Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Thursday, October 14, 2010

BAB 18


" We have not been so lucky with our first proof, that jeans shirt..." Serius suara Tan Rasyid.

Kimi pandang jer muka Tuan Rasyid...boleh agak yang mood big bosnya tak berapa baik. Hari ni beberapa anggota yang terlibat secara terus, dipanggil untuk mesyuarat tergempar. Hmm...perkembangan kes amat merisaukan Tuan Rasyid. Semuanya siasatan tentang bukti pertama, menemui jalan buntu.

" Inspektor Ganesan, macamana dengan siasatan awak on stomach content. Boleh brief kami semua." Tuan Rasyid menyorot pandang ke muka Inspektor Ganesan.

" Ya, Tuan. Repot forensik menunjukkan the last meal was Sushi. So kita dah buat siasatan ke premis2 yang serve sushi sekitar Penang. Pening juga Tuan, saya ni mana pernah makan sushi. Rupanya, ada berjenis-jenis sushi yang dihidangkan."

Kimi cuma tersenyum, sebelum tugaskan Inspektor Ganesan buat siasatan, dia pun dah buat kajian tentang sushi melalui Internet. Menurut pembacaannya, sushi ni makanan paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Hmm...mendengarnya pun dah rasa tak tertelan dek tekak.

Tuan Rasyid cuma anggukkan kepala, matanya masih tertumpu kepada Inspektor Ganesan.

" Any idea about the actual sushi yang mangsa makan? " Dia menyambung soal.

" According to report...ada campuran mee, buah2an, vege, seafood..to be specific, ketam dan udang. Also ada traces of mayonaise and bonito fish. Yang susah sikit tu, most of the outlet akan hidang yang lebih kurang sama saja. So, apa yang kita buat...make sure pi ke semua outlet dan tunjuk gambar mangsa." Inspektor Ganesan menerangkan panjang lebar.

" Again...kalau kita buat macam tu, kita masih perlu bergantung kepada luck, if we are lucky...ada pekerja2 akan ingat muka, which is usually, people are not that particular, unless mangsa dan suspek kita memang lain dari yang lain...unik or they have created a scene...macam bergaduh ker...saya tak suka bila kita perlu bergantung pada nasib." Tuan Rasyid menyambung dengan tegas.

" Ya lah...saya pun dah surf internet, mmg macam tu lah...tapi, sushi ni berubah juga dengan perubahan zaman. Ada yang kreatif juga nak buat lain dari yang lain...maybe kalau kita go very deep, kita boleh dapat sesuatu. " Kimi menyampuk, memberikan pendapat.

" I have asked around, especially dari chef2 tu, sushi berlainan dari segi bentuk dan ramuan, tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa dimasukkan. Kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya berbeza dari segi penyediaan. Jadi...kita memang susah sikit nak trace it back to certain outlet." Terang Inspektor Ganesan lagi, dia berhenti sebentar...memandang ke arah Sarjan Adli yang menggaru-garu kepala.

" Ada lima jenis yang utama, Nigiri-sushi, Temaki-sushi, Maki-sushi, Oshi-sushi, Chirashi-sushi, Temari-sushi...nak menyebutnya pun buat lidah saya terbelit."

" Wah! Ini dah jadi kelas memasak sushi lah pulak. Tuan, yang saya tau, Tuan Gan dari JSJK tu penggemar sushi...mesti dia familiar bab2 ni." Sarjan Adli ketawa kecil.

" Hmm...good idea Sarjan, macamana awak tau tu?" Tuan Rasyid yang yang tadinya macam nak marah terus tersenyum.

" Saya pernah tengok Tuan Gan tu dok tenang gambaq sushi sampai meleleh air liur, bila saya usik2 dia, sembang2...baru tau dia memang hantu sushi. Kalau tak silap, dia pernah kata...semua restoran sushi kat Penang ni dia dah pernah try."

Kesemua yang ada di dalam bilik mesyuarat tu tergelak kecil.

" Hmm...ada2 la kamu Sarjan, tak kan lah tengok gambar pun boleh meleleh air liur." Tuan Rasyid menggeleng kepala, tersenyum segaris.

" Serius Tuan, ni bukan cerita rekaan." Sarjan Adli angkat tangan macam orang bersumpah.

" OK...saya tak kisah lah, nak tanya Tuan Gan ke, nak buat tour around Penang ke, yang penting saya nak tengok siasatan ni bergerak ke arah positif. Faham!" Dengan ayat tu, Tuan Rasyid menghabiskan mesyuarat tergempar pagi itu.

*****

" Ada nampak Tuan Gan?' Kimi menyoal salah seorang anggota yang baru keluar dari kantin.

" Ada Tuan, dia tengah makan dengan Inspektor Ganesan."

Sewaktu mencari ASP Gan Ee Kiang tadi, salah seorang anggota mengatakan ASP Gan sedang makan di kantin. Nampaknya Inspektor Ganesan lebih pantas dari Kimi.

Kimi menapak masuk ke kantin, mencari kelibat kedua-dua mereka. Di satu sudut, kelihatan ASP Gan sedang asyik berbual dengan Inspektor Ganesan, ada sekeping kertas di tangan ASP Gan. Dia bergerak menghampiri, Inspektor Ganesan yang kemudiannya menyedari kehadiran Kimi, menarik kerusi di sebelahnya dan mempersilakan Kimi duduk.

" Have a sit Tuan Hakimi, baru nak intro ni, elok la Tuan sampai."

" Hmm...lets see, noodle, fruits, vege, seafood, myonaise...bla..bla...bonita fish...bonita fish... Yes!" ASP Gan tiba2 memetik jarinya, seolah-olah teringatkan sesuatu.

Kimi dan Inspektor Ganesan mula teruja, kedua-duanya mengangkat kening ke arah ASP Gan serentak, isyarat bertanya apa yang terlintas di minda ASP Gan.

" I've seen and taste something like this before, wait! let me think." ASP Gan memejamkan matanya, dahi dikerutkan.

" Seafood Yaki Udon... a dish using Japanese Udon...somewhere in Butterworth." ASP Gan tersengih memandang kedua-dua rakannya.

" If you could be more spesific, I would appreciate that. Dah puas pusing satu pulau with no luck. Who knows this time we might be lucky." Kimi mencelah, tersengih.

" Nanti belanja saya sushi lah...I'll take you there." ASP Gan tersengih kembali.

Belum sempat Kimi menjawab, suara Saiful Apek menjerit dari dalam kocek seluarnya, 'Ada mesej..ada mesej..' Kimi menyeluk kocek dan mengeluarkan talipon bimbitnya, tangannya mengisyaratkan supaya ASP Gan dan Inspektor Ganesan menunggu sebentar.

Pantas jari jemarinya menekan butang, hmm...nombor tak dikenali, dia menekan butang 'read' dan terpapar mesej ringkas di atas skrin.

'Saya Deena, ada perkara nak bincang...
kalau free tolong return call pakai nombor ni'

Dia kemudiannya menekan butang 'off'', dan kembali menumpukan perhatian pada perbincangan tadi.

" Kat mana kita tadi?" Kimi memandang ASP Gan semula.

" Belanja I sushi maa..." ASP Gan memandang Inspektor Ganesan sambil mengenyit mata.

" Ok...no problem, tapi halal ker? Never eat sushi in my entire life...or Inspektor Ganesan can go with you, I belanja." Kimi angkat kening ke arah Inspektor Ganesan. Agenda nak melepaskan diri lah ni, harap2 Inspektor Ganesan setuju, tak tertelan rasanya kalau benda separuh masak macam tu.

" Hey man...its just sushi, seafood, vege...you boleh makan la. Tapi kalau you was2, you oder minum jer." ASP Gan memujuk. Kertas di tangannya tadi diserahkan kepada Inspektor Ganesan semula.

" Haha..pandai you guna term was2...but yes, kalau was2, I prefer not to eat." Kimi tersengih memandang ASP Gan.

Hmm...pandai juga apek ni pakai terma was2 pulak, macam faham jer kalau was2 tak boleh makan. Memang lah kalau makanan separuh masak tu, tak tertelan dek tekak. Selain dari tu, Kimi tak pasti status halal sushi ni, tak tau samada ada unsur2 yang meragukan atau tidak. Melihatkan botol2 sos yang seperti botol arak tu yang membuatkan Kimi was2.

" Tuan, saya rasa Tuan ikut jer kami, just makan yang tak was2...lagipun, mana tau kut2 nanti Tuan terfikir apa yang saya tak terfikir." Inspektor Ganesan pula mengajak.

Kimi diam sebentar, memerhatikan kedua-dua rakannya. Kemudiannya dia tersenyum sambil menganggukkkan kepala perlahan-lahan.

*****

Jari jemari Kimi sibuk menekan butang talipon, mencari nombor Deena tadi. Bila nombor tertera di skrin, dia mula mencari butang 'save', selesai menyimpan nombor Deena di dalam senarai, dia terus membuat panggilan.

Panggilan di sambut oleh muzik 'caller ring tone' Maher Zain dengan lagu 'Open Your Heart', lagu dan lirik yang menjadi kegemaran Kimi juga. Kalau diperhalusi bait2 kata di dalam lagu tersebut, ia mengajak manusia melihat ciptaan Allah pada diri dan alam sekeliling, dan berfikir serta mengkagumi kebesaran Allah.

" Hello!" Suara Deena menyambutnya di hujung talian.

" Assalamualaikum! Saya Hakimi...tadi Deena hantar SMS, so...la ni dah free la." Sambil bercakap, tangan Kimi sibuk membelek fail2 di atas meja.

" Wa'alaikum Salam. Thanks sebab call saya balik. Hmm...Saya kena tanya dulu, kerja Kimi kan sibuk, saya takut mengganggu."

" Thanks juga sebab jadi warga yang prihatin, kata tadi nak bincang...tentang apa tu."

Lama talian sebelah sana senyap, hanya terdengar desah nafas Deena. Hairan...kenapa pulak soalan tu tak berjawab.

" Hello! Deena? Are you still there? "

" Yes..yes..masih ada, emmm... tapi saya cuma tak tau macamana nak cakap...takut awak kata saya gila pulak." Deena bercakap dalam keadaan tidak lancar, terhenti-henti macam enjin motorbot tersangkut.

" Its OK, saya janji perkataan gila tu tak akan terkeluar...cakaplah! Kalau tak cakap, awak tak akan tahu reaksi saya." Kimi cuba meyakinkan Deena.

" Sejak pindah ke Penang, saya ada alami mimpi pelik2 tentang seorang perempuan...wajah dia memang serupa dengan saya. Sebenarnya, dah tiga kali saya mimpi orang yang sama. Saya cuma rasa, awak boleh tolong saya...sebab awak pernah tersilap memanggil saya dengan nama orang lain...Nina."

Mendengar Deena menuturkan ayat2 itu, membuatkan jantung Kimi berdegup kencang. Dia tiba2 teringat tentang mimpi yang dialami selepas solat hajat beberapa bulan minggu lepas. Mimpi Nina melambai tangan kepadanya dari sebuah wakaf berhadapan dengan Rumah Deena sekarang.

" Kimi!...awak dengar ker tak?"

" Ya, teruskan...saya tengah dengar la ni."

" Saya rasa saya nak straight forward ja...saya tak tau nak tanya siapa, tapi saya rasa awak ada special bond dengan Nina, sebab saya masih ingat ekspresi muka awak masa awak jumpa saya first time dulu...boleh kita jumpa dan bertukar cerita secara detail. Kalau perlu saya boleh balik this weekend."

" Tak...tak perlu balik. Kebetulan saya ada meeting kat KL isnin depan. Saya jumpa awak hari ahad...nanti awak tetapkan tempat...SMS saya, OK!"

" OK, that would be fine...apa kata dekat Restoran Ani Sup Utara seksyen 3, dekat UITM tu...hari Ahad, pukul 3." Dengan pantas Deena memilih tempat dam masa.

" Setuju. Tapi...dalam semua mimpi awak, apa yang buat awak nekad talipon saya? Kalau tak keberatan nak beritau la."

" Dua hari lepas...saya mimpikan orang yang sama, macam2 betul2 jumpa dia. Di dalam mimpi tu...dia beri saya sebuah kotak tempat menyimpan diari, kotak berkunci warna pink."

Kimi terdiam, dadanya mula berdebar lagi dan ada rasa sesak nafas tiba2. Mungkinkah Allah sudah menjawab doa yang dipanjatkannya. Mustahil Deena boleh tahu tentang semua tu, kalau bukan ilham dari Yang Maha Kuasa.

" Kimi, Awak tahu apa2 tentang kotak tu?"

" Birthday prezent dari saya, setahun sebelum Nina hilang. Ya Allah! Deena...Saya rasa macam tak sabar nak jumpa awak." Kimi meraup mukanya dengan tangan kanan.

Kimi dan Deena masing2 terdiam...lama. Deena akhirnya mematikan talian. Sudah kehilangan kata2, dan jantung masing2 juga sudah jadi tak keruan...hilang tempo untuk berdegup.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU