Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Thursday, September 30, 2010

BAB 15

Huh! Sakit kepala saya ni, Tuan." Sarjan Adli, yang sedang memandu memicit-micit kepalanya.

Rambut Sarjan Adli yang berselirat uban itu kelihatan tak terurus, matanya juga layu seperti orang tak cukup tidur. Kimi yang duduk di sebelah sekadar ketawa kecil.

" Pasai apa pulak, tak boleh tidur ker semalam? Sarjan tak buat kerja luar kan semalam!"

" Tak..anak saya yang kecil tu, meragam tak mau tidok sampai pagi."

Kimi ketawa memandang Sarjan Adli. Kimi memang sedia maklum tentang keluarga besar sarjan Adli. Tentu bukan mudah untuk menguruskan anak2 yang berjumlah 8 orang, kalau tak silap Kimi, yang paling kecil pun baru 2 tahun.

" Hmm...yang Tuan pulak, awai pagi lagi dah kena mengadap big boss tadi, apa Tuan Rasyid kata?

" Dia minta kita siasat terperinci info terbaru ni, tentang bahan bukti setakat yang kita ada iaitu butang dan stomach content. Sambil tu kami sembang2 pasal sidang Parlimen semalam. lately banyak benar kes culik dan bunuh gadis, especially yang bawah umur. Semalam Pak2 menteri dah bising kat Parlimen kata Polis tak buat kerja. Ada yang sampai bertepuk-tepuk meja pulak."

" Hmm...kadang2 tengokkan perangai depa kat Parlimen tu, mengalah perangai budak sekolah rendah. Saya tak pernah rasa nak menonton kalau ada persidangan...baca paper lagi bagus." Sarjan Adli sekadar menggelengkan kepala, seakan tak boleh menerima apa yang ditontonnya.

Kimi turut tergelak, dia cuma menganggukkan kepala, dalam hati mengiyakan apa yang disuarakan oleh Sarjan Adli.

" Mengikut maklumat dari makmal, mereka dah kenal pasti jenama Jeans tu, dan dah hantar request kepada manufacturer, minta info. Semalam dah dapat fax dari their side, depa dah kenal pasti jenis kemeja tu, fesyen, warna, harga dan senarai kedai2 yang menjualnya. Sebab tu saya ajak Sarjan keluar hari ni."

" Jenama apa, mahal ker?, kalau murah2, payah la nak trace...sapa pun boleh beli." Sambil bertanya, tangannya membelok stering ke kiri, memasuki jalan Magazine dan mula bergerak menghampiri simpang enam, berhadapan bangunan Komtar. Bila sampai ke simpang enam, Sarjan Adli membelok pula ke kiri lagi sekali, memasuki jalan Penang.

" Gucci Genius Jeans, kalau ikut info dari manufacturer tu, that particular cut, harganya Rm 500 lebih. Lebih memudahkan kerja kita, cutting tu baru saja dipasarkan awal tahun ni, jadi kita cuma perlu trace pembelian yang dibuat sejak awal tahun saja."

" Mesti orang yang memakainya tu berduit, kalau macam kita ni, hmm..tenung2 saja la kalau nampak kat supermarket tu." Sarjan Adli dan Kimi sama2 ketawa di akhir ayat tu.

" Betul tu, yang mahal2 ni..ada lebih possibility dibeli dengan kad kredit. Kalau macam tu, kita senang nak trace."

Kereta Waja yang bertulis 'Pegawai Penyiasat JSJ, Pulau Pinang' itu bergerak memasuki ruang parkir bertingkat yang bersambung dengan bangunan Komtar. Puas juga mereka berpusing dari satu tingkat ke tingkat seterusnya, nampaknya tiada ruang kosong. Memang susah untuk mendapatkan ruang meletak kereta di sini, kalau hujung minggu ia menjadi semakin payah.

Kimi berdoa di dalam hatinya, memohon dipermudahkan segala urusan. Selama ini dia menyedari, untuk urusan sekecil itu, kalau betul2 berdoa sesungguh hati, dengan niat yang ikhlas, pasti dipermudahkan Allah.

Sarjan Adli tiba2 melakukan brek mengejut. Kimi tersentak, rupa-rupanya ada kereta kancil di hadapan sedang berundur untuk keluar dari petak meletak kereta. Sarjan Adli tersenyum memandang Kimi, lega tak payah berpusing-pusing lagi.

" Berapa banyak tempat yang kita perlu cover harini Tuan?, Kalau kena supermarket yang macam ni, hish! tak tahan bab nak cari parking jer." Sarjan Adli bersuara ketika mereka melangkah keluar dari lif dan berjalan ke arah The Store Supermarket di tingkat tiga.

" Kalau ikut senarai, lapan buah...kalau Sarjan tak larat, saya boleh pergi sendiri."

" Ish! Tak dak la sampai macam tu...saya OK jer."

Kimi ketawa, dia sekadar mahu mengusik Sarjan Adli. Sudah lama dia bekerja dengan Sarjan Adli, dan dia tahu betapa dedikasinya Sarjan Adli dengan tugas2 yang diamanahkan.

Sebaik memasuki supermarket, mereka menghampiri salah seorang jurujual di situ. Gadis Cina yang masih muda belia itu tersenyum, bermata bundar yang sungguh cantik, lebih menyerupai mata orang India. Inilah agaknya yang dikatakan Satu Malaysia.

" Sori Miss, tumpang tanya, mana boleh jumpa supervisor?" Sarjan Adli bertanya.

" Apa pasai lu mau jumpa, kalau lu mau minta kilija aa..sudah ini macam tua, talak boleh telima." Gadis Cina muda itu bertutur dalam pelat Cina.

Sarjan Adli tak dapat menahan ketawa, manakala Kimi cuma tersenyum dan perlahan-lahan dia menggelengkan kepala. Melihatkan rupa dan penampilannya boleh gugur iman di dada, tapi bila sudah bersuara, dengan Bahasa Melayu pelat Cina gaya Nyonya tua, hmm...gagal!

Hairan! Di tahun 2010, setelah 53 tahun merdeka, masih ada generasi muda yang tidak fasih berbahasa Melayu, sedangkan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan diajar seawal tahun satu.

Sarjan Adli mengeluarkan kad kuasa lalu mempamerkan supaya dapat dibaca oleh jurujual terbabit. Muka Amoi tu serta merta berubah kecut.

" Haiya! Manyak sori la...wa tatau lu Polis punya olang. Tunggu haa..." Si Amoi berlalu ke arah meja juruwang dan membisikkan sesuatu ke telingan rakannya. Rakan Si Amoi tadi terus mengangkat gagang talipon dan bercakap- cakap sebentar.

Tak sampai lima minit, seorang lelaki Cina separuh umur terkocoh-koccoh menghampiri Kimi dan Sarjan Adli. Sekali pandang mukanya ada iras2 pelakon Jet Li, tapi versi lebih tua.

" Good afternoon, saya Mr. Tan Bee Leng, Supervisor di sini. Encik berdua Pegawai Polis? Ada apa2 yang boleh saya bantu?"

" Good afternoon to you too, Saya ASP Hakimi, ini Sarjan Adli. Kami sedang menyiasat satu kes pembunuhan dan ingin meminta kerjasama majikan encik untuk mendapatkan beberapa maklumat pembelian. Boleh bawa kami bertemu the person incharged, saya akan terangkan lebih lanjut kepadanya nanti."

Setelah bertemu dengan Mrs Irene, seorang eksekutif Jualan dan menerangkan tujuan dan maklumat yang diperlukan, Kimi dan Sarjan Adli dibawa ke bilik mesyuarat. Kerjasama yang diberikan amat memuaskan, dalam masa tak sampai 15 minit, kesemua fail pembelian melalui kad kredit terlonggokkan di atas meja. Lebih memudahkan kerja mereka, resit pembelian diasingkan pula mengikut department.

Setelah hampir sejam meneliti dokumen2 yang disediakan, Kimi akhirnya mengangkat kepala memandang Sarjan Adli.

" Nampaknya, apa yang kita cari tak ada kat sini."

" Ya lah Tuan, dah berpinar mata saya ni, ada resit yang dah kelabu printing nya, tapi nasib baik masih boleh dibaca."

" Rasanya kita dah cover semua pembelian dalam jangkamasa setahun. So, roughly, Sarjan dah tau apa yang kita kena cari, kalau tak dapat cover semua hari ni...esok Sarjan cover dengan orang lain lah."

" Ok Tuan, lepas ni...ke mana kita?"

" Bangunan sebelah..."


*****


Lama Deena termenung di atas katil, bergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Selepas bangun subuh pagi tadi, dia menyambung tidur semula, sedar2 bila melihat jam dinding, dah pun menunjukkan pukul 10 pagi. Lama sungguh dia tertidur sampai tak tersedar, hairan juga...emak pun tak mengejutkan dia langsung, mungkin sengaja emaknya membiarkan dia tidur kerana bimbang dia tak cukup tidur akibat peristiwa semalam.

Mimpi! Terus saja Deena teringat mimpi semalam. Dengan pantas dia menyelak selimut dan bergerak ke almari perhiasan. Dia terus membuka bekas porselin kecil yang memang sedia berada di situ. Bau bunga melur mula menangkap hidung.

Ya Allah! Bunga yang berselerak di dalam selimut itu sememangnya bukan sekadar mimpi. Sambil masih memegang bekas porselin tersebut, dia terduduk kembali di birai katil. Dadanya mula nerombak kencang, dan neuron2 yang menjadi penyambung saraf ke otaknya mula aktif berkerja.

Ya! memang dia yang mengutip semua bunga melur dari atas tilam semalam. Mujur dia dapat mengawal diri dari terus menjerit...tak mahu mengejutkan dan menyusahkan emak lagi sekali. Lama juga dia jadi tak tentu arah semalam, mujur mindanya akhirnya mampu berfikir secara rasional. Deena bertekad untuk menyiasat perkara ini, dia pasti mimpi itu adalah satu isyarat untuknya...dan dia berjanji akan merungkai segala misteri dalam mimpi2nya sebelum ini.

Deena kemudiannya menerpa ke arah tingkap di sebelah kanan bilik lantas menolak daunnya. Matanya menyorot pandang ke arah sudut kanan pagar, pohon melur yang sederhana besar berdiri tegak di situ. Bunga2 melur yang berkembangan nampak memutih dari jauh.

Deena tersentak kerana, tiba2 wajah Pak Mat muncul di sebalik rimbunan pohon melur dengan mata yang tepat menrenung ke arah Deena. Entah kenapa tubuhnya mula rasa merinding, lantas dia berlalu dari tingkap dan terus bergerak turun ke tingkat bawah.

" Hmm...dah bangun pun, saja mak tak kejut tadi." Emak Deena menegur sebaik nampak kelibat Deena.

" Tu lah, sedapnya Cek tidok...sampai tak sedaq habaq."

" Boleh tidur lepas tu...tak dak mimpi apa2 lagi?

Deena menggelengkan kepalanya. Tangannya pula pantas menyelak tudung saji, bau nasi goreng semerbak menggamit selera. Dia tersenyum.

" Hmm...nasi goreng resepi Tok! Sedap nie...mana mak dapat bunga kantan?"

" Mak Teh bawa semalam, ada nasi dan ikan goreng lebihan kenduri, mak buat aja la."

Tudung saji ditutup semula,Deena segera mendapatkan pinggan dan sudu dan diletakkannya di atas meja. Mug bertulis ' The best mom's award' yang dihadiahkan Aiman pada emaknya tahun lepas di ambil dari rak, pantas tangannya mencapai botol Nescafe, susu pekat F&N dari dalam peti ais dan menekan butang 'pour' pada termos besar sehingga mug terisi tiga perempat penuh dengan air panas.

Deena mula mengacau air Nescafe kegemarannya sambil berjalan ke meja, selepas membuka tudung saji, dia mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Sebaik habis mengunyah suapan pertama, Deena menunjukkan isyarat ' bagus' kepada emaknya, dan Puan Nora ketawa kecil.

" Mak! Nanti Deena nak pi Penang jap, ada kawan pesan jeruk pala dan buah salak."

" Deena nak pi dengan sapa, pukui berapa? "

" Sorang la mak, ajak kawan2 semua tak free. Mak jangan risau la...jalan kat Penang tu dok dalam poket Cek ja. La dah 10:30, maybe pukui 11:30 kut."

" Deena pakai kereta mak ja."

" Hehe...baru nak minta, mak dah bagi awai2 lagi."

" Hmm...mak dah boleh baca hati Deena tu, hati2 tau nanti, la ni banyak sangat kes2 ragut la, colek la...mak risau tau! "

" Insyallah Mak, kita mohon perlindungan dari Allah."

Selesai makan dan mengemas, Deena keluar ke depan rumah, kelihatan Pak Mat masih tertunduk-tunduk membersihkan sekitar sudut kanan pagar. Deena mula menapak ke arah itu, Pak Mat sedikit tersentak bila menyedari dia sudah berdiri di belakangnya.

" Assalamualaikum, Pak Mat." Deena menegur sambil tersenyum.

Pak Mat bangun berdiri, berhadapan dengan Pak Mat begini membuat Deena perasan yang Pak Mat sebenarnya bukanlah tua sangat, umurnya mungkin awal empat puluhan saja. Pak Mat hanya tersenyum sumbing.

" Wa'alaikumuassalam. Cik Deena nak buat apa kat sini."

" Hmm...saya tengok bunga melur ni cantik dan wangi...ingat nak petik sikit, nak jadikan pewangi bilik."

Muka Pak Mat berubah rona sebaik Deena menghabiskan ayatnya...terpaku lama, seperti orang sedang berangan.

" Pak Mat...Pak Mat! Kenapa ni?" Deena memanggil Pak Mat bila dia melihat Pak Mat dalam keadaan begitu.

" Oh...maaf, cuma Pak Mat teringat, Nina dulu pun suka bunga melur, dan suka simpan bunga melur di dalam bilik."

" Boleh saya tahu, apa sebenarnya jadi kat Nina tu?"

Pak Mat hanya memandang Deena tanpa menjawab dan kemudiannya terus berkalih, menyambung kerjanya. Dia seperti enggan menjawab soalan Deena. Tapi Deena tak mahu berputus asa.

" Betul ka Nina tu serupa mukanya dengan saya? Sebab tu la Pak Mat tersasul panggil saya Nina masa saya mula2 mai sini bulan lepas."

Pak Mat yang membelakangi Deena, tiba2 berhenti dari melakukan kerjanya.

" Maaf, kalau Cik Deena nak tahu tentang Nina, jangan tanya Pak Mat...tanya orang lain. Kalau Cik Deena nak petik melur, silakan, Pak Mat nak sambung kerja kat belakang." Sebaik menghabiskan kata2nya, Pak Mat bergerak ke belakang rumah.

Deena tersenyum tawar, dalam hatinya terdetik 'hmm...boleh tahan lasernya orang tua ni, tak pa...aku akan cari dengan cara aku sendiri'. Deena kemudiannya bergerak masuk ke dalam rumah untuk bersiap keluar ke Pulau Pinang.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU