Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Monday, September 13, 2010

BAB 13

Terkejut! Atau kalau ikut bahasa sekarang boleh dikatakan 'terperanjat beruk' jugalah Kimi bila bertemu semula dengan Si Pelanduk yang bernama Deena di kampungnya sendiri, lebih2 lagi di rumah Nina. Agaknya Si Deena ni ada pertalian saudara dengan Nina, lambat laun Kimi akan tahu juga tentang itu.

Kimi mengambil tempat duduk di sebelah Pak Tam. Selain Pak Tam, ada Tok Itam Seman dan Amar, anak tuan rumah ini. Mereka berempat berkongsi satu talam hidangan. Kecur air liur Kimi, lauk pauk yang dihidangkan nampak menyelerakan, terutamanya Sup Daging tu...baunya memang menggiurkan.

Amar mula menyendukkan nasi untuk semua orang, walaupun baru belasan tahun, Amar nampak tidak kekok bergaul, terutamanya dengan golongan tua. Dia nampaknya pandai membawa diri. Hairan jugak, dari apa yang Kimi dengar penyewa rumah ini berasal dari Shah Alam, bandar besar tu! Tapi Amar ni nampak semacam sudah biasa dengan cara pergaulan orang kampung.

" Silakan, Tok Wan, Pak Cik dan Abang Kimi. Jangan malu2...sedap nie." Pelawa Amar.

Kimi cuma tersenyum, Pak Tam dah mula menyingsing lengan. Begitu juga dengan Tok Itam.

" Apa nak malunya...kalau malu lapar ler." Pak Tam berseloroh, disambut ketawa yang lain.

Kimi melihat sekeliling, nampaknya semua orang kusyuk menjamu selera, riuh rendah bunyi gelak ketawa bertingkah dengan bunyi sudu dan pinggan berlaga. Bila memandang ke sudut kanan ruang tamu, matanya bertentang dengan musuh lamanya, Zekry. Ada renungan benci yang dilemparkan pada Kimi. Di sebelah Zekry, Abang Lan sepupu Zekry tersenyum memandang Kimi sambil menganggukkan kepala. Kimi membalas senyuman Abang Lan sambil turut menganggukkan kepalanya.

Sejak dulu Kimi tak faham kenapa Zekry begitu memusuhinya, kalau disebabkan hal2 lama tu, rasanya perkara tu dah lama berlalu. Malas Kimi nak layan, nanti tak pasal2 merosakkan majlis orang pulak. Memang orang macam Zekry tak patut dilayan sangat, pemarah, pendendam dan suka cari pasal, dan perangai tu tak pernah berubah sejak dari zaman sekolah lagi.

Semasa mula2 terserempak tadi, Kimi cuba juga menghulurkan tangan untuk bersalam, niat Kimi cuma nak buang yang keruh, ambil yang jernih. Siapa tahu mungkin perubahan masa kadang2 mampu mengubah pandangan dan sikap seseorang. Namun, anggapan Kimi meleset, bukan saja salam tak bersambut, pandangan benci dan sindiran sinis pula dilontarkan. Mujur jugalah ada Abang Lan menyelamatkan keadaan.

" Abang Kimi, pasai apa dok termenung lagi...makan ler." Amar menegur Kimi.

Suara Amar itu mematikan lamunan Kimi. Hmm..Biarlah Zekry dengan perangai tak bertamadunnya tu, yang penting sekarang ialah menikmati makanan yang lazat di depan mata.

Kimi melemparkan senyuman pada Amar, Pak Tam dengan Tok Itam Seman tunduk tak panggung2 kepala mengadap makanan, nampak berselera sungguh.

" Amar, asai orang utara ka? Abang dengar Amar sekali sekala cakap utara dari tadi."

" Mak Amar asai orang sini, Tasek Gelugur. Amar ni cakap Penang sikit2 jer sebab Amar selalu ikut Ayah pindah sana sini. Kak Deena tu memang Penang piaw ler, sebab dia dok dengan Tok Wan dan tinggal kat asrama kat Penang."

Kimi menganggukkan kepalanya, patutlah masa mula2 jumpa Deena tempohari, Kimi dengar Deena bercakap loghat Penang melalui talipon.

Pak Tam dan Tok Itam Seman cuma mendengar, sekali sekala tersenyum dan menganggukkan kepala sahaja. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada agenda makan.

" Oh! Kiranya balik negeri lah kali ni. Sekolah kat mana?"

" Sekolah Dato Onn, Butterworth."

" Laa....Tu sekolah lama Abang tu." Kimi ketawa kecil.

" Haa...boleh ler saya cek rekod abang sebelum ni...bersih ker tak." Amar mengenyit mata.

" Dipersilakan...tengok orang la." Kimi dan Amar ketawa serentak. Kimi rasa senang berbual dengan Amar, melihat Amar sekarang seperti melihat dirinya sendiri di zaman persekolahan dulu. Zaman persekolahan yang mengingatkan Kimi pada Nina. Tak semena-mena ketawa Kimi terhenti, mengingati Nina bila berada di dalam rumah ini memang amat menyakitkan.


**************

Kimi duduk mengadap komputer ribanya yang terbuka di atas meja. Dia mengeliat panjang, memperbetulkan urat badan. Penat sungguh hari ini, di pejabat tadi dibebani dengan kes yang pada mulanya nampak mudah, sekarang sudah bertukar menjadi rumit. Bila balik ke kampung, kena pula menghadiri majlis kenduri tadi. Sampai pukul 11 malam baru Kimi beredar, itu pun selepas berbual dengan tuan rumah dan juga orang2 kampung.

Sewaktu kenduri beginilah, baru Kimi berkesempatan berjumpa dan berbual dengan mereka. Tuntutan tugas sebagai Pegawai Polis menyebabkan Kimi seolah-olah tidak mengambil berat semua itu. Kadang2 itulah yang selalu dileterkan emak, kata emak, Kimi tak beratkan hidup bermasyarakat dengan orang kampung sendiri, dan kata2 emak tu ada benarnya.

Kimi pun sudah lama tak berjumpa dan berhadapan dengan Zekry macam tadi, tak sangka Zekry masih menyimpan rasa tak puas hati terhadapnya sama seperti zaman persekolahan dulu. Kalau dulu boleh sampai bertumbuk, tapi bila dah menginjak ke umur sebegini, Kimi rasa, Zekry tak sepatutnya berperangai seperti tadi. Sabar aja lah Kimi.

Kimi masih ingat peristiwa lama sewaktu dia dan Zekry bertumbuk di padang sekolah. Waktu tu Kimi menuntut di tingkatan empat dan Zekry di tingkatan lima. Kebetulan pula, perlawanan bola sepak antara rumah sukan diadakan, dan Kimi dan Zekry mewakili pasukan masing2. Tindakan Zekry mengasari Kimi sejak dari awal perlawanan akhirnya menyebabkan mereka bertumbuk di tengah padang.

Nina, yang menemani Kimi pulang dari sekolah selepas peristiwa itu, marah2 pada Kimi kerana tak professional, namun di hujung pergaduhan, Kimi mula faham kenapa Zekry bersikap begitu. Rupanya Zekry ada menyimpan perasaan terhadap Nina, dan dia cemburukan keakraban hubungan Kimi dan Nina.

" Kenapa Nina tak bagitau."

" Bagitau apa pulak. Tak kan semua nak bagitau kat Kimi?"

" Ya lah...kalau Nina dan Zekry sama2 suka, Kimi tak mau ler nak kacau daun." Mendatar suara Kimi.

Entah kenapa, bila tahu yang Zekry pun ada hati pada Nina, Kimi rasa tercabar pula. Ada rasa macam tak enak di benaknya.

Nina senyum.

" Senyum tu, maksudnya betul la kan! Nina memang ada hati dengan Zekry tu..."

" Ke situ pulak Kimi ni. Ada Nina cakap Nina suka dia? Kalau Nina suka kat dia, dia tak kan bertumbuk dengan Kimi macam tadi."

" Hmm...ya lah! sebab dia tak suka Kimi kacau hubungan cinta korang, kan!"

" Kimi ni, cuba cakap pakai otak sikit. Dia memang ada approach Nina, terus terang nak kawan dengan Nina, tapi Nina dah cakap Nina nak anggap dia macam kawan2 lain jer."

Hati Kimi jadi macam bunga ros tengah berkembang bila dengar kata2 Nina. Rasa tak enak tadi, tiba2 hilang. Perbualan hari ini menyedarkan Kimi yang selama ini, Nina bukan hanya sekadar kawan...malah mengisi tempat yang istimewa dalam hatinya. Nampaknya Kimi tidak boleh merasa terlalu selesa dengan persahabatan yang terjalin sahaja...hatinya berkata-kata yang dia kena bergerak selangkah lagi.

" Bila dia approach Nina?

" Dah sebulan, Nina malas nak bising. Kena jaga air muka Zekry juga. Nina respect dia sebab dia berani luahkan apa yang dia rasa."

Kimi rasa terpukul dengan kata2 Nina. Dia tiba2 berhenti berjalan, berkalih dan memandang Nina. Nasib baik jalan kampung tu tak banyak kenderaan, boleh aja buat macam jalan mak bapak dia. Tangan kiri Nina digenggamnya.

" Kimi sebenarnya suka kat Nina, macam Zekry suka kat Nina. Bukan...bukan macam Zekry suka, tapi lebih berganda-ganda dari apa yang Zekry rasa." Tergagap-gagap Kimi menghabiskan ayatnya, mukanya rasa panas, berpeluh, dan jantungnya seperti melompat-lompat. Tak tahu dari mana dia mendapat kekuatan untuk bersuara sebegitu.

Muka Nina pula nampak terperanjat, terlopong mulutnya seolah-olah tak percaya. Namun, mata Nina nampak bercahaya. Perlahan-lahan segaris senyum terukir di bibirnya yang manis.

" Gatal!" Itu yang terbit dari celahan bibir munggil Nina, diikuti oleh ketawa kecil. Nina kemudiannya berlari dan terus memasuki kawasan rumahnya, meninggalkan Kimi yang masih terkulat-kulat, seolah-olah masih tak percaya dengan apa yang keluar dari mulutnya sendiri.

Kimi tak pasti untuk mentafsirkan apa yang ada di hati Nina. Kenapa Nina tiba2 melarikan diri begitu. Suka kah Nina, atau Nina anggap Kimi dan Zekry sama sahaja, kawan biasa. Ya Allah! Malunya. Kenapalah dia boleh terfikir untuk melafazkan apa yang terbit dari mulutnya tadi. Dengan lemah Kimi mengatur kaki melangkah pulang, semangatnya hilang tiba2.

Sesampai di rumah, Kimi terus masuk ke bilik. Emaknya kehairanan kerana Kimi tak seceria selalu. Kimi menghempaskan badan ke atas katil, dicapainya bantal lantas menyembamkan kepalanya, seolah-olah cuba menghilangkan rasa malu yang tak dapat dibendung.

" Ada mesej...ada mesej...anda ada satu mesej." Suara Saiful Apek bergema mengejutkan Kimi.

Terus dicapainya talipon. Bila skrin dibuka, tertera nama Nina di situ. Berdegup jantung Kimi, nak baca sekarang ker tidak, dia berbelah bagi...takut untuk menghadapi kenyataan. Ish! Apa ni Kimi, orang lelaki perlu kuat menerima cabaran dan kenyataan.

Kimi menekan butang 'view', tulisan itu jelas sekali, Kimi mula membacanya, diulang sekali, dua kali, tiga kali...dan kalau boleh dia ingin mengulangnya beribu kali. Tertera di skrin talipon, ayat2 yang kimi akan ingat sepanjang hayatnya;


Salam! Kalau Kimi kata, apa yang Kimi rasa lebih dari apa yang Zekry rasa, Nina nak Kimi tahu yang apa yang Nina rasa terhadap Kimi lebih dari segala rasa sayang dan cinta yang ada di dunia ini. Nina sayang Kimi...dulu, hari ini dan sampai bila-bila...


Kimi meraup mukanya tanda bersyukur. Kini hubungannya dan Nina maju setapak lagi. Tiba2 ada idea nakal melintas di mindanya, lantas dia mula menaip mesej untuk Nina. Sekadar satu perkataan dari lima huruf....G. A. T. A. L.



************************



" Kau nak apa ni?" Kimi terkejut bila leher bajunya dicekak oleh Zekry.

Entah macamana, Zekry tiba2 muncul dengan kawan-kawannya sewaktu Kimi berpusing-pusing di Megamall Penang.

" Aku nak belasah hang cukup2, biaq patah kaki hang."

" Apasal hang tak habis2 cari pasal dengan aku...aku rasa, aku tak pernah kacau hang pun."

' Selagi hang dok mengekor Nina macam belangkas...hang memang sengaja nak cari pasal dengan aku...aku tak suka. Faham?"

" Come on lah Zekry, terimalah kenyataan yang Nina tu memang tak pernah ada hati kat hang. Hang cari saja orang lain...lagipun kami dah lama kawan."

" Aku tak akan mengalah...selagi hang belum kawin dengan dia, aku masih ada peluang. Dan kalau aku tak dapat dia, aku akan pastikan hang pun tak akan dapat. Faham?" Sehabis ayat tu, sebiji penumbuk hinggap di perut Kimi. Serangan yang tak diduga itu menyebabkan Kimi tertunduk menahan senak.

" Kalau hang pukul aku sampai mati pun, belum tentu Nina nak suka kat hang." Kimi bersuara sambil tertunduk menahan sakit.

Tiba2 sahaja, badan Kimi mula menerima pukulan dari setiap sudut. Dia cuba melawan, tapi tak mampu kerana asakan dari Zekry dan kawan2nya. Kimi jatuh tertiarap di atas lantai.

" Hoi! Apa gaduh2 ni. Zekry! berenti!"

Derap tapak kasut menghampiri tempat mereka bergaduh.

" Abang Lan jangan masuk campur, ini hal saya."

" Sudah! Kalau hang tak berenti, abang tumbuk hang pulak." Abang Lan berdiri antara Zekry dan Kimi. " Ni, yang lain2, tolong beredar sebelum abang pun mengamuk." Abang Lan mengisyaratkan supaya kawan2 Zekry berundur.

Kawan2 Zekry mula meminggirkan diri. Zekry masih bercekak pinggang. Matanya terbuntang merenung Abang Lan, marah betul bila angin panas barannya disekat.

" Baik hang beredar kalau hang tak mau abang bagitau ayah hang." Abang Lan tunduk menolong Kimi berdiri.

Zekry berdengus marah, " Kali ni hang selamat, aku nak hang ingat apa aku kata tadi." Jari telunjuknya diarahkan kepada Kimi, kemudian berlalu dengan kawan2nya.

" Terima kasih Abang Lan."

" Kimi tak apa2 ka, Sori la pasai sepupu abang tu...dia tu memang baran sikit."

" Saya OK, macamana abang boleh ada kat sini?"

" Abang yang tumpangkan Zekry ke sini tadi. Kebetulan Abang memang ada urusan kat sini. Kimi nak balik dengan abang boleh ler...kebetulan Abang dah nak balik ni."

" Boleh jugak la...urusan Kimi pun dah selesai. "

Peristiwa pergaduhan di Megamall tu berlaku sewaktu Kimi di tingkatan lima. Sejak insiden di padang bola tu, Zekry selalu cari pasal, pantang nampak bayang Kimi jer mesti diajaknya bergaduh. Walaupun Nina sudah lama hilang, dendam tu tak pernah terpadam rupanya.

Zekry lebih kuat berdendam dan menyalahkan Kimi bila dia turut disiasat kerana kehilangan Nina. Memang Kimi yang terkeluar nama Zekry sewaktu disoal siasat, itu pun dilakukan bila mengingatkan ayat yang Zekry lafazkan padanya. Walaupun sudah lama berlalu Kimi masih ingat ayat itu;

"Kalau aku tak dapat dia, aku akan pastikan hang pun tak akan dapat. Faham!"

Ayat keramat itu berulang-ulang macam pita yang diulang siar di dalam minda Kimi malam itu. Mungkinkah Zekry benar2 terlibat di dalam misteri kehilangan Nina?

4 comments:

Anonymous said...

nina 2 ilang ker dah mninggal...adakah pak cik yang jga umah nina 2 trut tbabit.....

Packy Sidique said...

Nina hilang...belum tahu hidup atau mati, most probably mati ler. Sapa yang terlibat? Hee...jeng..jeng...jeng...tunggguuuuu....

Camellia MK (Maria Kajiwa) said...

itulah misterinya. Good job, Packy. Baca cerita misteri memang macam ni lah.
Cumakan tanda pembahagian antara babak tu jangan panjang sangat.Maksima 5 je cam ni: *****

Ada masa ,sambung.

Packy Sidique said...

Mk..thanks bebanyak. Hehe..Tu lah, kesinambungan bergantung kepada faktor masa dan idea. Roughly ada idea perjalanan ceritanya ke arah mana...cuma tak yakin nak kembangkan macamana....

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU