Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Friday, October 31, 2014

NOMBOR 23 - BAB 7 (babak 1)



Ibu Pejabat Polis Daerah, Shah Alam.
ASISTANCE SUPERINTENDENT POLICE (ASP) AKMAL FIRDAUS berdiri memandang rakan sekerja dihadapannya. Melihat Tuan Bakarin dan Tuan Zulfakri sedang berpandangan. Dan antara yang ramai itu, ada Inspektor Budin, Sarjan Yaakob, Detektif Rama, Detektif Mat Pet yang juga berasal dari Pulau Pinang dan beberapa anggota polis yang lain. Kesemuanya sedang menunggu dia menyambung penerangan kes yang terhenti tiba-tiba kerana terasa sesak di kepala. Dengan menggunakan jejarinya dia menolak rambutnya ke belakang. Kemudian memicit bahagian tengah kepala. Sakit kepalanya kebelakangan ini… seperti payah mahu hilang. Bunyi dia sendawa angin tiba-tiba memecah kesunyian.
“ Ops! Maaf… makin banyak angin sejak kebelakangan ni,” ucap Akmal dengan muka selamba.
“ Nasib baik keluar ikut sendawa, kalau keluar ikut bawah… mahu pengsan habis kami kat sini,” gurau Sarjan Yaakob.
DSP Bakarin (Deputy Superintendant Police) tersenyum sumbing.
“ Kata Inspektor Budin, kamu diserang sakit kepala dua kali semasa di lapangan beberapa hari lepas. Sampai pengsan! Kamu dah jumpa doktor? Ini kes penting, melibatkan VVIP. Saya tak mahu masalah kesihatan kamu mengganggu siasatan. Polis apa lembik sangat macam tu! Nanti saya juga nak kena menjawab dengan bos besar kat atas nun...” DSP Zul mencerlung ke arah Akmal.
“ Sudah, tuan! Dah jumpa kawan saya, doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Dia ada advice saya buat beberapa ujian. Saya ni, sebenarnya… memang ada masalah migrain sejak zaman Tok Nadok lagi. Sejak pindah kemari, jadi semakin teruk pulak. Mungkin faktor cuaca yang tersangat panas kebelakangan ni. Tapi tuan jangan risau. Insya-ALLAH! Saya masih boleh  kerja.” Akmal angkat tangan gaya orang bersumpah.
DSP Zul mengangguk. Dia kembali melihat lakaran yang dibuat Akmal pada papan putih. Lakaran tentang kedudukan mangsa bunuh, lokasi bahan bukti dan kawasan sekitarnya. Lama dia meneliti sebelum menggeleng kepala.
“ Siapa kena tembak dulu, Datuk Khairel atau mangsa?”
“ Kalau ikut apa yang diceritakan, mangsa kena tembak dulu. Tembakan kedua rasanya ditujukan pada kucing yang mati tu. Yang ketiga tersasar mengenai Datuk,” celah Inspektor Budin.
Something is wrong somewhere!” DSP Zul menggeleng.
ASP Bakarin kembali menyorot lakaran di papan putih, kemudian pada gambar di tangannya. Dia mengangguk perlahan.
“ Itulah yang saya rasa, memang ada yang tak kena. Kedudukan mayat mangsa tak selari dengan cerita saksi kita. Begitu jugak dengan kesan tembakan di badan mangsa.” Akmal mengiyakan kesangsian ketuanya.
Dia masih ingat, kalau mengikut imej imbasan yang dia nampak, mangsa tembakan berdiri mengadap jalan. Tetapi takkanlah mahu ceritakan tentang itu?  Seboleh mungkin, imbasan yang dia nampak, biarlah menjadi rahsia dia seorang. Mana mungkin ada yang percaya. Kemungkinan untuk kena gelak lagi tu… adalah! Maka kalau ikut logik, tembakan dari depan… akan menyebabkan peluru  tembus dari depan. Namun dia juga tahu… dalam keadaan panik dan kelam-kabut, macam-macam boleh terjadi.
Akmal mula menconteng…
“ Mengikut teori kami, kalau dilihat dari kedudukan kereta dan maklumat yang diperolehi, Datuk akan keluar dari sini.” Dia melukis anak panah bermula dari tempat duduk sebelah kiri kereta ke arah kiri pintu pagar. “ Menurut kata saksi, mangsa menunggu di hadapan pintu pagar. Jadi kedudukan mangsa mengadap jalan, sedangkan Datuk membelakangi jalan.” Akmal menconteng lagi.
DSP Zul mengangguk, “ saya setuju.”
“ Kata pemandu, mangsa approach Datuk. Ketika mangsa baru mula hendak bercakap, tembakan dilepaskan. Mereka tak perasan apa yang jadi lepas tu sebab mereka sibuk mahu selamatkan Datuk. Yang lebih pelik, peluru sebenarnya tertanam di dada kiri mangsa dari arah belakang, bukan depan. Ia tepat mengenai jantung dan terus membunuh mangsa. Maksudnya… mangsa sebenarnya yang membelakangi penembak, bukan Datuk.” Akmal memberikan perincian.
 “ Itu yang saya nampak sebenarnya. Rakaman CCTV, macam mana?” DSP Zul mencelah.
“ Kameranya dirosakkan. Kebetulan pula, kata ketua security… mereka terlupa nak on CCTV, jadi rekod rakaman sebelum detik tu pun, tak dapat kita tengok sebagai rujukan.” Inspektor Budin menjawab bagi pihak Akmal.
 “Looks like they are hiding something? ASP Bakarin mengetuk meja perlahan.
“ Betul tu. Macam ada yang cuba palsukan bukti, hala siasatan kita ke arah lain.” DSP Zul nampak kurang senang dengan permulaan kes yang begini.
 “ Okay, begini tuan, saya dan Akmal akan cuba temubual Datuk. Inspektor Budin! Awak soal pembantu peribadi Datuk. Sarjan Yaakob boleh soal siasat pemandu Datuk. Kita tengok samada cerita mereka selari atau tidak. Sementara tu, yang lain-lain cuba dapatkan maklumat dari informer awak. Kalau ini melibatkan pembunuh upahan, semestinya akan ada orang yang terdengar sesuatu. Kamu tahu kat mana nak cari info macam ni, kan?” ASP Bakarin mula menentukan tugas yang perlu mereka laksanakan.
“ Baik, Tuan!” Mereka menjawab serentak.
“ Lagi satu, dah dapat jenis senjata?”
“ Dah dapat. Kelongsong peluru dari senjata jenis Smith and Wesson.”
Tuan Bakarin mengangguk kepala. Hidungnya terkemut-kemut tiba-tiba. Seperti orang terhidu sesuatu. DSP Zul juga kelihatan resah. Jarinya dibawa menutup hidung.
Akmal juga terhidu sesuatu yang busuk. Macam bau kentut. Hisy! Memang bau kentut ke? Siapa yang melepaskan bom atom tahap loji kumbahan macam ini? Dia memandang semua orang di depannya. Ada yang mengemut hidung dan ada juga yang sedang menutup hidung dengan jari.
“ Siapa yang kentut ni? Tahap bau loji kumbahan ni!” Ayat itu keluar dari mulut Akmal tanpa sedar.
“ Ya, siapa yang punya angkara ni?” DSP Zul bangun lalu keluar dari bilik mesyuarat diikuti oleh ASP Bakarin. Yang lain-lain menurut kemudiannya. Tercungap-cungap mereka menarik nafas apabila sampai di luar.
“ Jen, awak masuk tutup aircond dan buka tingkap.” Arah ASP Bakarin.
“ Saya tuan? Hisy! Kalau saya pengsan kat dalam tu, siapa nak jawab?”
“ Jawab sendirilah, Jen,’ celah Inspektor Budin diiringi ketawa semua orang.
“ Sebab mulut kamu cabul sangat cakap pasal kentut tadi, jadi… kamulah orang yang paling sesuai.” DSP Zul mencelah. “ Saya minta diri dulu. Tuan Bakarin akan teruskan dengan kamu nanti.
Sebaik DSP Zul berlalu, mata semua orang menghala ke arah Sarjan Yaakob, maka dia memang tiada pilihan. “ Tuan Akmal, tadi angin sendawa bukan main, bukan tuan punya angin ke yang keluar ni?”
“ Yang saya tahu, bau tu mula dari tempat kamu-kamu. Saya yang akhir sekali terperasan bau tu. Takkanlah saya pula,” balas Akmal. Ya, dia memang tahu bukan dia sendiri yang melepaskan bau busuk itu.
“ Tunggu apa lagi Jen?” Usik Akmal.
Sarjan Yaakob mengangkat tangan seperti orang sedang berdoa sebelum masuk ke dalam. Tidak sampai 5 minit, dia keluar semula dengan aksi seperti orang tercekik leher hingga membuatkan semua orang ketawa.
Sepuluh minit kemudian, mereka kembali mengambil tempat duduk seperti sebelumnya. Misteri siapakah yang sudah melepaskan bom atom itu masih belum terjawab. Siapapun yang melakukannya, sangat pandai menyembunyikan riak mukanya.
“ Kat mana kita tadi?” Soal ASP Bakarin.
“ Peluru dikenalpasti dari pistol Smith and Wesson.” Akmal mengulangi ayat terakhir yang mereka bincangkan sebelum ini.
“ Maklumat tentang mangsa?”
“ Belum, Tuan! Sedang diusahakan. Sudahpun buat semakan dengan laporan ‘orang hilang’. Juga sudah cuba trace cap jari mangsa, belum ada padanan dengan kes-kes sebelumnya. Nampaknya, dia tiada rekod jenayah. Kita sedang cek dengan Jabatan Pendaftaran Negara.”
“ Sudahlah kita tak ada suspek. Info kitapun macam banyak tanda soalnya. Kalau macam tu, kita bersurai di sini. Akmal, lepas lunch nanti… kita ke hospital”
“ Baik, Tuan.” Akmal mengangguk.
Sebaik ASP Bakarin bergerak ke pintu, anggota lain pun, turut bangun dan bercakap sesama sendiri. Masing-masing tuduh-menuduh tentang isu kentut tadi.
“ Lagi satu!” Suara ASP Bakarin bercakap dari muka pintu.
“ Ya, tuan!” Sahut Akmal. Yang lain-lain tegak menunggu ASP Bakarin menyambung.
“ Selain kes TNK ni… TNK stands for Teratak Nur Karmila, okay?” Dia melihat orang bawahannya mengangguk. “ Tuan Zul arahkan kamu semua selesaikan satu lagi kes.”
“ Isy! Ada kes baru ke, tuan?” Tingkah Sarjan Yaakob.
“ Ya… kes siapa tuan punya kentut tahap loji tu.” ASP Bakarin tersengih di hujung ayat. Semua yang mendengar, ketawa kuat. Gamat sungguh bunyinya.
“ Kalau dapat tangkap, kita nak denda dia buat apa, tuan?” Detektif Mat Pet galak menyampuk. Tersengih macam kerang busuk.
“ Kita paksa dia belanja kita makan tengahari di kedai mamak. Kita pilih hanya udang dan sotong besar-besar. Setuju?”
“ Setuju, tuan!”

Gamat bunyi gelak ketawa mereka selepas itu. Akmal tersengih. Dia tidak tahu mahu mengagak itu angkara siapa. Yang dia tahu, akan tirislah kocek siapa yang berkenaan itu kalau tembelang orang itu pecah nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Cite ni ade undur mistik ye??tertanya2...ternanti...tumb up writer

Packy said...

Unsur mistiknya dalam 20 persen saja agaknya, yang lain2 tu more to misteri dan penyiasatan...

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU