Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Friday, October 1, 2010

BAB 16

" Sarjan nampak macam frust jer?" Kimi menegur Sarjan Adli di sebelahnya.

"Dah tiga outlet kita pi, so far negatif je. Ada yang cara penyimpanan dokumennya tak lengkap dan ada yang kelabu...naik berpinar dah mata ni. Kalau pembunuh tu beli dengan cash atau beli luaq Penang, macam sia2 la effort kita nanti, Tuan." Sarjan Adli yang berjalan seiring dengan Kimi membebel.

Kedua-dua mereka sedang berjalan keluar dari lorong yang menempatkan Restoran Nasi Kandar Line Clear. Selepas menyiapkan siasatan di tiga premis berdekatan, mereka berhenti makan tengahari di situ. Orang Pulau Pinang, kalau tak kena nasi kandar sekali sehari...macam tak sah hidup.

Baru saja Kimi ingin membalas bebelan Sarjan Adli, telinganya menangkap jeritan nyaring seorang perempuan. Dari salah satu lorong Pasar Bazar bertentangan dengan pasaraya Mydin, Kimi melihat seorang lelaki berlari menggendong sebuah beg, dan seorang perempuan mengejarnya dari belakang.

" Mangsa ragut" Kimi menjerit sambil jarinya menunding ke arah tersebut.

Tanpa berlengah, Kimi dan Sarjan Adli turut mengejar dari belakang. Peragut yang memasuki lorong di antara bangunan nampaknya berlari dengan sungguh pantas, susup sasap di celah orang ramai dan perempuan yang mengejarnya pun nampaknya masih tak mahu mengalah. Sampai di satu lorong, kedua-dua mereka hilang dari pandangan.

Puas Kimi meninjau dari satu lorong ke satu lorong, akhirnya dia melihat kelibat dua susuk tubuh di hujung salah satu lorong. Hmm...berani betul perempuan tu, kejar peragut sampai ke tempat2 macam ni.

Bila semakin hampir, rupa-rupanya mereka sedang bertarung. Mulanya Kimi berhasrat ingin menolong, tapi apabila melihat ketangkasan perempuan tu mempertahankan diri, dia sekadar jadi pemerhati sambil bersiap sedia jika perlu bertindak menyelamatkan keadaan.

Sarjan Adli tiba 10 minit kemudian, terus berhenti memandang sambil bercekak pinggang. Hampir ternganga mulut Sarjan Adli melihatkan ketangkasan perempuan tu bertarung...kalau ada lalat yang melintas, pasti akan masuk terowong gelapnya tu. Lucu pulak bila Kimi lihat Sarjan Adli macam tu.

Walaupun bertubuh kecil molek, perempuan tu bergerak pantas. Setiap serangan dapat ditangkis dengan mudah. Kimi kenal sangat dengan gerakan2 yang dilakukan perempuan tu, rasanya perempuan tu bukan calang2 orang, mesti pemilik tali pinggang hitam Taekwando.

Tiba2 sahaja tumbukan keras peragut tu hinggap di pipi perempuan tadi, dia tertolak ke belakang. Tudung kepala yang dipakainya sudah tertarik ke depan hingga menutup sebahagian mukanya. Sempat lagi dia bertenang sambil memperbetulkan kedudukan tudung, tapi belum sempat melakukannya dengan baik, peragut tu terus menyerangnya lagi.

Perempuan itu sempat mengelak sambil berpusing membelakangkan mereka. Dia melakukan lompatan kecil berulang-ulang dalam gerak Taekwando, sebelum bergerak ke depan dan melakukan sepakan terbang ke arah dada peragut terbabit. Peragut tu terus tertolak ke belakang, tapi masih mampu mengimbangkan diri dan bersedia untuk menyerang semula.

Perempuan itu masih dalam gerakan lompatan kecil seperti tadi, bersiap sedia apabila peragut itu memulakan langkah ke depan. Sebaik saja peragut itu mendekati, Perempuan tadi melompat sambil berpusing ke kanan, kakinya memberikan sepakan sisi mengenai bahu kanan peragut. Peragut itu tertolak ke kiri, terus menghentam dinding bangunan dan tertiarap di situ juga.

" Serve you right! Lain kali nak duit...kerja! Memalukan agama dan bangsa saja!" Dia membebel sambil berjalan mendapatkan beg sandangnya yang tercampak di tepi lorong.

Sebaik dia menundukkan badan untuk mencapai beg, dia mengeluarkan jeritan kecil. Tangan kanannya memegang pinggang seperti menahan sakit. Kimi segera bergerak ke depan, niat di hati nak menolong, tangannya pantas memegang bahu kanan perempuan tadi dari belakang.

Seperti kilat, perempuan tu mencapai tangan yang menyentuh bahunya, dan menariknya ke depan, Kimi yang kurang bersedia...turut terdorong ke depan. Perempuan tu kemudiannya membuat unduran kecil ke belakang dan menyiku perut Kimi dengan siku kanannya. Kimi tertunduk menahan senak.

Tidak cukup dengan itu, dia melepaskan sepakan sisi mengenai bahagian kanan badan Kimi, dan terus jatuh terbaring secara mengiring. Dalam keadaan tak bersedia dan tak terduga, nasib Kimi nampak gayanya sama seperti peragut tadi.

" Polis! Berhenti...jangan bergerak! Kimi terdengar Sarjan Adli memberi amaran.

Nampaknya, amaran Sarjan Adli tidak diendahkan, kolar baju Kimi ditarik dari tepi, memaksa Kimi berpaling bertentangan muka dengan perempuan itu. Penumbuk sudah berada tak sampai seinci dari muka, bila Kimi memandang muka penyerangnya...dia hampir tidak mempercayai apa yang dilihatnya.

Perempuan tu tidak bergerak buat beberapa ketika, posisi mereka seolah-olah dibekukan oleh mesin yang entah dari mana. Dia masih memegang kolar baju Kimi dengan tangan kanan dan mengacukan penumbuk dengan tangan kiri, dan Kimi dengan muka terkejut dan mulut terlopong terus memandang sahaja.

" Deena?" Tiba2 Kimi bersuara setelah sekian lama.

Deena melepaskan leher baju Kimi tiba2, terdengar bunyi kepala Kimi terhantuk di simen, kelekuk!. Deena berundur ke belakang, hampir tak percaya dengan apa yang dilihat dan apa yang sudah dia lakukan. Dia mula menggaru-garu kepala yang tak gatal, mulut sedikit terbuka seakan ingin memperkatakan sesuatu.

" Kimi?" Itu yang terkeluar, masing2 memanggil dengan nama pendek seolah sudah kenal lama.

Rasa bersalah mula menghantui benaknya, Deena ingatkan orang jahat tadi, lagipun tindakan Kimi yang tiba2 memegang bahunya...memebuatkan dia bertindak tanpa berfikir.

Sarjan Adli mendapatkan Kimi, dia seperti cuba mengawal senyum...atau lebih tepat menahan ketawa dari terburai. Nampaknya Sarjan Adli macam orang kena loteri sebab menjadi saksi bosnya dibelasah perempuan.

" Tuan, Tuan OK? Tak ada yang patah riuk ker?" Pertanyaan yang lebih kepada sindiran.

Kimi bangun perlahan, menggosok-gosokkan kepala, bahu kanan dan akhirnya punggung. Dia menjeling ke arah Sarjan Adli, dan kemudiannya memandang Deena. Tak tahu apa yang patut diperkatakan, memang dia berharap akan dapat berkenalan dengan Deena, tapi bukanlah dengan cara begini.

Entah kenapa, tiba2 Kimi merasa gelihati, segaris senyum terukir di bibir bila dia memandang Sarjan Adli dan Deena bergilir-gilir. Mereka akhirnya sama2 ketawa...dan Sarjan Adli lah yang paling kuat ketawa.

Kimi yang tiba2 sedar tentang perkara tu, mengisyaratkan Deena supaya menahan gelak. Sarjan Adli yang masih tak perasan, terus ketawa sambil menekan perut...dan ketawanya mati tiba2 selepas itu bila sedar dirinya diperhatikan.

" Sarjan!" Kimi berteriak.

" Tuan." Sarjan Adli berdiri tegak.

" Tak reti2 nak panggil kereta peronda? Nanti pesalah tu cabut."

" Saya Tuan!" Dengan pantas Sarjan Adli mencapai talipon bimbit dan terus mendail.

Deena hanya tersenyum memerhatikan gelagat Sarjan Adli, bila berkalih ke arah Kimi, dia jadi termalu. Kimi pula sedang memerhatikannya tanpa berkelip. Terus saja dia teringat apa yang baru dilakukan sebentar tadi...Ya Allah! Malunya!

Kimi mendekat, sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.

" Saya, Kimi. Nama penuh Amar Hakimi."

" Saya, Deena. Nur Deena Hanani. Dan..maaf, saya tak berjabat salam dengan lelaki yang bukan muhrim." Deena menyembunyikan tangannya dibelakang punggung.



*****



Tak tahu nak sembunyi muka kat mana. Itu apa yang Deena rasa sekarang ni.

Tak sangka Si Superman pada pertemuan pertama, a.k.a. Kimi yang dikenali dalam pertemuan kedua adalah seorang Pegawai Polis, patutlah rambut ala military cut, tinggi dan tegap penampilannya. Rekod dua pertemuan sebelumnya, kira OK la, tapi yang ketiga ni...hancur!. Haila...entah apalah tanggapan Kimi dengan perempuan seperti dia.

Lepas peristiwa tadi, dia dikehendaki membuat laporan di Balai Polis dengan ditemani Kimi. Sepanjang perjalanan, mereka kurang bercakap, Deena tak tahu apa yang ada dalam hati Kimi, apalagi selepas dibelasahnya Kimi seperti tadi. Malu! hingga membuatkan dia kehilangan kata-kata.

Sesampai di IPK Pulau Pinang, Deena nampak kelibat Sarjan Adli dengan tangan tergawang penuh aksi dikerumuni beberapa anggota Polis. Nampak seperti sibuk bercerita, bila melihat Kimi dan Deena berjalan menghampir, mereka cepat2 bersurai.

" Macam bercerita tentang kita ja." Deena memandang Kimi.

Kimi cuma tersenyum tawar, 'hmm...Sarjan Adli ni memang nak kena', gumam Kimi di dalam hati. Nampaknya cerita dia kena belasah bakal tersebar seantero pejabat.

" Biarlah...depa ada mulut, macamana nak tutup."

Sewaktu membuat laporan, Deena perasan yang ada beberapa orang anggota Polis yang tersenyum dan berbisik sesama sendiri. Hmm...megumpat la tu. Dijegilkan matanya memandang mereka, salah seorang dari mereka mengangkat tangan tanda surrender, sambil tersenyum mengusik.

Sarjan Adli tiba2 muncul dari salah satu pintu, dan berjalan menghampiri Deena.

" Tuan Hakimi minta saya bawa Cik Deena ke kantin, dia menunggu di sana, jom!" Tanpa banyak alasan dia mengekori Sarjan Adli.

Untuk ke kantin, Deena terpaksa melalui ruang yang dipenuhi beberapa anggota Polis, sebaik sahaja dia dan Sarjan Adli melalui ruang tu, kesemua mereka susup sasap meminggir ke tepi memberi laluan. Telinga Deena dapat menangkap jenaka nakal mereka.

" Tepi...tepi..kang ada yang jadi kain buruk kena belasah."

" Nampak kecik saja macam Sheila Majid...tapi Tuan kita pun kalah...ish..ish..ish..takuttt."

" Ala...Tuan bagi chance jer, tak kan nak lawan perempuan."

Merah padam muka Deena, Sarjan Adli cuma tersengih macam kerang busuk.

" Relak la Cik Deena. depa ni memang suka mengusik. Jangan ambik pot la." Sarjan Adli cuba mententeramkan perasaan Deena.

Bila sampai di kantin, kelihatan Kimi sedang duduk berbual dengan seorang lagi Pegawai Polis. Mereka berdua bangun dan Kimi mempersilakan Deena duduk.

" Saya minta diri dulu lah ,Tuan." Sarjan Adli menganggukkan kepala kepada kedua-dua pegawai atasannya. Anggukan yang dibalas dengan anggukan juga.

" Hmm...so, ni lah Superwomen yang dah berjaya menumbangkan awak tadi?"

Kimi dan Deena saling tersenyum dan berpandangan.

" Deena, kenalkan...ini Ketua Jabatan Siasatan jenayah, IPK Pulau Pinang, Tuan Rasyid."
Tuan Rasyid menghulurkan tangannya untuk bersalam. Baru separuh jalan, Kimi bersuara " Emm...Tuan, Cik Deena ni, tak salam dengan lelaki bukan muhrim ya."

Tuan Rasyid menarik kembali tangan yang dihulur. Deena pulak sekadar mennundukkan kepalanya sedikit, tanda hormat.

" Ehmm...malu saya Tuan, saya ingat Kimi ni orang jahat tadi. Dia pulak sentuh bahu saya secara mengejut. Maaf lah Tuan, Kimi...saya tak sengaja."

Kimi dan Tuan Rasyid ketawa serentak. Tuan Rasyid kemudiannya, meminta diri untuk balik ke Pejabat...ada mesyuarat katanya.

" Duduk lah, nak minum apa,? Saya belanja." Kimi memulakan perbualan sebaik saja Tuan rasyid berlalu.

" Sepatutnya, saya yang belanja...ya lah, lepas dah hentam awak secukup rasa tadi. Terimakasih la sebab tak melawan langsung. Saya tahu...awak hormat saya sebagai perempuan, sebab tu awak tak lawan kan."

Kimi cuma tersenyum, hmm...kalaulah Deena tahu yang, dia memang tak berkesempatan melawan kerana tidak bersedia, malulah muka...tak tau nak letak kat mana nanti. Tapi tak apa, apa cara pun pertemuan ini terjadi...Kimi harap ini adalah permulaan yang baik. Entah kenapa, rasa hatinya kuat mengatakan, Deena akan menolong dia merungkai segala misteri tentang Nina.

2 comments:

Nuranis Sanusi said...

Hak,hak..lawak-lawak..=P..sambung lagi kak..bestlaa..;)

Packy Sidique said...

Hehe...Anis, tengkiu. Moga dipermudahkan dan diberi idea lebih, utk menyambung....

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU