa awak. Nantilah bila2 free saya bawa awak jumpa dia."

" Hee..saya pun excited juga ni, teringin juga nak tengok rupa kakak Nina. Kimi, kalau Kak Nishar lambat respond, minggu depan saya nak balik kampung, on the weekend, mungkin saya boleh tanya Pak Mat. Rasanya Pak Mat lagi tau, sebab Pak Mat pernah bagitau ayah, urusan penyewa...keluarga Nina serahkan pada dia." Suara teruja Deena gemersik di hujung talian.

" Jangan! Jangan tanya Pak Mat!." Suara Kimi sedikit keras.

" Ohh!" Deena sedikit tersentak. " Pasai apa tak boleh? Kimi syak Pak Mat ker? Tanya Deena.

" Maaf, Susah nak cakap, ada nama2 yang berlegar dalam minda saya. Lebih baik kita berhati-hati. Lagipun, sebenarnya Kak Nishar pun akan tanya Pak Mat, sebab memang Pak Mat saja yang tau semua ni. Saya dah minta Kak Nishar rahsiakan tujuan dan siapa yang bertanya...just a precaution."

Belum sempat meneruskan perbualan, ada ketukan di pintu. Kimi mendongakkan kepalanya, terus saja nampak kepala Sarjan Adli terjengol di pintu. Kimi meminta Deena menunggu sebentar sebelum bercakap dengan Sarjan Adli

" Ada apa Sarjan?"

" Big boss panggil mengadap. Sekarang."

Kimi mengangguk, Sarjan Adli masih tersengih sambil menutup semula pintu bilik. Kimi melihat jam tangan, baru pukul 8:15 pagi, awalnya kena panggil mengadap. Dia kemudiannya mengangkat taliponnya semula.

" Deena, maaf la...ingat nak sembang, tapi tak boleh...ada kerja nak buat. Pasal haritu, lagi sekali...saya minta maaf ya, saya bergurau ja."

" Its OK Kimi, no hard feeling pun...kalau ada apa2, nanti saya call awak la. Assalamu'alaikum." Deena memberi salam."

" Wa'alaikum Salam. Bye."

" Bye." Deena menutup talian. Kimi kemudiannya mencapai fail di atas meja, lalu bergerak bangun ke bilik Tuan Rasyid.


*****

" Hmm...Rolex eh? " Tuan Rasyid mengangkat kening.

" Betul Tuan, tapi Si Erik tu sendiri tak pasti yang palsu atau asli. Macam susah nak percaya lelaki tu pakai yang ori. Kalau ikut harga Rolex ni, paling murah pun five figure. He must be somebody yang kaya raya...baru mampu beli yang original." Kata Inspektor Ganesan.

" Tuan, anak buah saya kata, dia beli jam Patek Philippe, kalau ori harganya pun five figures juga, tapi dia beli kat Petaling Street baru RM 250:00. Entah2 lelaki tu pun beli kat Petaling Street...sekadar nak impressed partner dia." Sarjan Adli pula menambah.

" Tapi, kalau dia mampu beli jeans shirt yang harganya ratusan ringgit, tak mustahil juga dia akan beli Rolex ori...itu, kalau dia jenis yang pentingkan penampilan la. Kalau saya...jam RM 50 pun saya pakai..." Kimi ketawa kecil sambil menunjukkan jam murah yang dipakainya.

Tuan Rasyid terdiam jarinya pantas mengetuk-ngetuk meja memainkan muzik ala tabla. Entah apa yang difikirkannya waktu itu.

" Dah buat investigation untuk possibility, kalau itu yang ori?" Tuan Rasyid memandang Kimi.

Kimi mengangguk. " Sudah, Tuan. Dah cek juga kalau2 ada yang buat replacement untuk cermin yang rosak. Rolex comes with a lifetime warranty, kalau ada kerosakan, definitely owner akan balik kepada sales center. So far, belum dapat feedback."

" The other pelayan yang sapa nama...Erik..mention, dah dapat contact?"

" Tak dapat dikesan, Tuan. Contact number dan address tu dah tak valid...tak boleh trace. Saya cuma minta tolong Erik , minta dia hubungi kita kalau dia dapat kesan kawan dia tu. Saya juga dah letak orang kita untuk buat pengawasan..kita tak pasti rupa wajah lelaki Rolex tu, cuma berdasarkan fotofit yang dibuat Erik. ." Kimi menerangkan, matanya memandang tepat ke arah muka Tuan Rasyid, mencari tanda2 reaksi yang yang mungkin akan timbul. Mana tahu gunung berapi bakal meletup.

Tuan Rasyid menggeleng-gelengkan kepalanya, rahangnya digerakkan tanda menahan marah. Dia bangun dari kerusi, bergerak ke arah tingkap dan memandang ke luar.

" I dont like this, I really dont like all this...everything we have leads us to nowhere. Kita ada DNA tanpa suspek...work harder. Saya tak kisah macamana kamu nak buat....work harder! Find some other ways, OK!" Sekilas itu, Tuan Rasyid berkalih, matanya mencorong memandang semua orang.

Inspektor Ganesan dan Sarjan Adli saling berpandangan. Kalau waktu Tuan Rasyid kepala angin macam sekarang ni, Kimi sajalah yang bersuara, orang lain selalunya menikus.

" Tuan, saya dah arahkan orang kita buat siasatan di semua kedai jam, mungkin boleh trace kalau2 lelaki tersebut gantikan cermin yang rosak kat salah satu outlet. Itu kalau dia pakai Rolex yang tak asli..." Kimi bersuara lagi, dia masih nampak rilek. Tuan Rasyid hanya mengangguk.

" Hmm...the other day, kita minta Inspektor Edelene masuk chat room, any good news?" Tuan Rasyid menyoal lagi.

" Tak ada apa2 feedback dari dia, Tuan." Sarjan Adli mencelah.

"Sarjan, panggil Inspektor Edelene masuk. Inspektor Ganesan dan Sarjan boleh bersurai lepas ni."

" Baik Tuan!" Sarjan Adli mengangguk, dan terus berlalu keluar.

Tak sampai lima minit, Inspektor Edelene pun muncul dan berdiri mengadap Tuan Rasyid, dijelingnya Kimi sekilas pandang. Kimi hanya tersenyum.

" Tuan panggil saya?"

" Hmm...Edelene, macamana dengan assignment sambilan kamu kat chatting room, did you discover anything? Soal Tuan Rasyid.

Dia sedikit tersentak dengan soalan Tuan Rasyid. " So far belum ada apa-apa, Tuan." Jawabnya sedikit tertunduk.

" Saya nak kamu cuba lagi, masuk semua chat room yang ada...jangan kamu terperangkap dengan cinta internet sampai lupa tugas kamu, OK?"

" Saya akan cuba..."

" OK, kamu boleh pergi...Kimi, tunggu."

Sebaik Inspektor Edelene keluar, Tuan Rasyid memandang Kimi.

" Saya nak kamu trace balik rekod orang hilang dan juga kes bunuh yang melibatkan perempuan seperti lingkungan umur mangsa. Especially, yang ada kena mengena dengan hubungan thru IT...study the case, who knows we might discover something."

" Baik Tuan! Dont tell me you are suspecting a serial case involving the same culprit..."

" We better think way ahead...You have to double your work, and one more thing...please keep your eyes on Edelene, jawapan dia tak meyakinkan saya. Kita berenti kat sini. OK?"

Kimi mengangguk. Bangun dan berlalu keluar. Kimi dah faham benar dengan perangai Tuan Rasyid, kalau nampak angin puting beliungnya tengah nak bertiup, baik lah tak payah bersoal jawab banyak2, menempah bala namanya tu.



*****


Edelene melihat jam tangannya, hmm...hampir pukul 1 PM, waktu makan tengahari semakin hampir, dia kelihatan sedikit resah. Masih terngiang-ngiang di telinga kata2 Tuan Rasyid tadi, seperti makan cili...masih terasa pedasnya. Betul lah kata pepatah Melayu ' Siapa makan cili, dia lah yang rasa pedasnya.'Ini bukan pedas sembarangan cili...pedas macam makan cili api.

Edelene menunggu semua orang berlalu keluar, dia membelek fail yang diserahkan oleh Kimi. Kata Kimi, Tuan Rasyid arahkan mereka untuk kumpulkan data orang hilang dan kes bunuh dengan nature yang sama sekitar Penang. Setakat ini dia sudah selesai mengumpulkan print out untuk tiga kes...dia membelek gambar print out mangsa2 yang masih gagal ditemui. Bila diamati, semuanya berperawakan hampir serupa, berambut panjang, lebat dan lurus, warna kulit yang dicatatkan juga serupa...putih, ketinggian juga hampir sama. Hmm...kebetulan agaknya.

Tadi, sewaktu Kimi menghantar sendiri fail dan memberi dia tugasan, Edelene perasan yang jantungnya sudah tak berdegup sekencang dulu. Kalau ada pun kelajuannya cuma macam orang berlari-lari anak aje.

Walaupun ASP Hakimi tersengih hingga menampakkan gigi ketuk dan lesung pipit terbenamnya, hati Edelene sudah tak terusik seperti dulu. Dia kini lebih rindukan En Mushi2 yang dikenali di laman sembang YM. En Mushi2 seorang yang kelakar dan selalu membuat dia tersenyum bahagia.

Kiranya, apa yang dikatakan Tuan Rasyid ada benarnya, sebab tu lah dia cukup terasa dengan sindiran tadi. Nak buat macam mana, Mr Macho tak mahu timbul, yang menyapanya setiap kali on-line hanyalah En Mushi2. Tapi Edelene tak pernah rasa bersalah, itu kehidupan peribadinya, lagipun semua aktiviti chatting dibuat sewaktu rehat, ataupun bila di rumah...bukan di dalam waktu kerja.

Tiba2, muncul pop-up di skrin, ' We've got an instant message for you'. Edelene tersenyum, yang ditunggu nampaknya sudah tiba. Dia terus menekan pad tetikus.


' Salam...hai Sweetie, masuk channel kita...rindu la..

Edelene mengemaskan duduk, menyandar santai di kerusi, dan dia juga memastikan sudut pandangan ke pintu tidak terlindung. Itu langkah keselaamatan, kalau Tuan Rasyid atau Kimi masuk, dia akan lebih bersedia untuk menyembunyikan aktivitinya. Kalau orang lain, dia tak kisah sangat. Kalau ada yang menjenguk,dia boleh cepat2 beralih dari tetingkap YM, tanpa dapat dikesan, dan yang penting...tidak kantoi. Seketika kemudian, yang terdengar hanya bunyi jemari menghentam keyboard.

Edlin : Wa'alaikum Salam...tipu la tu

En Mushi2 : Naper tiba2 kata saya tipu

Edlin : Kata rindu konon

En Mushi2 : memang rindu pun..naper? tak percaya aa...


Edelene tersengih, En Mushi2 memang pandai buat kelakar. Terdengar bunyi pintu dikuak, Edelene nampak Sarjan Adli melangkah masuk, cepat2 dia menekan pad tetikus menyembunyikan tetingkap YM, yang tertera di skrin hanya laman web PDRM. Bila Sarjan Adli memandangnya, dia melontarkan seyuman plastik...kacau daun betul la. Dia menyambung sebaik sahaja Sarjan Adli berpatah balik dan keluar semula.

Edlin : memang tak percaya...awak tipu...

En Mushi2 : Kalau tak percaya...jom jumpa, nak tengok Edlin, gambar tak cukup

Edlin : Takmo..takmo..segan la

En Mushi2 : Ala..cayang bucuk, naper nak segan pulak...jom la jumpa...

Edlin : nanti lah...

En Mushi2 : Ala..kalau ikut saya, kalau tingkap YM ni boleh buka...saya jengok dah muka ni...

Edlin : Hee...mimpi jer ler..memang tak kan boleh pun...

Bunyi jemari mengetuk keyboard itu berterusan tanpa ada yang perasan, begitu kusyuk Edelene melayan En. Mushi2 sambil tersenyum panjang dan sekali sekala ketawa seorang. En Mushi2 telah berjaya membuat Edelene lupa pada perasaan yang tumbuh sebelum ini.Sejak dia berkenalan dengan En. Mushi2 lebih kurang dua bulan lepas, Kimi sudah hilang dari hatinya perlahan-lahan.

Sebelum ini ada juga kawan2 bercerita tentang cinta IT, tapi Edelene tidak pernah ambil kisah. Baginya mustahil untuk jatuh hati dengan orang yang kita tidak kenal apalagi tidak pernah memandang wajahnya. Kalau ada gambar pun, entah gambar siapa yang diletakkan...belum tentu gambar sendiri. Namun semenjak mengenali En. Mushi2 ni, hatinya kerap digaru rasa rindu yang tak dapat ditafsirkan, lebih kuat dari rasa rindu pada Kimi suatu waktu dulu.

Edelene mula sedar, ada rasa cinta yang sudah bertamu di hatinya. Kalau dengan Kimi dulu, dia cuma bertepuk sebelah tangan dan selalu bersedih. Tapi kini, En. Mushi2 selalu membuat dia ketawa dan hatinya berbunga bahagia. Edelene tersenyum lagi.

Rasa cinta telah menutup segala rasional yang ada di minda Edelene...dan yang Edelene tak tahu, rasa itu sedang membawa dia ke jurang bahaya.



*****

" Hahaha....hahaha......" Bunyi ketawa itu memenuhi ruang rumah teres dua tingkat itu.

En. Mushi2 mengeleng-gelengkan kepalanya, terasa begitu lucu. Perangkapnya sudah mengena, dia pasti gadis bernama Edlin itu sudah asyik maksyuk dengan ayat2 cinta yang ditaburnya. Itu baru dua bulan...

Dia boleh menjadi siapa saja di alam maya, sudah berpuluh kali menukar identiti. Setiap kali beraksi di alam maya, dia bijak bermain kata...hingga kebanyakan gadis terpesona dan mula mempercayainya. Mereka yang sudah meletakkan kepercayaan padanya, sangat mudah diajak berjumpa, dan sudah tentu memudahkan agenda seterusnya...strike at the first date.

Dia tak mahu tersilap langkah lagi, selama ini semua aktiviti gelapnya tak pernah dapat dihidu. Tapi dek kerana panik hari itu, dia tersilap percaturan dan tersilap langkah, akibatnya...kes tersebut sudah berada di bawah pemerhatian Polis. Nama Mr Macho sudah terkenal dan terpampang di dada2 akhbar. Kerana itu Mr Macho sudah bertukar kepada En. Mushi2...dan buat sementara ini, dia cuma ingin bermain-main dengan ayat2 cinta, sementara menetapkan Pelan mana yang patut dia ambil...Pelan A atau Plan B.

Dia tersenyum sendiri dan perlahan-lahan senyuman itu bertukar menjadi ketawa.... ketawa yang semakin kuat.....

2 comments:

IVORYGINGER said...

writer. I like this story. Sgt menarik n bnyk lg suspen kan???
Keep up writing i want to know this story until the end. :)

Packy Sidique said...

Salam Ivoryginger,
Am glad u like it. Thanks for stopping by and leave a comment.
Very new to writing, tak oenah ada x'perience. This is my first attempt...will try do continue and do my best.

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU