Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Tuesday, February 8, 2011

BAB 29

Sekujur tubuh Edelene dengan tenaga yang masih bersisa dengan perlahan mengatur langkah menjauhi kawasan rumah Encik Mushi2. Perut dan pangkal ari2 yang masih sakit ditahan dengan meletakkan tangannya di situ, dia mengatur langkah dalam keadaan separuh badan tertunduk-tunduk.

Sekali sekala Edelene jatuh terjelepuk...namun dia kuatkan semangat untuk bangun semula. Edelene sedar, dia tidak boleh berlengah lagi. Dia tahu, Encik Mushi2 tidak akan duduk diam dan melepaskannya pergi begitu saja.

Tiba2 telinganya menangkap bunyi derap sepatu berlari...Edelene pantas berkalih, dia melihat kelibat sesorang sedang berlari menuju ke arahnya. Untung saja tempat di mana dia sedang berdiri dilindungi oleh bayangan pepohon yang melatari lorong itu.

Dengan cepat dia membaringkan badan dan bersembunyi di sebalik rimbunan pokok Jenjarum yang di tanam sederet di tepi kawasan padang. Jantungnya berdebar kencang, namun masih berani mengintai di antara celahan pepohon renek itu.

" Edelene...sayang! Sayang di mana.."

Suara Encik Mushi2 menerjah ke gegendang telinganya. Edelene memejamkan matanya...di dalam hati tidak berhenti berdoa, moga kelibatnya tidak dapat dikesan. Untung juga, kawasan ini sedikit gelap dari diterangi cahaya lampu.

Selama ini, dia cuma menonton detik2 cemas begini melalui cerita2 TV dan filem...kini terpaksa melaluinya sendiri. Degupan jantung Edelene berdetak kencang, nafasnya terasa semput.

" Edelene...Edelene...kau tak kan boleh lari ke mana-mana."

Encik Mushi2 bersuara lagi, mata dan kepalanya sentiasa melilau ke kiri dan ke kanan. Dia membebel sendirian, kadang-kadang menyumpah seranah dengan bahasa yang sangat kasar. Edelene menggigit bibir, Encik Mushi2 yang dikenalinya dulu dengan yang di depannya sekarang sangat jauh berbeza, dia telah tertipu...dan airmata mengalir menuruni tubir mata.

Kakinya terasa pedih, terasa ada semut merayap di betis dan mula menggigit. Rasa pedih dan gatal mula menjalar, namun dia masih cuba menahan. Sedikit sahaja pergerakan...pasti akan dapat dikesan oleh Encik Mushi2 kerana jarak tempat dia berbaring dengan tempat Encik Mushi2 berdiri...tak sampai 50 meter.

Encik Mushi2 akhirnya bergerak menjauhi kawasan padang itu, Edelene menarik nafas lega, tetapi masih terus membatukan diri sehingga dia merasa betul2 selamat. Jemarinya dengan pantas bergerak ke kaki, menggaru-garu bahagian yang gatal dan pedih

Mata Edelene menyorot ke arah longkang besar yang kering kontang, mindanya pantas membuat keputusan. Dia tak mampu bergerak pantas, makanya...untuk lebih selamat, dia perlu menyusuri longkang itu untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh Encik Mushi2.

Sambil mengatur langkah, dia menyeka airmata...dia menyesal tidak mendengar nasihat ASP Hakimi dan Sakinah. Dia jadi buta penangan kata2 manis dan keasyikan yang ditaburkan Encik Mushi2. Kenapalah dia langsung tidak dapat menghidu niat buruk yang terselindung di sebalik segala janji manis. Selama bekerja sebagai anggota Polis, inilah kali pertama dia hilang pertimbangan hingga bertemu penjahat sebengis ini. Dia menggelengkan kepala sedikit...kesal dengan diri sendiri.

Selepas bergerak selama 15 minit dengan menyusuri longkang, Edelene sedar yang dia sedang menghampiri jalan raya utama. Lampu2 jalan menerangi kawasan, dan dia hanya boleh menyembunyikan diri dengan terus menyusur longkang yang sedikit berair. Dia sudah tidak kisah lagi, yang penting...dia perlu menyelamatkan diri. Longkang yang becak dan berair separas lutut itu diharunginya, sakit di bahagian kaki akibat disepak terajang tadi makin kuat terasa. Sesekali dia mengaduh.

Sesekali ada kereta yang dipandu melalui jalan itu, namun Edelene takut untuk meminta pertolongan. Risau jika yang ditahan itu adalah Encik Mushi2, dia tidak mahu ditahan dan disiksa lelaki itu lagi...lebih takut lagi, jika dia dibunuh terus. Edelene teringatkan kartu namanya yang terselit di dalam dompet, entah2, identitinya sebagai seorang anggota Polis sudahpun diketahui oleh Lelaki durjana itu.

Sayup2 kedengaran bunyi enjin motosikal menderum melalui kawasan itu, Edelene memasang telinga...dia takut tersilap pendengaran. Ya! Itu memang bunyi enjin motosikal, dan dia perlu bergerak pantas. Edelene segera memanjat keluar dari longkang, lupa seketika segala kesakitan dan terus menerpa ke arah jalan. Tangannya digawang-gawang, silau cahaya lampu motosikal menerjah kornea mata sudah tidak diperdulikan lagi.

Motosikal yang dipandu sedikit laju itu seolah-olah gagal dikawal akibat terperanjat dengan terjahan Edelene...namun akhirnya penunggang itu berhenti betul2 disebelah Edelene.

" Encik! Tolong saya, tolong hantar saya ke balai Polis. Saya dikejar penjahat." Suara Edelene yang cemas dan kelam kabut, ada tangisan di hujung ayat.

Penunggang itu mengisyaratkan Edelene supaya menunggu sebentar, dia kelihatan ingin menanggalkan topi keledar yang berpenutup muka itu. Edelene berkalih ke kiri dan ke kanan, matanya meliar...bimbang jika Encik Mushi2 tiba-tiba muncul dari mana2 arah. Jika itu terjadi...habislah dia.

Edelene berkalih semula ke arah penunggang motosikal tadi, lelaki itu tersenyum.

" Nak saya hantar ke mana?"

Mulut Edelene ternganga, belum sempat berbuat apa2, topi keledar dihayun mengenai kepalanya. Edelene terhuyung hayang ke arah belakang dan jatuh tersembam ke dalam longkang. Mukanya terbenam ke dalam selut,

Ketawa mengejek terbit dari mulut lelaki itu, " Aku akan hantar engkau ke kubur, sayangku." Encik Mushi2 ketawa lagi, Edelene fikir dia bijak...tapi kecundang juga. Dia menongkat motosikal, bergerak ke arah longkang dan cuma memerhatikan jasad Edelene yang terkaku di dalam longkang. Dia perlu bergerak pantas, mayat Edelene mesti dibuang jauh sebelum ditemui sesiapa. Namun bagaimana mungkin dia mampu membawa jasad Edelene dengan motosikalnya tanpa dilihat orang lain. Mustahil!

Ensik Mushi2 yakin polis akan dapat mencarinya di alamatnya sekarang, dia perlu pulang mendapatkan keretanya dan membersihkan segala bukti2. Dia yakin diwaktu2 begini, tidak ramai yang melalui jalan ini, meninggalkan jasad Edelene buat beberapa ketika tidak akan mendatangkan masalah...dia akan datang kembali dengan keretanya untuk melupuskan jasad Edelene.


*****



" Edelene hilang? Macam mana dia boleh hilang?"

Pertanyaan Tuan Rasyid itu diikuti dengan bunyi kuat fail dihempas ke atas meja. Matanya mencorong memandang Kimi . Kimi pulak, cuma terdiam...sudah dapat mengagak yang dia akan menerima ledakan kemarahan dari Tuan Rasyid. Kerongkong terasa seperti tertelan biji nangka...tak tahu apa yang harus dikatakan lagi, nasi sudah menjadi bubur.

Sebaik dimaklumkan melalui talipon oleh Kimi tadi, Tuan Rasyid terus saja datang ke IPK walaupun sudah hampir tengah malam. Sewaktu talipon dijawab oleh isteri Tuan Rasyid tadi, Kimi diberitahu ada majlis keraian di rumah Tuan Rasyid...mungkin juga sedikit bengang kerana terpaksa meninggalkan tetamu yang hadir di rumah.

Edelene ni pun satu...memang menempah malapetaka. Bukan dia tidak mengesyaki Edelene menyembunyikan sesuatu, puas disiasat dan ditebak isi hati Edelene, tapi Edelene kuat meyembunyikan rahsia. Malah Sarjan Adli dan Inspektor Ganesan juga sudah melakukan usaha sedaya mungkin. Kimi tahu dia sudah cuba melakukan apa yang perlu, namun mempertahankan diri di hadapan Tuan Rasyid semasa dia sedang menyinga merupakan perkara sia2...silap haribulan, dia yang kena bambu dengan segla macam bahasa yang telinganya sendiri tak sanggup mendengar.

" Saya dah arahkan awak pantau aktiviti dia, awak tak ikut arahan?"

" Sudah Tuan." Sepatah menjawab, Kimi diam lagi, dalam waktu2 begini, mempertahankan diri bukan lagi agenda...dia lebih risaukan keselamatan Edelene. Kehilangan Edelene mengingatkan Kimi pada Nina...semoga nasib Edelene tidak seburuk nasib Nina. Perit tanggungan perasaan yang dilaluinya sewaktu kehilangan Nina kembali terasa.

Melihatkan Kimi masih berdiam diri, Inspektor Ganesan mula menjawab bagi pihak Kimi, segala perkembangan tentang proses memantau Edelene yang dilakukannya, diterangkan dengan terperinci. Tuan Rasyid akhirnya menganggukkan kepala...matanya masih tertancap kepada Kimi.

" Sudah kesan tempat terakhir dia dilihat?"

Kimi mengangguk. " Restoran makanan barat di Bandar Perda, Dami's Grill. Housemate dia, Sakinah terima mesej dari Edelene hari sabtu lepas...katanya dia makan di situ."

" Kami dah clarify...dah tanya pekerja yang bertugas haritu. Mereka mengiyakan. Cuma...mereka tak pasti wajah lelaki terbabit. Dia sembunyikan wajah disebalik rambut panjang dan cap."

" Means, dah lebih 48 jam Edelene hilang?" Soal Tuan Rasyid, Kimi mengangguk.

" Bahaya...kita kena bergerak pantas. Saya tak ingin perkara buruk terjadi pada Edelene. Apa lagi tindakan yang kamu dah buat?"

" Unit forensik tengah analysed komputer riba Edelene, kita akan dapat maklum balas dalam waktu yang terdekat. Sarjan Adli dan Detektif kita sedang buat siasatan di luar.

" Saya nak kamu kerahkan semua anggota kita untuk menyiasat...Edelene perlu diselamatkan." Tuan Rasyid berhenti sebentar, memandang muka Kimi dan Inspektor Ganesan bersilih ganti. " Kimi, awak ikut saya ke bilik." Tanpa memandang wajah Kimi, Tuan Rasyid berlalu untuk keluar dari situ.

Sebaik mahu memegang tombol pintu, pintu tiba2 dibuka dan Sarjan Adli menjengahkan kepalanya. Mukanya sedikit terkejut bila memandang Tuan Rasyid.

" Sarjan! Ada apa?"

" Tuan! Saya baru dapat maklumbalas dari forensik, mereka dah berjaya kesan lokasi suspek berhubungan dengan Edelene dari komputer riba Edelene. Lokasinya, Taman Bukit Permai, BM."

Tuan Rasyid mengangguk, kemudian berkalih ke arah Inspektor Ganesan, " Ganesan! Awak ketuai serbuan, bawa Sarjan dan beberapa anggota yang lain." Dia berhenti sebentar, memandang Kimi, " Kimi, kita masih ada benda nak bincang."

" Baik, Tuan." Kimi dan Inspektor Ganesan menjawab serentak. Tuan Rasyid berkalih dan bergerak untuk keluar. Sarjan Adli yang terkulat-kulat di depan pintu meminggirkan ke tepi.

Kimi dan Inspektor Ganesan saling berpandangan, Sarjan Adli cuma menggaru kepala...memandang Kimi dan Inspektor Ganesan bersilih ganti. Sebelum Kimi melangkah mengikut Tuan Rasyid, Inspektor Ganesan sempat membisikkan perkataan 'good luck'...dia tersenyum sumbing sambil mengenyit mata.

Hmm...sempat lagi nak mengusik dalam keadaan kritikal begini.


*****


Encik Mushi2 mengangkat komponen komputer ke dalam bonet kereta, dia meneliti barangan di dalam bonet sambil cuba memastikan jika ada apa2 yang masih tertinggal. Dia berfikir dengan tenang...seolah-olah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Bonet kereta ditutup, dia berjalan memasuki rumah dan terus naik ke tingkat atas dan memeriksa setiap bilik terutamanya bilik tidur utama yang digunakan untuk mengurung Edelene. Encik Mushi2 berjalan ke kawasan berhampiran katil, dia tunduk memeriksa lantai marmar itu sekali lagi...kemudian mengangguk beberapa kali.

Sejak pulang dari tempat dia meninggalkan jasad Edelene tadi, dia terus membersihkan seluruh rumah dari kesan cap jari mahupun kesan2 darah yang masih berbaki. Habis seluruh rumah dilap dengan cecair peluntur untuk menghilangkan kesan DNA. Walaupun tidak pasti peratus keberjayaannya, tetapi itulah yang dia pelajari melalui internet. Dengan masa yang dia ada, dia tidak dapat melakukannya dengan lebih berhati2. Mujur juga dia hanya menggunakan satu bilik ditingkat atas dan ruang tetamu sahaja...jadi dia tidak perlu membersihkan hampir seluruh rumah.

Setelah berpuas hati dia berlalu keluar, setiap tombol pintu yang dipegang, dilap semula dengan tuala yang memang tersedia di tangan. Begitu juga dilakukan pada palang besi tangga. Dia tidak kisah jika bukti2 dapat mengaitkan mangsa2 yang pernah rebah di tangannya, dia cuma perlu pastikan yang tidak ada satupun bukti yang tertinggal yang dapat dikaitkan dengan namanya...kalau itu terjadi, bererti dia sudah menempah tiket ke neraka. Encik Mushi2 ketawa kecil, kepalanya digelengkan beberapa kali... manusia seperti dia, mana ada tempat disyurga.

Sebaik berada di luar, dia memandang sekeliling, ini mungkin kali terakhir dia menjejakkan kaki di rumah ini, tempat persembunyiannya selama ini mungkin akan dapat dikesan tidak lama lagi. Ada sedikit rasa sebak di hati, Edelene memang celaka! Dia menyumpah di dalam hati. Mujur juga jiran sebelah menyebelah tidak pernah kekal lama, selalu bertukar ganti. Paling lama bertahan...setahun. Dan dia sudah memastikan yang mereka tidak akan mengingati dan mengenali wajahnya dengan tidak pernah menunjukkan minat untuk bertegur sapa.

Menyedari yang dia tidak patut berlengah lagi, Encik Mushi2 masuk ke dalam kereta, dia menghidupkan enjin dan bergerak ke luar. Sambil memandu dia menyumpah-nyumpah diri sendiri. Ini kali kedua dia melakukan kesilapan, segalanya serba tak kena sejak kebelakangan ini.

Encik Mushi2 memperlahankan keretanya sebaik menghampiri kawasan di mana jasad Edelene ditinggalkan. Dengan perlahan dia keluar dari perut kereta menuju ke belakang kereta dan membuka bonet. Dia memandang sekeliling untuk memastikan tiada siapa melihat dan tiada kenderaan melalui kawasan itu pada detik itu. Setelah berpuas hati, dia menapak ke arah longkang.

Tiba2 hatinya diburu resah, jantungnya berdebar kencang...terasa sukar mempercayai apa yang dilihatnya. Terdapat tompokan lumpur yang menyaluti rumput dan kawasan sekeliling. Tak Mungkin! Langkah dipercepatkan. Dan sebaik menjenguk ke dalam longkang, terasa jantungnya berhenti berdegup...nafas tersekat di kerongkong. Jasad Edelene sudah tiada! Sudah hilang! Tapi bahaimana, bukankah Edelene sudah mati tadi?

Encik Mushi2 berlari ke atas dan ke bawah sepanjang tepian longkang, dia yakin dia tidak tersalah tempat. Inilah lokasi yang tepat. Dia menyepak-nyepak rumput dan batu yang kebetulan ada di situ. Kedua-dua tengan dibawa ke kepala dan dia mula menggaru-garu seperti orang hilang akal.

Tenang! Dia perlu tenang. Dia perlu berfikir dengan rasional dan perlu segera meninggalkan tempat ini. Tanpa berlengah, Encik Mushi2 masuk ke dalam kereta dan mula beredar dari situ dengan pantas.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU