Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Wednesday, December 5, 2012

SUDAH DAPAT!


Saya sudah dapat copy Bougainvillea. Dapat tadi petang. Kalau ada yang nak oder, boleh dapat dari website Jemari Seni. Atau lagi 2 minggu, adalah kut dekat Popular atau kedai buku yang lain...


Actually ada insiden funny pada awal paginya. Saya dapat call dari KTM. Kata orang yang call tu... ada parcel yang perlu dihantar ke address rumah. Saya dah boleh agak, mesti novel saya dah sampai. Saya memang selalu tak ada di rumah sebelah siangnya. Boleh ajer kalau Kak Mun nak tolong terima. Tapi saya excited sangat nak tengok hasil usaha saya. So, saya suruh depa hantar ke tempat kerja...

Caller : Nak hantar ke address mana tu, puan?
Saya  : Hantar ke ( saya beri address saya), dekat sikit dengan Butterworth.
Caller : Dekat mana tu, dekat kedai apa ya?
Saya  : Dekat Klinik Bersatu, bertentang dengan Taman Telok Molek.
Caller : Dekat Klinik Rozi tak?
Saya  : Tak... lepas masjid hijau tu...
Caller : Dekat tak dengan ( dia sebut nama kedai saya)?
Saya   : ( Saya gelak besar) Yang saya bagi tadi tu, address kedai sayalah tu...
Caller pun gelak besar juga, mesti dia salah sorang customer saya... Saya taknaklah cakap nama bisnes saya tu, bisnes kecik saya tu bukan femes manapun... Alhamdulillah! Ada jugak yang perasankan kedai kecik saya tu...


Ini pulak tulisan tentang Bougainvillea di blog tempat saya merapu-meraban ikut kepala otak saya...  masa dapat imej cover di fb 2 minggu lepas...

Kalau sudi, boleh support dengan membeli novel saya ni. Terima kasih. Hehe...


No comments:

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU