Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti. Tajuk baru untuk manuskrip ini ialah NO 23.
Kebanyakan penulis menulis cerita yang dia suka baca. Saya pun macam tu. Saya menulis genre yang saya minat dan cerita yang saya suka nak baca, tetapi kurang di pasaran. (Kurang ke?)
Saya menulis Bougainvillea, novel pertama kerana saya memang sukakan cerita seram yang melibatkan mangsa pembunuhan yang jasadnya tak ditemui. Kalau cerita macam tu, memang saya suka sangat...
Dan saya tulis 'No 23' kerana saya sangat-sangat sukakan cerita Bollywood yang saya tonton waktu kecil... Yadon Ki Baaraat. Cerita perpisahan keluarga yang melekat di hati saya...
Jadi, saya cuba adun ' No 23' mengikut selera saya... berjaya atau tidak? Pembaca yang tentukan. Sebelum tu, saya minta maaf... tulisan saya, memang tidak sempurna...
Kat sini saya pastekan komen terawal dari Puan Mariah Mustapha dari Jemari Seni sewaktu pruf reading. Saya harap, pembaca juga akan menerimanya dengan rasa yang serupa...
Semoga naskah ini dapat menghiburkan dan memberi pengajaran ( jika ada) untuk yang membacanya. Yang baik dari Allah, yang tak sempurna itu sifat saya, penulisnya.