Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Monday, August 23, 2010

BAB 11

KIMI sedang berdiri memerhatikan suspek di sebalik cermin hitam yang menyembunyikannya dari bilik soal siasat. Suspek yang telah berjaya di tahan pagi tadi nampak resah, sengaja dibiarkan suspek begitu untuk memerhatikan tingkah lakunya dan menerbitkan keresahan di hatinya. Bila resah dan tidak stabil emosi, suspek lebih berkemungkinan untuk berterus terang apabila digertak.

Kimi bersyukur, kes kali ni ada peningkatan dan berharap ianya dapat diselesaikan dengan cepat. Kadang-kadang penat juga menjadi Polis bahagian siasatan jenayah ni, setiap hari ada saja kes bunuh, belum sempat selesaikan sesuatu kes, datang pula kes baru. Masyarakat cuma pandai menunding jari, kalau lambat sesuatu kes tu selesai atau gagal diselesaikan, mulalah menuduh anggota Polis tu makan gaji buta. 'Padan muka kau Kimi', dia berbisik dalam hati, dia sendiri yang memilih kerjaya ni, asalnya bertitik tolak dari kehilangan Nina, tapi sekarang ni semua tu sudah menjadi suatu tanggung jawab untuknya.

Sewaktu Kimi mengambil keputusan untuk menyertai Pasukan Polis, emak lah antara orang yang paling kuat membantah. Memang sejak dahulu lagi, emak tidak suka dan berpandangan negatif tentang apa saja yang melibatkan kerjaya ini. Kata emak kerjaya ni terdedah dengan dengan rasuah dan salah guna kuasa, dan dia takut Kimi tersasar dari jalan Allah. Semuanya bermula dengan cerita-cerita yang didengar dari mulut ke mulut dan mejadi lebih teruk selepas peristiwa kehilangan Nina. Segala apa yang dilalui oleh Kimi dan abangnya sepanjang proses siasatan menyebabkan emak seperti menjatuhkan talak terhadap apa saja yang berkaitan dengan Polis. Hanya sikap degil Kimi sahaja yang membuatkan emak terpaksa mengalah dan redha dengan pilihan kerjaya yang dia buat.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Kimi berkalih, Sarjan Adli tersengih di sebalik pintu yang separuh terbuka sambil membuat isyarat dengan jari telunjuk mengajak Kimi masuk ke bilik soal siasat. Kimi mengangguk dan mengekori Sarjan Adli melangkah masuk.

Kimi perasan yang suspek kelihatan sedikit terkejut bila mendengar pintu dibuka, kemudian bangun dari kerusi sebaik melihat mereka berdua.

" Tuan! Tolong saya Tuan, saya tak salah...sungguh saya tak salah." Dengan muka yang kelat, suspek cuba untuk menghampiri Kimi.

Sarjan Adli mencelah di tengah, menolak suspek supaya kembali duduk.

" Duduk! Jangan banyak cakap, tunggu hingga kamu disoal."

Kimi mengisyaratkan suspek supaya mengambil tempat duduk, mau tak mau suspek terpaksa menurut arahan, apalagi bila melihat Sarjan Adli membengiskan mukanya. Kimi mengawal rasa nak tersenyum, ini kerana perwatakan Sarjan Adli yang sebenar adalah seorang yang sangat ceria dan kelakar.

" Mohamad Shahran Said. betul ini nama kamu."

" Betul Tuan."

" Kamu kenal Rismayati Rizman." Terus dicampakkan sekeping gambar mangsa sewaktu posmortem yang diambil dari dalam fail.

Suspek menoleh ke arah lain, seolah-olah takut untuk memandangnya.

" Saya tanya kamu kenal tak?, kalau kamu tak tengok gambar tu, macamana kamu nak tau yang kamu kenal ke tidak! "Kimi meninggikan suara.

Suspek cuma mengerling ke arah gambar, tanpa menyentuhnya pun. Dia kemudiannya cepat-cepat berkalih ke arah lain, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Ini kawan saya, tapi saya tak buat apa2 pada dia."

" Kamu bohong, ada saksi nampak kamu dan mangsa menginap di bilik yang sama sebelum mangsa ditemui mati. Dan kami ada rakaman CCTV."

Mendengarkan tentang CCTV, suspek sedikit terkejut. Tapi kemudiannya dia kedengaran mengeluh.

" Ya, memang saya ada menghantarnya ke situ, sebaik sampai dari Shah Alam. Saya temankan dia checked in, tapi saya tak menginap di situ. Saya menumpang di rumah kawan."

Sarjan Adli bergerak ke arah meja bertentang dengan tempat suspek duduk, dia meletakkan kedua-dua tangan di tubir meja, dan badannya dibongkokkan sedikit. Mata Sarjan Adli memandang tepat kepada suspek.

" Kamu tipu! ada saksi nampak kamu bertengkar dengan mangsa sehari selepas kamu dan mangsa checked in ke hotel tersebut. Kamu marah sangat...sampai kamu bunuh dia?"

" Tidak! Bukan saya yang bunuh dia. Memang saya marah, sebab bila dah sampai Penang, baru saya sedar yang dia cuma pergunakan saya untuk bertemu orang lain. Tapi, saya tak bunuh dia."

Kimi menggelengkan kepalanya, dia yang sudah arif dengan alasan2 yang selalu direka oleh suspek2 untuk melepaskan diri dari ditangkap. Tidak mustahil, suspek di hadapannya, mereka individu yang tidak wujud untuk mengaburi mata Polis dan melambatkan proses siasatan.

" Kamu kenal orang yang dia nak jumpa tu?"

" Tak, saya tak kenal, saya cuma dengar, masa kami bergaduh, dia refer orang tu sebagai 'Mr Macho'. Orang yang dia kenal melalui laman sembang di internet. "

" Baiklah, kalau itu alasan kamu, bila kali terakhir kamu jumpa mangsa?" Sarjan Adli mencelah.

" Lepas bergaduh tu, saya menginap di rumah kawan saya. Saya geram, jadi saya malas nak ambil tahu lagi tentang dia. Tapi bila berita penemuan mayat dihebah di TV, saya tak sedap hati dan jadi takut jika Polis akan syak saya. Saya keluar dari rumah kawan saya sebab tak mahu libatkan dia." Panjang lebar suspek menerangkan.

Kimi yang mendengar, mengangguk perlahan. Apa yang diperkatakan suspek tu, seolah-olah boleh dipercayai, cuma dia perlu arahkan Sarjan Adli menemui kawan suspek, itu pun kalau betul 'kawan' itu wujud. Cara suspek bercakap dan bertentang mata dengan Sarjan Adli menunjukkan yang dia bercakap benar dan yakin dengan ceritanya. Selebihnya biar ujian DNA menentukannya. Ilmu Allah yang tak boleh dipertikaikan dengan apa juga alasan.

" Kami ada bukti. Bukan saja CCTV, selimut dan cadar yang digunakan untuk membalut mangsa, semua datang dari hotel tersebut, kami mohon kerjasama kamu untuk dapatkan sampel DNA dari kamu." Kimi cuba menggertak suspek, orang bersalah selalunya takut nak melakukan ujian DNA.

Suspek menarik nafas, matanya memandang tepak ke arah Hakimi, kemudiannya menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

" Saya tak ada masalah dengan semua tu, saya tahu saya tak salah. Ambil apa saja yang Tuan perlu, lebih cepat nama saya dibersihkan, lebih cepat saya boleh pulang ke Kuala Lumpur." Dia kelihatan yakin dengan apa yang diperkatakan.

Kimi dan Sarjan Adli saling berpandangan.



********************



" The result came out negative. So, our suspect is not a suspect anymore." Kimi menghulurkan keputusan ujian DNA suspek yang dibuat tempohari kepada Tuan Rasyid.

Sarjan Adli cuma memandang, sekali sekala digaru kepalanya yang tak gatal tu, agaknya sedang berkira-kira apa langkah yang perlu diambil seterusnya.

" Hmmm...semua negatif, tak ada satupun yang lekat, means we cannot placed suspect on the crime scene? " Mata Tuan Rasyid yang masih menatap kertas2 tadi, kemudiannya diangkat memandang Kimi. Kimi hanya mengangguk.

" Saya pun dah check cerita suspect tentang kawannya tu, dan semua cerita disahkan oleh kawan beliau. Lagipun kalau mengikut jangka waktu kematian seperti yang dianggarkan oleh Dr Ray, memang suspek tak berada di Penang, ini kerana dia dan kawannya semasa tu berada di Grik. Menurut kawan beliau, mereka menyewa chalet selama semalam. Dan saya dah check daftar kemasukan, semuanya selari dengan apa yang diceritakan." Sarjan Adli mencelah.

" Jadi, nampak gayanya tahanan perlu dibebaskan segera. Lagipun rasanya tempoh tahanan reman tu tamat esok." Tuan Rasyid memandang Kimi, yang kemudiannya mengangguk lagi.

" So...sekarang, apa plan yang kita ada? Kat mana kita boleh mula untuk langkah seterusnya?" Tuan Rasyid mengajukan pertanyaan kepada Kimi.

" Apa yang kita ada sekarang ialah, yang pertamanya butang baju pembunuh tu, saya dah tengok lapuran dari makmal. Butang baju tu dari jenis jeans berjenama, ada brand name yang di embossed di permukaan butang. Selain dari tu, seurat benang terlekat sama di situ. Mungkin kita boleh cuba traced back ke manufacturer, then ke outlet2 yang menjualnya." Kimi membentangkan cadangan yang sudah dibincangkan dengan Sarjan Adli sebelum mereka masuk menemui Tuan Rasyid.

" Hmm..bagus tu, kalau pembelian dibuat melalui kredit kad, mungkin ia boleh beri kita link seterusnya. Tapi kita cuma boleh trace around Penang saja la." Kata Tuan Rasyid sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

" Bagaimana dengan rakaman CCTV tu, nampak jelas tak muka orang terakhir yang masuk ke bilik mangsa, sebelum mangsa mangsa ditemui mati"

" Itu lah masalahnya Tuan, lelaki yang memasuki bilik tersebut memakai jaket hujan yang menutupi bentuk badannya, mukanya pula dilitupi topi yang dipakai. Saya rasa dia memang berpakaian begitu supaya tak dikenali." Sarjan Adli menerangkan apa yang diketahuinya, sambil bercakap matanya bergerak memandang Tuan Rasyid dan Kimi bersilih ganti.

" Saya rasa, kamu berdua patut cuba juga siasat siapa 'Mr Macho' tu, cuba pastikan dari chat room mana mangsa berkenalan dengan pembunuh tersebut. May be kita boleh put two and two together."

" Baik Tuan, saya rasa maybe kita boleh suruh Inspektor Edeline cuba2 mengumpan..mana tau mungkin akan terjumpa 'Mr Macho' di alam maya. Sambil tu saya akan siasat dengan kakak dan kawan2 mangsa." Sarjan Adli mencelah.

" Cause of death is due to strangulation, mesti ada tanda2 pergelutan kan, then dari stomach content tu kamu berdua dah cek ker, may be kita boleh trace kat mana mangsa makan dan maybe boleh tahu dengan siapa mangsa keluar." Tuan Rasyid menambah.

" Lagi satu, saya rasa saya akan siasat dengan bahagian 'missing person', tengok kepada statistik kes2 orang hilang yang tak dapat diselesaikan. Manalah tahu kalau2 ada kaitan, saya rasa pembunuh ni memasang perangkap melalui internet, siapa tahu mangsa kita ni bukan yang pertama." Kimi membentangkan teorinya, entah macamana dia terfikir tentang kaitan itu semalam, sewaktu memandu pulang.

Mata Tuan Rasyid mencorong memandang Kimi, ada segaris senyum di bibirnya.

"Kimi, saya harap teori tu bukan timbul atas sebab2 personal noo. Hmm...tapi, saya rasa ada logiknya apa yang kamu fikirkan tu. Teruskan siasatan kamu tu. "

" Tuan, saya harap sangat Tuan percayakan saya, saya cuma nak selesaikan kes ni secepat mungkin. Kita kena tengok setiap sudut...itu saja."

" Ok...so, for the time being, kamu berdua tumpukan siasatan, double the work. Ambil kira semua aspek. Saya rasa cukup lah untuk hari ni, lagipun dah pukul lima petang ni." Tuan Rasyid mula menutup fail, Kimi dan Sarjan Adli masing2 bangun untuk beredar.

Talipon di atas meja Tuan Rasyid berdering, terus saja tangannya mencapai gagang.

" Wa'alaikumussalam...Ya, dah nak balik la ni...masak apa...hmm, sedap tu. Ok." Tuan Rasyid bercakap sambil tersenyum. Selepas meletakkan talipon, dia memandang ke arah Kimi dan Sarjan Adli.

" Orang rumah suruh balik cepat." Dia tergelak kecil, " Dia masak mee kari, kalau kamu berdua nak merasa kesedapan mee kari isteri saya, jom la." Kimi tersenyum ke arah Sarjan Adli, yang sudahpun berdiri memegang tombol pintu. Kimi yakin yang Tuan Rasyid cuma berbasa-basi saja.

" Terima kasih jer lah Tuan, saya ni nak balik ke kampung. Mak saya talipon tadi, katanya ada hal penting." Kimi menolak.

" Saya nak sambung kerja sikit Tuan, lain kali jer lah." Sarjan Adli juga punya alasan tersendiri.



********************


Kereta Waja yang dipandu Kimi perlahan-lahan masuk ke kawasan halaman rumahnya. Kimi nampak mak tengah menyapu sampah di bawah pohon rambutan. Hmm...mak memang tak boleh duduk diam, dari dulu2, macam lipas kudung.

Bila nampak kereta Kimi menjalar masuk ke arah pohon rambutan yang merendang, mak berhenti menyapu. Penyapu yang digenggam tadi disandarkan ke dahan pohon rambutan. Mak melabuhkan punggungnya di atas pangkin yang di bina betul2 di bawak pokok tersebut.

" Mak sihat? Petang2 dok menyapu ni...tak reti nak rehat betoi la mak ni." Kimi bersalam dengan emaknya, dan terus mengambil tempat di atas pangkin. Matanya menyorot talam berisi minuman yang terhidang di atas pangkin, di sebelah talam itu ada pinggan yang ditutup dengan tudung saji kecil.

" Hmm...ada teh 'O' panas, mak masak kueh apa ni ?" Cepat tangan Kimi membuka penutup tudung saji tu, ada sepiring kueh kasturi kegemaran Kimi tersedia di situ. Kimi rasa terharu, mak memang macam ni, kalau tahu Kimi nak balik, pasti tersedia segala makanan kesukaannya dan situasi tu tak pernah berubah sejak Kimi di universiti lagi

Mak mencapai teko air, kemudian membalikkan dua biji cawan dan mengisi kedua-dua cawan tersebut

" Mak kata ada perkara penting nak bagitau Kimi, apa tu?" Sambil tu, tangan Kimi mencapai kueh kasturi, membaca Bismillah dan terus saja mula mengunyah. Kueh hasil tangan mak ni memang tak pernah berbeza rasanya sejak dulu

" Rumah Nina tu dah disewakan kat orang, malam ni depa nak buat kenduri bacaan Yassin. Kimi pi la, semua orang dijemput."

Mendengar kata2 mak, Kimi berenti mengunyah. Rindu sungguh dia pada suasana rumah tu, semasa ada Nina dulu, boleh dikatakan dia bebas keluar masuk ke situ.

" Dah lama ka mak, masa Kimi balik dua minggu lepas, mak tak cakap apa2 pun."

" Ikut kata Pak Tam hang, dak dekat sebulan dah depa masuk ke situ. Mak suruh Kimi balik sebab mak tau Kimi mesti teringin nak masuk semula ke sana."

" Hmm...tak pa la mak, Kimi pun nak pi berjemaah kat masjid maghrib nanti, kalau ada jemputan masa kat masjid satni, Kimi pi la." Kimi melemparkan seyum ke arah mak. Mak memang sangat memahami, dia tak pernah lupa apa Kimi suka, apa yang Kimi rasa, apa yang Kimi inginkan.

No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU