Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Tuesday, October 12, 2010

BAB 17

Sebaik saja sampai di rumah, kelihatan sebiji kereta Mercedes bermata Doremon sedang diparkir di laman rumah. Hmm... ini macam kereta yang Deena nampak masa mula2 berpindah, kalau tak silap, samada milik Zekry atau Abang Lan. Buat apa pula mereka kat sini.

' Assalamualaikum!" Deena memberi salam sebaik saja memasuki ruang tamu.

Betul sangkaan Deena, Zekry dan Abang Lan sedang berbual dengan ayahnya. Pak Mat pun ada sekali di situ. Semua orang menjawab salam sambil tersenyum memandang Deena.

Encik Hisyam bangun, memandang Deena dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Mukanya jelas menggambarkan kerisauan. Tadi, sewaktu di balai polis, Deena sudah menalipon emaknya menceritakan peristiwa kena ragut tu, tentu emaknya dah membuat ulasan selari pada ayahnya...sebab tu muka ayahnya nampak risau.

" Deena OK? Tak cedera kat mana2"

" Deena Ok...jumpa Kimi tadi, dia yang tolong Deena." Deena menjawab tenang.

Deena sebolehnya akan cuba menyembunyikan cerita yang sebenarnya dia yang membelasah Kimi. Tadi masa berbual di kantin, dia baru tahu yang Kimi ahli Silat Cekak, ada juga ilmu Taekwando. Hmm...sudahlah kacak dan segak, Kimi pandai menghargai perempuan. Walaupun boleh saja melawannya tadi, tadi Kimi cuma membiarkan dirinya dibelasah. Entah kenapa...tiba2 Deena terasa hatinya tertinggal di balai polis tadi. Gatal!.

Ayahnya menarik nafas lega. Yang lain2 hanya memandang...kelihatan sedikit tercengang-cengang, kurang faham.

" Deena masuk dulu lah, dah penat ni...nak bersihkan diri."

Deena mula melangkah ke dapur, sebaik memasuki dapur, dia tercium semerbak bau kuah laksa. Terasa air liur terbit macam air terjun.

" Assalamualaikum Mak, Mak buat laksa ka...hmmm...sedapnya bauuu....." Dia menghirup aroma tu dalam2.

Emak Deena tersenyum panjang, melangkah menghampiri Deena. Dibeleknya Deena dari hujung rambut sampai hujung kaki...kemudian menganggukkan kepala, tanda berpuas hati.

" Alhamdulillah tak cedera...kan Mak dah remind Deena tadi, naluri hati Mak ni betoi kan!"

" Sangat tepat...nasib baik ada Kimi tu." Sambil itu Deena mencapai gelas dan membuka peti ais, dia menuang air sejuk ke dalam gelas dan meminumnya hingga habis separuh gelas. Sejuk dan nyaman rasa kerongkong Deena.

" Hmm..naluri mak cakap, Deena yang belasah Kimi, bukan sebaliknya."

Deena meletakkan jari di bibirnya, emaknya tergelak kecil. Kemudian dia mendekatkan mulut ke telinga emaknya, dan ters berbisik.

" Abang Lan dengan Zekry tu buat apa kat sini, ayah yang jemput ka?"

" A'ah...ayah kamu nak buat wakaf kat ruang antara bonzai Borgenvilla dengan pokok Payung Indonesia tu...macam Angah cadang hari tu."

" Wah! Best tu...boleh la lepak2 kat situ nanti. Depa tu kontraktor ka?" Deena tersenyum, dia setuju sangat kalau dibina wakaf di situ, suasana redup tu memang sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat dan minum petang.

" Entah la...Pak Mat yang cadangkan pada ayah."

" Hmm...agaknya, by the time Deena cuti panjang nanti, wakaf tu dah siap la kan!"

" Agaknya la, bila Deena nak balik Shah Alam?"

" Hari Isnin pagi, tak pa la mak, Deena nak naik dulu. Nak mandi dan solat. Tak sabar rasanya nak makan laksa mak yang best in the world." Deena memeluk emaknya dari belakang.

" Haa..elok la tu, busuk2 tak mandi dari pagi...peluk mak pulak." Puan Nora tersenyum memandang anak kesayangannya. Deena ketawa kecil sambil menapak ke tingkat atas.

Deena tidak sedar, sewaktu melalui ruang antara tangga ke tingkat atas, ada mata nakal yang tajam merenung ke arahnya.

*****

" Ya Allah!...tolong aku Ya Allah! Selamatkanlah aku" Sambil berdoa, Deena dapat merasakan debaran jantungnya yang menggila.

Malam yang gelap menyukarkan pandangan, Deena tak pasti dia berada di mana dan kenapa dia berada di situ. Dia sepatutnya dah balik ke UiTM...menyambung pengajian. Yang dia pasti, dia sedang melarikan diri dari seseorang.

Deena duduk bertinggung di sebalik sebuah pasu besar, tangannya dibawa ke kepala...memeriksa keseluruhan kepala untuk mencari kesan kecederaan. Hmm...tak ada cedera kat mana2 pun, tapi kenapa dia macam orang hilang ingatan? Tak tahu di mana, kenapa dan siapa yang dia takutkan, sampai jantungnya berdegup kencang macam pelari maraton.

Sayup2 terdengar derap kaki menghampiri, Deena menjengah dari sebalik pasu, dia ternampak kelibat seorang lelaki dengan sebilah pisau...bersinar dan terhunus di tangan. Deena terkejut, sehingga mengeluarkan jeritan kecil, dia cuba menutup mulut...tapi sudah terlambat.

Hairan! Lelaki itu bukan berjalan menuju ke arah Deena, tapi menghampiri pasu besar yang berada di sebelah kiri pintu masuk ke porch rumah tersebut. Deena mengecilkan mata, dia dapat melihat kelibat seseorang sedang bersembunyi di sebalik pasu...seperti dia juga.

" Sayang...jangan takut dengan abang?" Lelaki itu berkata sambil merintih.

Perempuan itu nampak ketakutan, kepalanya meliar ke kiri dan ke kanan dan akhirnya bertembung mata dengan Deena, pandangan mata yang meminta simpati.

" Bagi abang buku dan kunci tu...kamu tahu abang sayang kamu kan!" Sambil menapak mendekati lokasi tersebut, lelaki tu terus bercakap.

Buku? Dia meminta buku dan kunci. Ya, Deena memang dapat melihat ada sesuatu yang lebih menyerupai kotak yang dipegang perempuan itu. Lelaki itu bergerak laju menghampiri, sebelum sempat sampai, perempuan itu tiba2 berlari keluar dengan laju menghala ke arah Deena.

" Cepat!...ikut saya, lelaki tu bahaya." Perempuan tadi menarik tangan Deena, mahu tak mahu Deena terpaksa mengikut.

Mereka berlari membelah kegelapan malam. Dalam samar2 cahaya bulan di awal2 bulan Islam tu, Deena perasan yang mereka melalui kawasan dipenuhi pepohon...seperti berada di dalam sebuah dusun.

Perempuan tadi tiba2 berhenti berlari bila menghampiri sebatang pokok yang tumbuh merendang. Pohon itu bercabang tiga di bahagian pangkal...tak pasti pula nama pokoknya. Keadaan yang suram itu menghadkan pemandangan.

" Kau siapa?" Deena mula menyoal, kemudian menggaru kepala.

Perempuan tadi, berkalih memandang Deena. Ada sesuatu pada matanya, pada wajahnya. Tapi buat masa ini, Deena malas nak berfikir. Yang penting, dia perlu tahu...kenapa dia di sini.

" Macamana aku boleh berada di sini, aku keliru. Kenapa kau libatkan aku...penjahat tadi kan tak nampak aku."

Mata perempuan itu meliar ke kiri dan ke kanan, dia nampak resah. Dia mula menghulurkan sebuah kotak, kotak berwarna merah jambu.

" Buat masa ni, hanya engkau harapan aku, Tolonglah aku." Dia mula menangis teresak-esak.

Deena masih teragak-agak, perlukah dia melibatkan diri. Nanti tak pasal2 dikejar lelaki psiko tadi...sudahlah ada pisau terhunus di tangannya. Tapi bila melihat kesedihan di wajah perempuan tu, dia rasa kasihan pula.

" Apa aku nak buat dengan kotak kau ni, apa benda kat dalam? Jangan2 ada dadah...nanti tak pasal2 aku masuk penjara."

" Kau tolong simpan, dalam ni ada diari, rahsia hidup aku ada di sini. Cepat...ambil, aku takut tak sempat. Sampai masa nanti,aku bagi kuncinya."

Deena mula menyambut kotak yang dihulurkan, tapi tiba2 terkejut apabila disergah dari belakang. Hampir saja kotak itu terlepas dari tangan.

" Hah! Kemana lagi kau nak lari lagi...kau dah tak boleh ke mana-mana." Suara garau lelaki tadi muncul lagi...terlalu dekat di belakangnya.

" Lari! Tolong larikan diri." Perempuan tadi menjerit.

Deena memberanikan diri berkalih, lelaki itu sedang berdiri setentang dengannya. Suram malam menyembunyikan wajah lelaki tersebut. Pisau masih terhunus di tangan, dan nampaknya dia seakan-akan sudah bersedia menyerang Deena bila2 masa saja.

Deena memperkemaskan langkah, kotak tadi dimasukkan ke dalam beg sandang yang sedari tadi tersangkut di bahu. Waktu2 begini, kemahiran bertaekwando amat berguna, itu antara sebabnya dia memang serius belajar seni mempertahankan diri. Dunia sekarang penuh dengan manusia2 jahat seperti yang sedang berdiri di depannya sekarang.

Lelaki itu tidak memandangnya, tapi pandangannya lebih tersorot ke arah perempuan yang sedang berdiri di belakang Deena.

" Kalau kau nak apa2kan dia, kau perlu melepasi aku...aku tak kan mudahkan kerja kau." Deena bersuara. Sedangkan Kimi yang pandai bersilat tu pun tumpas di tangannya, tak mustahil lelaki ini dapat dikalahkan.

Baru saja dia memulakan lompatan kecil dalam keadaan terjengket-jengket, lelaki itu sudah mula mengatur langkah ke depan. Pisau di tangan kirinya dihunuskan melepasi bahu, bersedia untuk menusuk tubuh badan Deena.

Kedengaran bunyi nyaring jeritan perempuan tadi, dan di waktu yang sama, tubuh Deena pula terasa sejuk seolah-olah ditembusi ais. Deena kaget, dia bertanya di dalam hati 'Sudah matikah aku, tapi kenapa tak merasa sakit...cuma sejuk' dan sejuk itu sukar digambarkan.

Deena memandang ke perutnya...kemudian ke arah tangan yang sedang memegang perut...tiada darah, tiada rasa sakit. Pelik! Hairan! Telinganya menangkap bunyi mendesah dari belakang, seperti orang menggelupur.

Dia berkalih ke belakang, dan apa yang disaksikan membuatkan dia menjerit nyaring. Jeritan nyaringnya menggegar ketenangan malam.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU