Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Thursday, January 6, 2011

BAB 27

Entah kenapa, kebelakangan ni, kerap benar jadi pelupa...sudah tua agaknya. Hari yang sepatutnya bercuti...terpaksa juga ke tempat kerja. Semalam, tertinggal talipon di kaunter mesin kira-kira. Nasib baik tak hilang, untung juga Fendi yang terjumpa. Walaupun baru beberapa minggu bekerja di sini, dia amat menyukai kawan2 yang dikenali di sini. Ini pun entah restoran yang ke berapa dia berkerja setelah berhenti dari restoran sushi yang menyusahkan hidupnya.

" Mana talipon aku?" Tanya Daniel kepada Fendi.

" Kau ambil sendiri lah...ada dalam laci di meja kaunter."

Daniel melangkah masuk ke ruang makan Dami's Grill, terus sahaja menuju ke kaunter pembayaran dan menyelongkar setiap laci dan isinya. Dia akhirnya menemui taliponnya di laci paling bawah.

Sewaktu mengangkat kepala, dia terpandang sepasang pelanggan yang sedang menikmati makan petang di meja paling hujung. Jantung Daniel berdetak laju, terasa seakan pernah melihat pelanggan lelaki itu...bersamanya, seorang gadis yang cantik dan berambut panjang, sedang ketawa gembira. Mereka nampak sangat romantik.

Itu lelaki Rolex! Mindanya cepat mentafsir. Di waktu yang sama, seolah-olah terasa yang dirinya diperhatikan, lelaki itu menoleh ke arah kaunter. Nasib baik Fendi yang baru melangkah masuk telah melindunginya dari pandangan lelaki Rolex tersebut. Dengan cepat Daniel duduk bertinggung, pura2 sedang mencari taliponnya di dalam laci paling bawah.

" Jumpa tak?" Soal Fendi.

" Ada..ada...thanks sebab tolong simpankan untuk aku." Sambil bangun untuk berdiri, Daniel menarik penutup cap ke depan untuk melindungi wajahnya. Nasib baik juga lampu di bahagian kaunter ini sememangnya dipasang malap. Daniel tersenyum ke arah Fendi dan terus bergerak ke arah dapur untuk keluar melalui pintu belakang.

Sesampai di dapur, Daniel tidak terus keluar...tapi mengendap dari balik cermin gelap yang memisahkan ruang makan dengan dapur. Memang sah! Tak silap lagi...itu memang lelaki Rolex, serta merta rasa bersalah mula menyerang benaknya. Macam mana kalau perempuan cantik itu juga mengalami nasib yang sama seperti perempuan yang ditemui mati tempohari...Daniel mula mendesah. Dia mula menggaru-garu kepalanya yang sememangnya tak gatal.

" Daniel, hari ni kamu cuti...kenapa berdiri macam kucing mati anak kat sini?" Mr Elly, tuan punya restoran, menyergah Daniel tiba2.

Walaupun jantungnya terasa macam nak luruh, Daniel masih cuba mengawal diri. Dia tersenyum kelat ke arah Mr Elly. " Be..betul bos, memang saya cuti...cuma, datang ambil talipon yang tertinggal semalam."

Mr Elly menggeleng, " Yang kamu terketar-ketar ni kenapa? Saya bukan nak makan kamu, cuma bertanya aja. Kan saya dah cakap, di sini...kita bekerja macam satu keluarga. Saya tak nak kamu ada rasa takut kat saya. Hormat...tak apa la." Mata Mr. Elly masih merenung ke arah Daniel.

" Faham, Bos! Saya pun dah nak balik ni. Minta diri dulu."

Mr. Elly mengangguk, Daniel kemudiannya beredar keluar mendapatkan motosikal kapcainya. Mengenakan topi keledar dan mula menunggang ke arah depan bangunan restoran. Dia memberhentikan motosikalnya di sebalik sebatang pohon Sinai yang dibentuk seperti bonzai dan menunggu di situ.

Tak lama kemudian, kelihatan lelaki Rolex tadi berjalan keluar dari restoran itu sambil memimpin tangan perempuan tadi. Mereka berjalan menghampiri sebuah kereta yang diparkir tidak jauh dari restoran. Daniel menyeluk sakunya untuk mendapatkan telipon bimbitnya. Dia berdiri di sebalik pohon bonzai, dan setelah pasti yang kehadirannya tidak disedari, Daniel mula menghalakan talipon ke arah pasangan tadi, membuat zoom-in supaya gambar lebih jelas dan terus menekan butang snap...sekeping gambar telah berjaya ditangkap dan disimpan di dalam fail kameranya. Dia kemudiannya mencatat nombor plat kereta tersebut.


*****

" Sarjan! Dah bawa suspek ke bilik soal siasat?" Kimi yang kebetulan ternampak Sarjan Adli sewaktu menaiki tangga, terus aja bertanya.

" Dah ada kat sana, Tuan. Inspektor Ganesan tengah perhatikan dia." Jawab Sarjan Adli.

Kimi mengangguk, dan terus menapak ke tingkat atas. Dia berharap sangat, kali ini tangkapan mereka tepat. Entahlah...dah masuk bulan ke empat kes ini berjalan, namun kesemua bukti membawa mereka ke arah jalan mati. Telinga Kimi pun dah hampir ber'nanah' menerima leteran dan sindiran dari Tuan Rasyid...sudah habis ikhtiar rasanya.

Tapi semalam, Inspektor Ganesan menerima panggilan dari salah satu kedai jam yang pernah dikunjunginya. Kata pemilik kedai, seorang lelaki sedang cuba memperbaiki cermin jam Rolex tiruan...dan atas nasihat Inspektor Ganesan, pemilik kedai menyuruh lelaki itu mengambil semula jamnya pagi tadi. Kini, lelaki itu sudah ditahan untuk disoal.

Inspektor Ganesan yang kebetulan sedang membuka pintu bilik tersebut, mengangguk kepala pada Kimi. Kimi mengisyaratkan supaya Inspektor Ganesan mendahuluinya. Mereka berdua kemudian berdiri memerhatikan lelaki itu dari sebalik cermin gelap.

" He looks very innocent...tapi, selalunya yang innocent tu la yang tak boleh diharap." Kata Inspektor Ganesan.

" Hmm...apa kata dia masa kena tangkap?"

" Biasalah...semua orang kata mereka tak tau apa2, mereka tak salah." Inspektor Ganesan menjawab sambil menghulurkan plastik berisi jam kepada Kimi. " Jam Rolex, sebiji macam yang Erik beritahu dulu."

Kimi menyambut plastik tersebut, dan membelek isinya...dia menganggukkan kepalanya mengiyakan kata2 Inspektor Ganesan. Dia memerhatikan lelaki itu lagi sekali, lelaki yang kini sedang duduk di hujung meja sambil menundukkan mukanya. Dengan menggunakan isyarat mata, Kimi mengajak Inspektor Ganesan masuk ke dalam.

Sebaik menyedari ada orang memasuki bilik tersebut, lelaki itu bangun dan memandang Kimi, mukanya nampak risau dan matanya berair.

" Boleh sesiapa bagitau, pasal apa saya kena tahan?"

" Encik Naim bin Saharuddin. Ini jam kamu kan?" Kimi terus menyoal tanpa menjawab soalan lelaki itu. Lelaki itu mengangguk.

" Jam ni kamu beli sendiri?"

Tiba2 lelaki itu ketawa kecil, Hmm...nampak tadi macam sedih sangat, masih mampu ketawa rupanya. Kimi buat muka serius, seolah-olah tak terkesan dengan ketawa lelaki tersebut.

"Tuan, itu jam Rolex, kalau betul pun saya tak mampu beli, kalau tiruan pun saya tak mampu beli. Tukang cuci yang bekerja dengan Majlis Perbandaran macam saya...mana mampu nak beli." Lelaki itu akhirnya bersuara.

" Kamu jangan tipu...kamu nak cakap yang kamu jumpa jam ni?"

" Kalau tuan tak percaya, tuan boleh talipon majikan saya...saya boleh berikan nombornya. Jam ni saya jumpa di tepi rimbunan bunga di tepi jalan...ada kawan saya sebagai saksi."

" Baik...bagi saya nombor talipon majikan dan kawan awak." Kimi menghulurkan sekeping kertas kosong dan sebatang pen. Lelaki tu mencapai pen dan kertas dan terus menulis, kemudian menghulurkan semula kertas itu kepada Kimi.

" Inspektor! Tolong clarify." Kimi menghulurkan kertas itu kepada Inspektor Ganesan. Inspektor Ganesan mencapai kertas tersebut dan berlalu keluar. Kimi kembali berkalih ke arah lelaki bernama Naim tu, belum sempat berkata apa2, Naim lebih dulu bersuara.

" Tuan! Apa pun sejarah jam tu, saya memang tak tau langsung. Sebelum ni saya pakai jam Mydin jer, sepuluh dua puluh ringgit je...bila jumpa jam Rolex, teringin jugak nak pakai...la ni, dah tak mau dah la. Tuan ambik ja la."

" Kat mana kamu jumpa jam tu?"

" Tepi jalan...berdekatan dengan bandar Perda, masa tu saya dan kawan saya tengah mebersihkan pokok bunga. Saya yang nampak dulu...sebab tu saya yang ambil, kalau saya tau nak jadi macam ni, saya bagi kat kawan saja lagi baik."

Kimi hanya mengangguk dan tersenyum segaris, rasa hati sendiri dan sikap tulus dan lurus bendul yang ditunjukkan Naim membuatkan Kimi yakin, Naim bukanlah orang yang dicari. Talipon tangannya tiba2 berbunyi, dengan pantas Kimi menjawab. Suara Inspektor Ganesan jelas di hujung talian. Kimi mengangguk dan mematikan talian.

" Bos kamu dah sahkan kamu pekerja dia, dan kawan kamu juga dah sahkan yang dia jadi saksi yang jam itu ditemui di tempat yang kamu katakan. kami tak ada sebab untuk menahan kamu lagi. Kamu bebas untuk pergi, tapi jam ni...kami simpan dulu."

Naim menarik nafas lega, dia tersenyum dan muka berubah cerah. Setelah mengucapkan terima kasih, Naim diiring keluar oleh pegawai polis bertugas. Kimi pula melepaskan dengusan kasar sambil tersandar di kerusi...sekali lagi, semuanya menjadi sia-sia. Bunyi ketukan di pintu membuatkan Kimi berkalih, Tuan Rasyid sedang berdiri memerhatikannya. Kimi membuat isyarat 'thumb-up' terbalik, menandakan yang sekali lagi, mereka gagal.

" Jangan menyerah Kimi...saya mahukan hasilnya." Suara keras Tuan Rasyid menampar gegendang telinga Kimi. Dia hanya berdiri mengadap Tuan Rasyid sambil mengangguk tanda faham.


*****


Deena memeluk Makcu Jija, adik emaknya yang juga merupakan anak bongsu Tok Wan. Hakim dan Haikal, berdiri di sebelah makcu Jija...Si Hakim tersenyum malu sambil menyembunyikan diri di sebalik ibunya.

" Hakim! Mai la Kak Deena nak sayang gomol," pujuk Deena selepas habis mencium Haikal. Hakim yang malu2 menapak mendekati Deena...bersedia untuk digomol Deena seperti yang selalu dilakukan. Puan Nora dan Makcu Jija hanya ketawa memandang.


Selepas Deena merungkai pelukan, Hakim berlari menjauh sambil melompat-lompat, dia kemudiannya mendapatkan Amar dan Haikal yang sedang bermain bola di laman rumah, berhampiran pagar. Deena berkalih ke arah emaknya dan Makcu Jija, kedua-dua mereka sibuk mengadap laksa yang sudah siap dihidang oleh Deena di atas wakaf. Encik Hisyam, ayah Deena tiada di rumah, ada urusan di Kuala lumpur.

" Kenapa tak balik dengan ayah pagi tadi?" Tanya Makcu Jija sambil menghirup kuah laksa. Bau kuah laksa semerbak menggamit selera.

" Deena balik dengan kereta sendiri la Makcu, so...pagi esok baru balik."

" Ni, mak kata balik kerap sangat, rindu kat abang Polis tu ker?" Makcu Jija tersengih mengusik Deena. Ini mesti emak yang pecahkan rahsia...kalau tidak, mana mungkin Makcu Jija tahu.

" Eeee...Makcu ni, mana ada. Deena dengan dia tengah selesaikan satu misteri ni. Tak main la rindu2 ni. Ni mesti Makcu komplot dengan mak." Jawab Deena sambil memasamkan muka. Puan Nora dan Makcu Jija ketawa. Suka lah tu boleh kenakan Deena. Hatinya yang telah sedia terbentuk taman, jadi semakin kembang berbunga. Untuk menutup malu, Deena berkalih mencari kelibat Hakim.

" Hmm...malu lah tu Makcu, nak tutup malu dia...cakap mak komplot dengan Makcu." Puan Nora ketawa.

" Kalau betul2 rindu pun apa salahnya, kalau ikut apa yang emak Deena cakap. Makcu rasa, menepati ciri2 lelaki idaman Deena tu..."

Deena tidak menjawab, dia sudah tidak menumpukan perhatian kepada apa yang dikatakan Makcu. Pandangan Deena terarah ke tepi pagar berhampiran pohon bonzai Borgenvilla, di mana Hakim sedang berdiri. Hakim kelihatan seperti sedang berbual sendirian sambil mengangguk-angguk kepala. Puan Nora dan Makcu Jija turut memandang ke arah itu, dan muka Makcu Jija tiba2 berubah pucat.

" Oh! No...Tak kan siang2 buta pun...jadi macam tu jugak." Makcu Jija bersuara.

Deena berkalih melihat Makcu, pelik pula bunyinya bila Makcu berkata begitu. " Kenapa dengan Hakim, Makcu?"

Makcu Jija menghela nafas panjang. matanya yang sedang memandang Hakim berkalih memandang Deena.

" Lately, dia macam boleh nampak makhluk halus. Kadang2 bila driving dekat waktu maghrib...dia akan cakap dia nampak banyak momok, atas pokok, tepi jalan...Awal2 dulu dia selalu menangis...takut. Tapi lately...Makcu selalu dengar dia bersembang sorang2. Dia selalu cakap yang momok ajak dia kawan, tapi dia tak mau kawan. Hee...seram juga Makcu." Bahu Makcu bergerak-gerak menunjukkan isyarat takut.

Deena turut merasakan bulu romanya meremang dan kepala terasa sebesar bakul. Matanya tidak lepas memerhatikan Hakim.

" Cuba panggil dia...jangan biar dia macam tu lama2." Puan Nora memberi saranan. Makcu Jija mengangguk, dan terus memanggil nama Hakim sambil melambai tangan. Hakim berkalih memandang ke arah wakaf, kemudian berkalih semula ke arah pasu besar di sebelah pagar. Mulutnya seperti berkata sesuatu sambil kepala terangguk-angguk sebelum berlari ke arah wakaf.

" Hakim berbual dengan sapa tu?" Soal Makcu Jija.

Hakim tersenyum malu, kedua-dua tangan disembunyikan di belakang bontot. Kepalanya digeleng-geleng.

" Cakap la Hakim, nanti Kak Deena belikan coklat." Deena memujuk.

Hakim menghampiri Deena, tersenyum. Kedua tangan yang tergenggam dan disembunyikan di belakang bontot di bawa ke depan dan dihulurkan ke arah Deena.

" Ada apa kat dalam tu, nak bagi dekat Kak Deena eh?" Soal Deena lagi, Hakim mengangguk sambil genggaman itu dibuka perlahan-lahan.

Puan Nora dan Makcu Jija turut memerhatikan isi kandungan yang terdapat di dalam genggaman Hakim. Deenalah orang yang paling terkejut apabila melihatkan apa yang ada di atas telapak tangan kecil itu.

" Kunci! Hakim jumpa kat mana?" Soal Deena lagi sekali. Dadanya berdebar, namun digagahkan tangan mengambil kunci yang sudah berkarat dan bersalut tanah dari tangan Hakim.

" Kakak cantik tu, suruh akim bagi kak Jeena..." Pelat bunyi percakapan Hakim menjawab pertanyaan Deena...bulu tengkok Deena terasa meremang. Deena menelan air liur.

" Mana ada kakak, Acik tak nampak pun." Puan Nora mencelah setelah melihat Deena dan Makcu Jija masing2 terdiam.

" Ada...kakak cantik tu, kawan kak Jeena la..." Hakim hampir menangis.

Deena menarik Hakim ke dalam pelukannya, kalau tak dipujuk nanti...tangisnya payah nak berenti. Makcu Jija hanya memandang...tak berkata apa2. Hakim yang melentokkan kepala di bahu Deena, tiba2 berbisik ke telinganya. Dan mata Deena membulat bila mendengar apa yang disampaikan oleh si kecil itu.

2 comments:

IVORYGINGER said...

wah hakim ni ada anugerah yg xsmua ada. maybe dia la leh tlg dina. wlau masih kecik. he... ;D
tp apa hakim bisik kat dina ya????
segera la sambung cik writer. ckit sgt entry kali ni. rs xcukup. he...;D

daniel cepat la gtau kimi sal dah jumpa org yg pakai rolex tu.

Packy Sidique said...

Ivoryginger,
Thanks sebab sudi memberi komen kat sini. Hakim tu cuma tolong Deena masa ni jer...lepas ni tak da lagi. Hakim ni ideanya, ambil dari kebolehan anak saudara saya yang umurnya lebih kurang sama...
Insyallah 2-3 hari lagi ada la kut sambungannya.

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU