Senyum... tak perlu kata apa-apa...
'ANDALUSIA'
PANTAI CENANG kelihatan nyaman. Angin pantai yang bertiup
sederhana kuat itu kelihatan mengibarkan selendang panjang yang meliliti leher
seorang wanita. Mujur dia cepat menyambar, jika terus dibiarkan… mungkin akan
terbang ditiup angin. Kawan yang beriring di sebelahnya hanya ketawa melihat
gelagatnya.
" Aku suka pantai dan segala yang berkenaan
dengannya. Thanks sebab ajak aku ke sini," kata Kiki,
wanita berselendang yang kelihatan lebih rendah dari sahabatnya. Kiki merenung
laut sambil membiarkan rambutnya yang panjang ala rebonding itu lepas bebas
ditiup angin.
" Thanks juga sebab temankan aku yang
tengah berserabut ni." Balas Ana, yang berdiri di sebelahnya. Ana lebih
tinggi berbanding Kiki dan berperawakan menarik.
" I guess, thats what friends are for, taking care
of each other." Balas Kiki. Dia tersenyum menampakkan lesung pipit
yang dalam terbenam.
" Terimakasih,
kerana menjadi sahabat yang paling baik untuk aku..." ucap Ana
lagi, diiringi sebuah keluhan berat. Ana tunduk mencapai seketul batu sederhana
besar, bergerak sedikit ke belakang, mengatur langkah ke depan dan terus
melontarkannya ke laut lepas. Kalaulah boleh melontar masalah yang berselirat
seperti melontar batu begini, alangkah bagusnya. Sayangnya apa yang mencengkam
hati dan berselirat di kepala tak semudah itu dibuang.
" Jom, duduk kat bawah pokok tu, nampak macam ada tunggul
kayu...aku penat la berdiri." Kiki tiba-tiba melangkah tanpa menunggu
jawapan Ana. Maka Ana membontoti tanpa banyak bicara. Mukanya masam cemberut.
" Aku letih. Dah terlalu letih untuk semua ni." Ana
mula bersuara bila kedua-dua mereka sudah melabohkan punggung di atas tunggul
buruk yang terletak di bawah sepohon pokok yang merimbun. Dikuis-kuis kakinya
seperti menulis sesuatu. Namun ianya sekadar seni contengan yang tak bererti
apa-apa.
" Kan
aku dah cakap banyak kali, its a never ending story." Kiki mengoles
lembut rambutnya yang diterbangkan angin. Kiki yang tudungnya 'kejap ada kejap
tak ada', Puas Ana marahkan dia, tapi begitulah dia. Tak pernah istiqamah.
" Aku tau, tapi aku ingat, mak akan berubah, tapi akhirnya…aku
jugak disalahkan." Ana melepas nafas berat. Dia boleh saja ambil mudah
sikap orang lain. Namun bila perlu menangani masalah dengan emak, dia buntu.
" Kau kena belajar redha... menerima dia seadanya."
" Aku ingat lepas semua perkara yang adik-adik aku lakukan,
dia dah boleh menilai. Semasa dia sedih, aku cuba macam-macam cara nak gembirakan
hati dia. Tapi bila adik-adik aku balik dan berpura baik kerana ada agenda...mak
aku terus lupa. Dia terus give in dengan kehendak mereka, aku tak
tahu aku ni diletak di mana."
" Kau cemburu? "
" Mungkin! Aku sendiri tak tahu. Dulu aku rasa aku cukup baik
dan bersedia untuk ini semua. Tapi kini, aku sedar aku tak cukup baik...tak
cukup bersedia." Ana tunduk menyeka airmata yang mengalir deras turun dari
pipi, pipi yang kentalnya kini makin hilang dimamah usia. Dia sudah lelah untuk
mengharungi semua ini.
Kiki hanya memandang dan membiarkan Ana tenggelam dalam
emosinya.
Mata Ana dan mata Kiki bertemu. Ana tahu Kiki sudah lali dengan
masalah Ana. Ana sudah mengorbankan usia muda dengan membiarkan pilihan hatinya
berlalu pergi. Semuanya kerana tidak mendapat restu dari emak. Ana juga
berlapang dada menerima dan memelihara dua orang anak saudaranya bila adik
perempuannya melalui fasa penceraian. Dia membiayai pengajian adik bongsu yang
kadang-kadang seolah-olah tak pandai menghormatinya. Malah, dia selalu menjadi banker untuk
kesemua adik-adiknya, walau hakikatnya dia berbelanja ala kadar berbanding
mereka semua. Teruk sangatkah dia jika dia merasa terkilan dengan tindakan
emaknya..
" Maaf aku tanya...kes apa yang terbaru, sampai kau down macam
ni?" Soal Kiki. Tangannya di bawa ke bahu Ana. Dia mengurut lembut bahu
Ana.
Ana mendongak, menyeka pipi dan kemudian membetulkan tudungnya
yang berubah kedudukan akibat ditiup angin.
" Kau tahu kan bisnes aku teruk sikit sekarang ni.”
Kiki mengangguk. Tentu Kiki masih ingat, Ana ada bercerita melalui
telefon. Bulan lepas, akaun Ana teruk sungguh. Sampai tak cukup untuk memenuhi
cek-cek yang dikeluarkan. Waktu itu,
Kiki pinjamkan Ana lima ribu ringgit.
" Sebelum kau pinjamkan aku, aku minta nak pinjam duit dengan
mak. Aku tahu dia ada duit sebab Pak Ngah aku baru bahagikan hasil penjualan
tanah datuk aku. Banyak! Kalau tak silap aku dekat 50 ribu." Ana
berenti sebentar, memandang Kiki. Kiki mengangguk.
" Kau tahu apa mak aku kata?"
" Hee...kau nak main teka teki ke? Aku kalau pasal teka
teki…lemah sikit." Kiki mengusik.
Mungkin berbuat begitu untuk menceriakan suasana.
Ana tersenyum segaris. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.
" Mak aku cakap dia tak ada duit. Dia kata aku
pandai-pandai bisnes nak cari penyakit, jadi pandai-pandailah aku selesaikan
sendiri."
" Mesti kau nangis macam nak rak."
" Tak! Aku senyum jer depan dia… walaupun sedih. Tapi masa
aku tidur malam… basah juga bantal aku.” Ana melepaskan nafas berat sebelum
menyambung semula, “aku pernah cakap pada kau kan...yang kadang-kadang aku rasa
macam aku ni anak pungut?"
" Bukan sahaja pernah… tapi most of the time bila
kau biul dengan family kau tu."
" Sekarang ni aku tengah rasa macam tu la. Kau tahu, dua
hari lepas adik bongsu aku balik. Dia merengek nak pinjam duit buat down
payment pembelian kereta. Bukan main belagak dia, baru kerja dah nak drive Honda
City."
Belum sempat Ana menyambung, mata Kiki membulat. Dia seperti sudah
tahu cerita seterusnya.
" Aku tahu! Mesti mak kau pinjamkan dia duit tu..." sambung
Kiki tiba-tiba.
Ana mengangguk lemah. Airmatanya luruh tanpa dapat ditahan.
" Mak aku bagi dia RM 20 ribu. Senang. Macam tu saja. Tu yang
buat aku sedih. Aku nak pinjam sepuluh ribu saja pun tak boleh. Sedangkan, aku
yang berbelanja untuk semua orang. Aku yang duduk dengan my parents dan
jaga kebajikan mereka. Orang lain lari dari tanggung jawab. Hidup bersenang lenang
dan selalu lukakan hati mak aku. Tapi senang-senang aja mak bagi…" Ana
membentak. Dia menangis lagi.
" Tak baik cakap macam tu...macam mengungkit pula nanti. Habis
pahala kau jadi zero. Apa pun kita buat...tak setanding dengan
jasa parents kita. Kau timbang kati ke, pakai kilo ke…masih
tak setanding." Kiki nampak terkejut dengan kemarahan yang dilontarkan
Ana. Sebagai sahabat, dia seperti cuba menjalankan tanggungjawabnya. Mengingatkan
Ana jika tersasar dan tersilap arah.
" Nauzubillah!!! Astagfirullahal 'Azim..." Ana meraup
mukannya dengan kedua-dua belah tangan.
" Sabarlah Ana...aku tahu kau kuat," pujuk Kiki.
Tangannya menepuk bahu Ana.
" Aku bukan nabi, aku manusia biasa. Kadang-kadang, aku tak
tahu di mana mak aku letakkan aku dalam hati dia. Aku rasa mak aku sudah
tetapkan di tingkat mana tempat aku. Dan, tak kisahlah apa pun yang aku buat,
kedudukan aku tak akan pernah tinggi dari orang lain di matanya. Makin jatuh
merudum mungkin kut…"
" Ana, kalau kau dah pasti mak kau macam tu, kau kena redha
dan ikhlas. Buat aja semua tu kerana Allah. Kau tak boleh salahkan mak kau. Buruk
macamanapun adik beradik kau...masih anak-anak dia. Makcik aku pernah cakap,
jahat macamanapun anak, di hati seorang ibu, ibaratnya macam 'anjing di mata
orang, raja di hati ibu.' Sampai macam tu sekali!"
Ana bangun, menghirup udara segar itu dalam-dalam dan kemudian
meraup mukanya. " Kau betul. Aku kena istiqamah. Kena redha dan terima. Cuma
aku harap aku kuat, lebih kuat in the future."
Kiki turut bangun, mendekati Ana sambil tangan diletakkan di
bahu Ana. Ditepuk-tepuknya bahu Ana dengan perlahan.
" Hmm...thats my girl! Aku tahu kau mampu. Aku kan
ada… kalau kau sedih-sedih lagi, sponsor aja aku bercuti macam ni
lagi."
" Banyak ler kau punya ‘cengkadak’ nak sponsor. Kau kan lebih kaya
dari aku!"
" Haa...apa salahnya. Anggap aja macam bayaran sesi
kaunseling tak bertauliah. Macam tadi…"
Kiki tersengih memandang Ana. Gigi siung atau gigi ‘ketuk’ yang menambah manis
senyumannya nampak begitu jelas.
Ana turut tersengih sambil bercekak pinggang. Dia mengangguk
lantas dicubitnya pipi Kiki.
" Thanks Buddy....kaunseling kau memang
mujarab. Kadang-kadang, kita cuma perlu diperingatkan dan diyakinkan…"
Kiki cuma tersenyum
tanpa kata-kata. Kiki sedar, dia dan Ana sememangnya saling memerlukan. Mereka
saling memberi dan menerima, memperingati dan menasihati. Dan, semua yang
mereka lalui itu sebenarnya, menjadikan mereka manusia yang lebih kuat dan tabah.
SELESAI MAKAN MALAM, Kiki dan Ana bersidai di
balkoni hotel sambil leka melihatkan kerlipan lampu di pinggir pantai. Sejuk
angin pantai menghembus lembut. Kiki memeluk tubuh. Sekali-sekala menarik-narik
sweater yang membalut tubuh. Ana
sedang melangkah keluar ke balkoni sambil menatang dua mug, berisi Nescafe
panas.
" Tak sangka boleh datang Langkawi lagi. Dah 10 tahun tau
aku tak jejakkan kaki kemari." Kiki membuka bicara sambil menyambut mug berisi Nescafe.
Aroma Nescafe mengembak harum. Sesuai sangat sebagai penyumbang
haba dalam suasana yang sejuk begini....
" Maksud kau, sejak kita datang dulu...kau tak pernah
sampai ke sini?"
Kiki
menggelengkan kepala. "Tak, aku tak sempat. Cuti-cuti, asyik
cari kau kat KL jer."
" Bila ingat memori masa studi kat U, tak sangka hidup kita
akan berakhir macam ni." Ana tersenyum segaris. Pandangannya dilontarkan
ke arah laut lepas.
" Maksud kau...jadi Andalusia?" Soal Kiki. Ana
mengangguk.
Kiki kini kerap benar
menggunakan terma 'Andalusia'. Kalau dulu marah benar dia bila ada penceramah
bebas yang pandai-pandai menambah gelaran untuk perempuan berumur tetapi belum
berkahwin seperti mereka. Sekarang, perkataan itu sudah menjadi biasa pula.
" Kau pernah terfikir tak macam tu?" Soal Ana.
" Hmm...pernah jugak. Tapi aku tak pernah menyesal pun. Aku
biarkan orang tu berlalu sebab aku nak jaga parents aku.
Mungkin aku tak diberi kesempatan menjadi isteri yang solehah. Namun, dengan
kesempatan yang aku ada, aku dah cuba dan sedang mencuba untuk menjadi anak yang
soleh. Aku puas jaga arwah ayah aku hingga hujung nyawanya. Dan, aku nak jaga
mak aku macam tu jugak." Panjang lebar Kiki mengulas. Dia tersengih di
hujung ayat.
" Kau tak takut mati nanti tak diredai."
" Apa kau dok merepek...nak kena kahwin baru Allah nak
redha?"
" Aku pernah tonton satu program di TV9. Kata sorang ustaz
tu 'seburuk-buruk kematian ialah mati dalam keadaan tidak berkahwin." Ana
berkalih ke arah Kiki sebaik habis mengungkapkan ayat itu. Sengaja mahu
bertentang mata dengan Kiki, mahu mencari riak di wajah Kiki.
" Hmm...kalaulah perkahwinan itu satu-satunya penentu untuk
rahmat dan redha Allah, aku nak kawin hari ini jugak. Detik ini jugak. Tapi aku
rasa Allah tak akan menghukum kita sekejam itu, Dia kan maha Adil!" Kiki
menjawab dengan suara bergetar dan mata berkaca. Ana tahu, pantang benar Kiki
kalau orang suka menghukum statusnya sebegitu.
" Janganlah marah! Untuk orang-orang yang kurang berilmu
macam kita, lebih baik kita clarify dulu. Ustaz tu pun tentu tak
akan keluarkan kenyataan macam tu tanpa ilmu." Ana menyejukkan Kiki yang
sememangnya sensitif bila isu-isu seperti ini dibincangkan.
" Kalau memang betul... aku nak ajak ustaz tu kawin! Biarlah
aku jadi isteri nombor dua ke, nombor tiga ke..." Kiki tiba-tiba keluarkan
ayat begitu.
Mata Ana membulat. Ketawa tiba-tiba terburai dari mulut Ana.
" Kau… setelah berderet-deret suami orang mengayat kau, kau
tak layan. Sejak bila prinsip hidup kau berubah 360 darjah ni."
" Baru tak sat... memang aku tak berminat nak
jadi perampas suami orang. Tapi aku akan berubah apa saja untuk mendapat redha
Allah."
" Termasuk...kawin suami orang dan pakai tudung yang
lengkap tanpa buka-buka lagi? Aku rimas tengok kau pakai tudung macam
biskut Chipsmore." Ana mengambil kesempatan untuk menegur sahabatnya.
Sudah berbuih dia menegur, tapi Kiki masih begitu juga. Namun dia selalu berdoa
moga suatu hari nanti, Kiki akan berubah.
" Ya..termasuk pakai yang tu jugak. You mark my word,
okay!"
" Kau jangan berjanji macam tu, tapi nanti kau tak buat
pulak!”
" Insyallah! sekali ni aku serius. Kalau aku lupa kau
tolong ketuk kepala aku." Kiki tersenyum. Dia menghirup Nescafe dan
kemudian mengangkat muka sambil memejamkan mata menengadah langit. Macam sedap
sangatlah air hasil bancuhan Ana itu.
" Dari masa kat uni, sampai la sekarang ni...kau memang
pandai bancuh Nescafe."
" Yer la tu.. kau tu memang malas buat air.
Sebab tu kau puji aku!” Balas Ana disambut ketawa mengekek dari Kiki.
"KIKI! CEPATLAH SIKIT!" Ana melaung.
Lama Ana tercangak-cangak mencari Kiki.
Rupanya dia ada di seberang jalan. Sedang berbual dengan seorang perempuan tua
yang menjual jajan. Kiki membalas dengan isyarat tangan. Mohon menunggu sebentar.
Selepas menghulurkan sesuatu pada perempuan tua tersebut, terkocoh-kocoh dia
berlari menyeberang jalan.
" Masih tak resign jadi
wartawan cum Pegawai Kebajikan Masyarakat yang tak bertauliah ker kau
ni." Ana mengusik.
" Well! You know me..." Kiki mendepangkan kedua-dua
tangannya.
" Apa yang kau interrview
dia?" Soal Ana
" Adalah sikit-sikit. Bila tengok makcik tadi, aku wonder apa nasib aku bila tua nanti. Dia
pernah kawin, tapi tak ada anak. Selepas suaminya meninggal 5 tahun lepas, dia
cuma ambil upah jual kuih kering untuk menyara hidup. Hmm....aku pun selalu
juga terfikir. Sebenarnya aku taklah rasa rugi sangat kalau tak ada suami. Tapi
memang rugi banyak sebab tak ada anak," ulas Kiki panjang lebar sambil
menarik tangan Ana, melintas jalan menuju ke bangunan yang menempatkan Haji
Ismail Group.
Ana mengangguk perlahan. Memang ada betulnya apa yang Kiki risaukan.
Namun Ana ada pandangannya tersendiri.
" Sebenarnya, ada anak pun tak menjamin yang nasib ibubapa
akan terbela di kemudian hari. Berapa banyak kes orang tua yang ada ramai anak
tapi masih duduk kat rumah orang tua-tua? Yang lebih teruk lagi...merempat.
Baru-baru ni, kat Perlis tu... sanggup tinggalkan ayahnya kat bus stop
jer. So tak payah fikir sangatlah...Allah yang menentukan
hidup kita kan! Kita berserah jer kat Dia." Ana mencelah.
Ketika memasuki bangunan kompleks, terdengar nama Ana dipanggil.
Mereka berkalih serentak.
Seorang lelaki sedang menapak ke arah Ana. Ana terkejut.
Jantungnya berdetak kencang. Dia berkalih memandang Kiki. Kiki mengangguk. Dia kenal
lelaki itu. Itu Mahadzir, kekasih lama Ana.
" Kecilnya dunia! Macamana boleh jumpa awak kat sini?"
" Saya ada kursus. Dari jauh saya dah boleh agak tadi...awak
masih macam dulu, cantik, manis dan segalanya..." Lelaki itu tersenyum,
sambil matanya memerhatikan jemari Ana. Mungkin mencari tanda-tanda samada Ana
sudah diikat dengan cincin atau tidak. Ana cuma melepaskan nafas berat sambil
cuba tersenyum.
“
Korang sembanglah dulu. Aku shopping
kat seberang jalan.” Tanpa dipinta, Kiki memohon diri. Dia mengenyit mata pada
Ana.
“
APA? ISTERI DIA MENINGGAL?” Soal Kiki dengan mata membulat.
Ana
mengangguk. “Dah enam bulan. Dia kata masih sayangkan aku.. Macam aku sayangkan
dia. Dia mahu kami cuba sekali lagi.”
“
Baguslah tu! Aku memang suka kalau korang berdua bersatu. Aku tau hati kau tu,
dah lama masuk ICU.” Kiki tersengih.
“
Hmm… kau tahukan masalah kami? Dia kata dia ada cari aku. Ada juga call mak aku.Tapi,
mak aku cakap yang aku dah kawin.”
“
Hah! Apasal mak kau cakap macam tu?” Soal Kiki lagi.
“
Dari dulu, mak memang tidak sukakan Mahadzir. Entah! Akupun tak faham. Dia tahu
aku sayangkan Mahadzir. Dia tahu Mahadzir sudah menduda, tapi sembunyikan dari
aku. Sepuluh tahun aku cuba buang cinta ni, tapi aku tak mampu. Dan dia tahu
semua tu.”
“
Kau cubalah cakap dengan dia elok-elok. Mungkin dia akan faham. Lagipun, Allah
bagi peluang kedua untuk kamu berdua. Mesti kena go for it!”
Ana
melepaskan nafas berat. “ Aku takut kecewa lagi.”
Kiki
pandang Ana. Ada riak simpati di situ.
“
Cuti aku masih ada. Nak aku temankan kau balik? Kita sama-sama beritahu mak
kau. Dia dah lama kenal aku, mana tahu… dia akan dengar pendapat aku.”
Ana
mengangguk. Meraih tangan Kiki lalu meramasnya erat. Dia bersyukur. Allah
kurniakan dia seorang sahabat yang amat memahami.
ANA
TUNDUK MERENUNG LANTAI. Mata Kiki pula masih memandang tepat ke arah ibu Ana,
Puan Yaya. Mahadzir yang mengambil tempat di sofa berhampiran pintu, meraup
mukanya. Sesekali, dia menggeleng kepala.
Sejak
dulu Ana tahu emak memang tidak sukakan Mahadzir. Tapi waktu itu, alasan emak
adalah kerana taraf pendidikan mereka tidak sama. Ana lepasan universiti,
sedangkan Mahadzir waktu itu, hanyalah lepasan STPM. Walaupun Ana cintakan
Mahadzir separuh gila, dia boleh terima alasan emak. Dia akur dengan keputusan
emak. Dia berkorban demi emak.Tapi kini, segalanya sudah berubah. Mahadzir
sudah membuktikan yang dia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan Ana. Mahadzir kini, ada sijil sarjana muda dan memiliki perniagaan
sendiri. Dia sudah berjaya. Dia juga sudah menyatakan keinginannya untuk
memperisterikan Ana. Entah kenapa, emak masih tidak setuju.
“
Maaf makcik, saya rasa… makcik kena beri peluang pada Ana dan Det. Kasihanlah
pada mereka makcik. Mereka suka sama suka…” kata-kata Kiki terhenti di situ
apabila Puan Yaya berkalih merenungnya.
“
Jangan ajar makcik apa makcik perlu buat. Ana anak makcik, makcik berhak atas
dia. Kau hanya kawan dia.”
“
Tapi makcik… Ana sudah 35 tahun. Makcik nak tunggu orang yang macam mana lagi?”
“
Sudah! Keputusan makcik muktamat. Kalau Det datang sini sekadar nak suruh
makcik jilat balik ludah makcik, Det silap! Makcik tak akan berganjak. Kalau
Ana kawin jugak dengan Det… makcik tak redha. Makcik akan anggap, Ana anak
derhaka!”
Kata-kata
emak itu membuatkan tangis Ana semakin kuat. Kiki raih bahu Ana lalu
memeluknya. Dia cuba mententeramkan Ana. Dia nampak serba-salah.
Mahadzir
bangun dengan perlahan. Dia menghampiri Puan Yaya, menghulur tangan untuk
bersalam. Namun tidak diendahkan.
Kiki
cuit bahu Ana. Ana mengangkat kepala, memandang ke arah Mahadzir lalu berdiri.
Airmata meluncur laju menuruni pipinya.
“
Maafkan aku, Ana. Aku sudah mencuba. Anggap saja kita tiada jodoh. Aku minta
diri dulu.” Sehabis ayat itu, Mahadzir melangkah keluar.
Kalau
ikutkan hati Ana, dia mahu berlari keluar, mengejar Mahadzir. Dia tidak mahu
Mahadzir pergi sekali lagi, seperti sepuluh tahun yang lalu. Namun dia juga
tahu… segalanya sudah tidak memberi erti apa-apa. Emak sudah menjatuhkan hukum,
dan dia akan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan hukuman itu.
Saat
bayangan Mahadzir hilang di sebalik pintu, Ana terduduk di tepi sofa. Dia menangis
semahu-mahunya. Kiki cuma mampu memeluk bahu Ana dari belakang dan turut
menangis bersama.
Puan
Yaya, sudah lama berlalu masuk ke biliknya.
Setahun selepas itu…
“
Kau okay?” Soal Oda memandang ke arah Ana. Kiki di sebelah Ana hanya tersenyum.
“
Aku okay. Sedang menyembuhkan luka di hati. Dua kali terluka… bukan senang hak
sembuh. Parut pun belum tentu hilang.”
Oda
mengangguk. Ana tersengih. Sudah lama tidak bertemu Oda kerana tugas Oda yang
sentiasa sibuk. Entah macam mana, tahun ini… ada pula masanya untuk menyertai
mereka ke Langkawi.
" Macamana kerja
kau sekarang, masih dok pi mai pi balik oversea ker?" Ana
menyoal Oda, cuba mengalih tajuk perbualan.
" Hmm..macam tu lah, pasal tu aku masih
solo agaknya, takder lelaki yang suka bininya tak
ada kat rumah." Dia ketawa mengekek di hujung ayat.
" Bukan tu ajer, aku rasa dengar gaji kau
pun, depa angkat tangan surrender." Kiki
mencelah.
" Tu pun, mungkin salah satu
penyumbang." Oda tersenyum merenung laut.
" Kalau kau balik kampung, tak ada ker soalan
cepu emas." Ana mengusik.
" Huh! Apa tak adanya...tu soalan paling laris sepanjang
tahun. Naik biul aku nak menjawab. Especially kalau
kenduri kendara, malas aku nak pi. Aku
doa jer, kalau masa aku balik kampung.. .moga-moga tak ada ler jiran
atau saudara yang terlebih kreatif nak buat kenduri." Oda tersengih lagi.
" Kalau depa tanya, kau jawab apa?"
Kiki menduga.
"
Aku senyum jer...aku cakap tak ada orang nakkan aku. Kononnya nak patahkan ler soalan
seterusnya. Tapi...depa ni memang kreatif nak fikirkan masalah orang. Kau tahu
apa dia komen bila aku bagi jawapan macam tu." Oda memandang Kiki, Kiki
pula mengangkat bahu, malas nak menjawab
" Depa kata aku ni memilih sangat, nak orang
kaya, orang berpangkat. Nak Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri. Pasai tu
ler aku tak kawin-kawin sampai la ni. Hmm… mau tak berasap
kepala aku. Kalau tak kenangkan mak aku...mau aku sembur sapa yang
gatal sangat mulut tu." Kemarahan tersebut walaupun sudah lama
berlaku terzahir di muka Oda. " Depa bukan tau..orang yang
aku suka, yang aku sewel separuh mati dulu tu kerjanya
bukan apa-apa. Tapi kalau sekarang ni...memang la aku
tak kan pilih sembarangan, tapi tak ler sampai nak cari
yang macam depa kata." Oda menyambung lagi. Loghat
Kedahnya makin ketara.
" Masalah kita ni sama saja...sebenarnya aku bersyukur
dengan kehidupan aku sekarang walaupun memanglah tak lengkap segalanya. Dan
sebagai hamba Allah, aku dah redha menerima ketentuan yang Allah tulis untuk
aku. Tapi kadang-kadang yang buat aku sedih, yang aku pelik, masyarakat
sekeliling yang seperti tak dapat nak menerimanya.
Ada saja yang dia orang nak mengulas. Kalau arah positif apalah! Ini asyik nak menyakitkan
hati. Mereka-mereka ni sepatutnya bersyukur sebab Allah beri
mereka kelebihan yang kita tak ada." Satu keluhan berat terbit dari mulut
Kiki.
Ana tersengih, dia berpaling ke arah pantai. Dari jauh kelihatan
sepasang suami isteri bergelak ketawa bermain dengan anak-anak mereka di gigi
air. Si suami mendokong anak kecil di atas bahu dan si isteri mengejar
bersama-sama seorang anak perempuan yang mungkin umurnya lebih kurang 8 tahun.
" Aku selalu cemburu bila melihat sebuah keluarga lengkap
macam tu. Kadang-kadang, ia buat aku sedih. Buat aku teringatkan Mahadzir.
Entah kat mana dia sekarang…" Ana bersuara perlahan. Jari telunjuk dibawa
ke tubir mata, diseka matanya yang berair.
Kesedihan di dalam hatinya hanya Allah yang tahu, mujurlah ada sahabat untuk dikongsi segala rasa.
Kesedihan di dalam hatinya hanya Allah yang tahu, mujurlah ada sahabat untuk dikongsi segala rasa.
Kiki paut bahu Ana. “ It
just doesn’t meant to be. Memang bukan jodoh kau.”
Ana mengangguk lemah. Tersenyum segaris. Hanya Allah yang tahu
apa yang dia rasa. Rasa yang tak akan hilang sampai bila-bila.
“ Mak kau macam mana?” Soal Oda. Dia sudah melabuhkan punggong
di atas pasir. Yang lain-lain menurut.
“ Macam tu lah! Tidak pernah berubah. Apa aku buat masih tak
cukup. Apa adik-adik aku buat… semua betul. Selagi aku mampu, aku akan
bertahan. Aku cuma takut aku hilang sabar dan jadi anak derhaka.”
Angin
laut yang kuat, bertiup menampar muka Ana. Tudung kepala Kiki turut senget tak
terurus. Segera dia membetulkan tudungnya.
Sudah
setahun Kiki bertudung tanpa buka-buka. Bukan hanya bertudung… tetapi lengkap
bersarung kaki. Sejak pulang dari umrah selepas peristiwa perpisahan Mahadzir
dan Ana, Kiki terus jadi alim seperti sekarang. Lebih lengkap bertudung dari
Ana. Kadang-kadang naik malu pula Ana pada Kiki.
“
Kau ingat isu ‘redha Allah’ yang kita bincang tahun lepas?”Soal Kiki.
Ana
mengangguk. “ Aku rasa, aku dah tak termasuk dalam kategori tu. Aku perlu
mentaati mak aku.” Dia tersenyum segaris.
" Cuma kadang-kadang, aku wish aku jumpa
seseorang, yang aku boleh terima dan yang boleh terima aku. Yang penting… yang
mak aku setuju. So, bila aku kawin, aku boleh keluar dari kekusutan hidup aku
sekarang." Ana mula beremosi semula. “ Cuma, buat masa sekarang… Mahadzir
masih kat sini.” Ana membawa tangannya ke dada.
Kiki menggeleng kepala perlahan. Dia simpati dengan Ana.
" Aku pulak, macam aku cakap tadi la...aku dah boleh terima
segala ketentuan Allah. Aku tak kisah dan aku redha. Dan aku harap orang-orang
dikeliling aku juga akan faham." Oda berkata sambil bangun, berdiri
memandang laut. “ Jom! Main air!” Oda mendahului mereka.
Ana dan Kiki mengikut dari belakang. Kiki kemudiannya berlari mendahului yang
lain, kemudian berkalih memandang Ana dan Oda.
" Aku pulak...rasa macam tengah duduk dalam tunnel, what
I see at the end of the tunnel is only a bleak light...aku tak boleh nak
agak apa yang menanti. Sebenarnya jalan kita cuma satu, iaitu menuju redha
Allah. So, buat sementara ni, kita buat apa saja yang terbaik untuk ke arah
tu." Kiki melahirkan rasa hatinya sambil bermain air laut, kemudian dia
berenti menyeluk kocek jubahnya. Diambilnya kertas putih berlipat,
perlahan-lahan dibuka lipatannya dan menghulurkan kertas tu pada Ana.
" Bacalah...semalam, masa kau mengeroh tak sedar diri, aku
tak boleh tidur. Aku sempat tulis semua ni...boleh hantar kat magazine tak?”
Ana dan Oda menatap baris-baris yang tertera di kertas putih
bersih. Baris-baris rasa hati Kiki yang turut mewakili apa yang mereka berdua
rasa....
Di dada Andalusia
Dulunya penuh duka
Sarat seribu cerita
Disalut torehan luka
Diasak tafsiran dan cerca
Dan…layunya kuntum harapan
Tak terlaksana
Di dada Andalusia
Kini, badai taufan sudah pergi
Hujan ribut sudah berhenti
Cinta dambaan sudah mati
Dan…rindu dendam pun
Tiada lagi
Di dada Andalusia
Selepas hujan, sesudah taufan
Yang tinggal…
Pohon-pohon cinta pada Khaliqnya
Sungai-sungai rindu pada Sang Rasul
Dan kuntuman kasih pada Ad-Deen
Yang pasti…
Sesekali, badai taufan pasti kembali
Kukuh perbukitan taqwa pemasak diri
Rimbunan redha tegar memagari
Dan…tasik iman damai suci
Mendingin amarah hati
Di dada Andalusia
Yang diharap Cuma
Titisan hujan rahmat Ilahi
Meniti senja hari
Di dada Andalusia
Dulunya penuh duka
Sarat seribu cerita
Disalut torehan luka
Diasak tafsiran dan cerca
Dan…layunya kuntum harapan
Tak terlaksana
Di dada Andalusia
Kini, badai taufan sudah pergi
Hujan ribut sudah berhenti
Cinta dambaan sudah mati
Dan…rindu dendam pun
Tiada lagi
Di dada Andalusia
Selepas hujan, sesudah taufan
Yang tinggal…
Pohon-pohon cinta pada Khaliqnya
Sungai-sungai rindu pada Sang Rasul
Dan kuntuman kasih pada Ad-Deen
Yang pasti…
Sesekali, badai taufan pasti kembali
Kukuh perbukitan taqwa pemasak diri
Rimbunan redha tegar memagari
Dan…tasik iman damai suci
Mendingin amarah hati
Di dada Andalusia
Yang diharap Cuma
Titisan hujan rahmat Ilahi
Meniti senja hari
" Hmm...bagus ni, apa tajuk nak kau letak ni." Oda
bertanya.
" Di dada
Andalusia" Serentak Ana dan Kiki menjawab, dan mereka bertiga ketawa.
Pedulikanlah apa orang sekeliling ingin katakan, kerana hanya mereka yang melalui
segala keperitan dan kekurangan.
2 comments:
sukarnya menjalani kehidupan yang rase cintanya disekat.. kesian ana
Einaz lynna,
Tulah pasal... kesian, kan! Tapi,, dia kena patuh dengan mak dia. Kena buat jugak walaupun hati tak suka... :(
Post a Comment