Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Tuesday, August 24, 2010

BAB 12

" Deena, hang tak rasa seram ker, dok rumah yang dah lama kena tinggai ni" Nadia, sepupu Deena yang sedang berbaring di atas katil tiba2 bertanya soalan macam tu.

Selepas penat bergotong royong menyiapkan juadah, Deena bersama dua orang sepupunya berehat di dalam bilik Deena sementara menunggu waktu Isyak.

" Ada jugak ler, especially lepas aku mimpi pelik2 haritu."

" Hmm...seram la mimpi tu, kalau aku yang kena...mati idup balik aku tak tidok sorang2 lagi."

" Tu lah...bila malam tu, rasa semacam jugak. Harap2 lepas mak buat bacaan Yassin ni, semangat aku akan ok sikit."

" Hmm...ustaz aku kata, kalau rumah dah lama kosong, memang elok buat bacaan Yassin. Nanti lintang pukang hantu setan semua lari." Nadia menambah sambil ketawa kecil.

Kedengaran pintu bilik mandi dibuka, Ana yang sudah lengkap berpakaian melangkah keluar. Matanya mencorong mencari jam dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 8:30 malam.

" Hmm...lambat lagi Isyak ni, baring sat la. Penat sungguh!" Sambil bercakap Ana menyidai tuala di ampaian kecil di sudut bilik.

"Penat juga ye, bila kenduri kendara ni. Dah lama tak rasa macam ni...sejak duduk dengan mak kat KL tu." Deena memandang Nadia dan Ana yang sedang baring2 di atas katil. Nampak macam penat sangat, apa tak nya...sejak dari pagi tadi, semua orang dah berkerja keras membuat persiapan.

" Hmm...kami dah besa dah, Tok Wan kan suka buat kenduri, sat2 kenduri doa selamat, sat2 kenduri kesyukuran, dok tak dok nak kenduri sambut posa pulak...kira kami ni kalau ada sijil, dah buleh buka bisnes katering la...kan Ana kan!" Nadia mengulas, kemudian terus memeluk Ana di sebelahnya.

" Ish! Apa main peluk2 ni...busuk la..hang tu tak mandi lagi, bau ayam goreng ada, bau sup daging pun ada...pi mandilah." Deena ketawa dan Ana pula pura2 menutup hidungnya dengan jari.

Sambil bangun, Nadia mencuit pinggang Ana, apalagi, menjerit kuatlah Ana kerana terkejut dan kegelian. Deena selalu rindu suasana begini dengan sepupu2nya, sejak duduk dengan emak, asyik bergaduh dengan Amar aja. Kalaulah Deena ada adik perempuan, tentu seronok.

" Makcik tu, kalau mandi...makan tahun tu, tapi tak putih2 jugak. Pasal tu ler aku mandi dulu dari dia. Siap ler, mati kutu hang tunggu dia habis." Ana berbisik sebaik saja Nadia memasuki bilik air.

" Hoi!...Mengumpat aku lah tu, aku belum pekak lagi tau." Nadia menjerit dari dalam bilik air, disambut ketawa kuat dari Deena dan Ana diluar.

Deena menyandarkan kepalanya di dinding, merehatkan minda sementara menunggu Nadia siap. Tidak sampai 5 minit, sudah terdengar dengkuran kecil dari atas katil, Deena tersenyum, Ana memang macam tu, tak pernah ada masalah untuk tidur. Dari dalam bilik air pula kedengaran Nadia menyanyi-nyanyi kecil.



**********************


Selesai solat Isyak, Deena mengemas bilik yang sedikit berselerak. Dari luar kedengaran bunyi deruman enjin kereta dan motor memasuki kawasan rumahnya. Nampaknya para tetamu dah pun sampai. Kalut Deena bersiap, mencapai tudung kepala dan menyarungnya, sedikit bedak disapu ke muka dan lipstick berwarna merah muda diratakan ke bibir. Dia tersenyum memandang cermin, berpuas hati dengan penampilan diri.

Sebelum turun, Deena terpanggil untuk menjengah keluar tingkap. Sekadar ingin melihat kehadiran tetamu. Sebaik menjengok, Deena melihat sebuah Mercedes sedang berhenti di bahu jalan. Kelihatannya seperti warna dan model yang sama dengan kereta yang berhenti memandang rumahnya sewaktu mula2 berpindah dahulu.

Pintu depan kereta di kedua-dua belah dibuka serentak, dan dua orang lelaki yang lebih kurang sebaya umurnya keluar dari perut kereta tersebut. Seperti berjanji, kedua-dua pasang mata terus menyorot pandang ke arah bilik Deena. Cahaya jalan membuatkan Deena dapat melihat rupa kedua-duanya dengan jelas. Rasa tidak enak menjalar di segenap badan bila dipandang begitu, lalu Deena kembali menutup tingkap dan bergerak untuk turun ke bawah.

Deena terkocoh-kocoh menuruni tangga, bimbang takut dimarahi kerana lambat turun ke dapur menolong apa yang patut. Akibat terlalu terburu-buru dia hampir terlanggar Amar yang sedang menaiki tangga, hampir terjatuh Amar, nasib baik dia sempat berpegang pada palang tangga.

" Apa Along ni, rempuh orang macam lari dari hantu." Amar marah2 sambil kembali memperbetulkan badan dan mula memanjat tangga.

" Alah, sori yer Angah, Along tak sengaja, nak cepat ni...nanti mak marah." Deena mempertemukan kedua-dua tangan seolah-olah memohon ampun.

" Banyak la Along punya sori...dah la, Angah nak naik atas kejap." Sambil bercakap, Amar mula menapak naik. Deena cuma tersenyum memandang, kemudian dia turut mengatur langkah menuruni tangga.

Sewaktu menghampiri beberapa anak tangga terakhir, Deena terpanggil untuk menyorot pandang ke arah pintu yang menyambungkan ruang tamu dan ruang makan. Matanya terpandang susuk tubuh seseorang yang tegap berdiri berdekatan pintu, kepala orang itu ditundukkan kerana sedang bersalaman dengan seseorang. Seperti tersedar dia diperhatikan, mata lelaki tersebut terarah ke tempat Deena berdiri. Jantung Deena terasa macam mahu luruh. Benarkah apa yang dipandang matanya.

Ya Allah! kecilnya dunia. Kalau tak silap pandang, itulah 'Superman' tempohari, yang melakonkan babak cerita hindustan bersama Deena di tangga Pertama Kompleks. Bagaimana pula dia boleh berada di Penang, lebih2 lagi di rumah Deena sendiri.

Seperti mana terperanjatnya Deena, Si Superman tu pun nampak kaget, seolah-olah tak mempercayai apa yang dipandangnya. Mata mereka bertemu untuk jangka masa yang lama, terpegun dengan panahan mata mirip Rasyidi Ishak dalam satu poster iklan Jeans yang pernah Deena lihat beberapa tahun dahulu. Segala yang terjadi itu diluar kawalan minda hinggakan Deena tidak sedar bila ayahnya berjalan keluar dari dapur, dan di ketika itu juga, telinga Deena dapat menangkap bunyi berdehem dari arah belakangnya.

Bila Deena memandang ke kanan, muka Amar sedang tersengih merenungnya, sambil keningnya diangkat sebelah...seperti gaya Ziana Zain. Entah berapa lama dia di situ, Deena tak pasti. Ini kira kes kena 'tangkap basah'. Malang sekali, Penguatkuasanya adalah Amar. Habis lah Deena, alamatnya terpaksalah menahan telinga dengan usikan Amar buat beberapa ketika.

" Yang kamu berdua tercegat atas tangga ni, kenapa? Deena! cepat pi tolong hidangkan makanan kat dapur tu. Amar! Ini bukan masa yang sesuai nak usik mengusik." Encik Hisyam menjegilkan matanya.

Deena dan Amar segera bergerak ke arah dapur. Bila pasti Encik Hisyam jauh sedikit, amar mula menyanyi-nyanyi lagu 'Jatuh Cinta' dengan tujuan mengusik Deena. Nadia dan Ana yang kebetulan berada di tepi pintu dapur kehairanan. Sebaik masuk ke dapur, suara leteran Mak Lang menyumbat telinga Deena.

" Amar! Ni bukan Akademi Fantasia noo, ni kenduri nak baca Yassin." Bila mendengar sergahan dari Mak Lang, Amar terus berhenti menyanyi sambil terkulat-kulat menggarukan kepala. Deena pula mula tersenyum sumbing ke arah Amar, cukup untuk Amar faham yang itu bermakna, 'Padan muka kau!'

"Amboi! anak dara ni, dok bersiap apa lama sangat, dok kelebek apa kat atas tu?" Hmm...belum sempat merasa manisnya kemenangan terhadap Amar, Deena pulak kena ledakan peluru dari mulut Mak Lang, dan kini...tiba giliran Amar pula mememekkan mukanya megejek Deena.

Bimbang dileter berterusan, Deena, Nadia dan Ana, setiap seorang mengambil tempat di sebelah periuk besar berisi lauk pauk yang siap dimasak. Mereka sudah tahu peranan masing-masing. Deena mengambil mangkuk kaca yang tersusun di sebelah periuk, kari ikan kering dengan terung dalam periuk diisikan ke dalam mangkuk tersebut, satu persatu.

Lauk pauk itu kemudiannya diletakkan ke dalam talam. Bau aroma semua makanan tu memang mengiurkan. Terdapat lima jenis masakan, Kari Ikan Kering, Ayam Masak Merah, Sup Daging, Kobis Goreng, Ikan Kembong Goreng dan ada juga disertakan Sambal Belacan dan Ulam-ulaman. Semuanya nampak meyelerakan.

Sambil melakukan kerjanya, Deena perasan yang dia kerap ditenung oleh makcik2 yang berada di situ. Ada juga antara mereka yang berbisik sesama sendiri. Entah apa yang diumpatkan Deena tak pasti, dia pura2 tak perasan. Tiba2 ada salah seorang makcik di situ bertanya kepada Mak Lang.

" Ada pertalian saudara ka dengan tuan rumah ni dulu?

" Tak dak la, depa ni menyewa saja. Pasai apa?"

" Bukan apa, ni anak dara ni...muka dia sebijik macam anak tuan rumah ni dulu." Makcik tu berkata sambil menunjukkan ke arah Deena.

" Oh! Ya ka...tak dak sapa2 bagitau pulak. Muka sebijik lagu anak penakan saya ni ka?"

" Sebijik...tapi yang nu, putih sikit dan tinggi sikit."

Deena yang mendengar, cuma tersenyum. Patut lah sebelum ni Pak Mat pernah memanggil Deena dengan nama lain, dan selain Pak Mat, Si Superman yang Deena lihat di ruang tamu sebentar tadi pun begitu. Tapi yang tak seronoknya, yang kurangnya semua Deena, kurang putih dan kurang tinggi. Tapi Deena lega, sekurang2nya tanda tanya yang bermain di mindanya terjawab sudah.

Encik Hisyam tiba2 terjengol di dapur. Agaknya dah habis bacaan Yassin dan tahlil di ruang tamu. Deena melihat ayahnya mengisyaratkan tanda makanan boleh dihantar ke depan sambil memandang tepat ke arah emaknya.

Deena dan yang lain2 semua bangun, bersiap sedia untuk menghantar talam2 berisi lauk dan nasi ke depan. Kalau berkenduri di kampung memang macam tu, masing2 ringan tulang nak menolong, kerja yang rumit akan jadi mudah. Orang perempuan menghulurkan talam sambil disambut orang lelaki yang berada di ruang tengah. Dalam proses tu dua tiga kali juga, bila Deena menghulur, talam disambut oleh Si Superman.


Bila bertentang mata, Deena jadi malu dan cuba melarikan pandangannya. Si Superman tu cuma senyum nipis.

'Kacak sungguh!' Minda Deena berkata-kata, manakala bibirnya pula mengukir senyuman.

Tiba2 terdengar bunyi orang berdehem lagi, bila fikiran di bawa ke alam nyata, yang dilihatnya adalah senyuman Amar, sambil menyambut talam yang dihulurkan...Amar mengenyitkan matanya.

" Along...nama orang tu, Kimi...K.I.M.I. Itu pun kalau Along nak tau ler." Amar berbisik sambil mengeja nama tersebut, separuh mengusik. Deena cuma cebikkan bibirnya.

Nampaknya Deena telah 'kantoi' buat kali kedua malam ini, habislah Deena, lepas majlis ni nanti mesti kenyang makan usikan Si Amar.

Semua talam berisi makanan sudah di hantar ke depan, Deena bergerak mengambil tempat di ruang tengah. Di dalam hatinya ada agenda ingin mencuri pandang ke arah Si Superman yang kata Amar bernama Kimi tu. Mata Deena menyorot ke arah ruang depan mencari kelibat Kimi.
Kelihatan Kimi sedang tunduk meletakkan talam di atas lantai.

Kimi kemudiannya bangun dan berdiri, seakan menyedari dia diperhatikan, mata Kimi disorot tepat ke arah Deena. Tapi untuk ketika itu, Kimi bukan lagi menjadi menjadi tumpuan pandangan Deena. Ada seseorang yang berdiri di belakang Kimi sedang merenungnya dengan tajam sekali. Renungan yang amat menakutkan. Entah kenapa Deena merasa seram sejuk, lantas terus berlalu ke dapur.

4 comments:

Nuranis Sanusi said...

Ish.. menakutkanlah cerita ni.. suspen + seram..

Inang Pulau Kencana said...

Anis..harap2 mencapai keseraman yang diinginkan. Saya budak baru belaajar....

Maria Kajiwa said...

Ending yang cukup clean tapi kali ini saya perhatikan banyak penggunaan ayat pasif semula.

Inang Pulau Kencana said...

Mk...ingatkan ayat pasif tu kalau kat permulaan paragraf jer...nak kene cek balik nih..heheh..

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU