Salam

Manuskrip KERANA NUR KARMILA (working title) sudah ditukar tajuknya kepada 'NOMBOR 23'. Manuskrip sudah diterima oleh penerbit Jemari Seni dan sedang menunggu giliran untuk diterbitkan...

Nombor 23 adalah manuskrip genre Misteri -Polis Prosedural, yang berkisar tentang sejarah lalu sebuah keluarga. Tentang kehilangan, pencarian dan bagaimana pencarian itu telah membongkar rahsia yang sudah tersimpan sekian lama...

Untuk yang berminat mahu terus membaca... saya akn mula upload bab2 awal selepas ini...

Segala bentuk penulisan saya di sini adalah hak milik saya dan tidak boleh disalin atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk ( cewah! macam bagus sangat!), tapi ini idea saya dan hasil kerahan otak saya, (penat tau!). Jadi saya harap anda menghormati hak saya ( belum pernah terjadi pada saya tetapi terjadi kepada kawan penulis).

Thursday, October 20, 2011

ANTOLOGI CERPEN - TENTANG CINTA

Di sini, saya letakkan dua babak (versi belum diedit) dari cerpen yang termuat di dalam buku ANTOLOGI CERPEN -TENTANG CINTA, terbitan Aurora Creative. Kalau ada yang berminat untuk mengetahui kesudahannya, anda boleh dapatkan buku ini melalui Aurora Bookstore ataupun Puan Maria Kajiwa.


MELAKAR PELANGI CINTA




AKU tidak pernah melihat Mimi Syuhada menangis. Sejak sepuluh tahun bersahabat, Mimi sentiasa gembira, ceria dan mudah ketawa. Bagi Aku, Mimi adalah gadis tanpa masalah. Namun, hari ini, Mimi menjadi makhluk Allah yang paling sedih di dunia. Ini kali yang pertama Mimi menangis di depan aku. Hati aku turut jadi sebak, tanpa aku sedar…airmataku turut luruh. Aku paut bahu Mimi, dan dia akhirnya tersedu dalam sandar di bahuku.

      “ Siap orang tua tu, kalau  jumpa dia… aku potong lapan belas kerat.”

      Geram betul aku dengan Datuk Tajul, dia buat Mimi macam kain persalinan. Suka dia pakai, tak suka dia buang macam sampah. Paling aku geram, selepas dia arahkan Mimi berpindah ke sini, dia ceraikan Mimi cuma melalui talipon. Begitu sahaja.

      Mimi semakin kuat menangis bila mendengar kata-kata yang terlontar dari mulutku, Bahunya terhinjut-hinjut.  Aku makin tak tahu hendak buat macam mana lagi.

      Sudah berbuih mulut aku nasihatkan dia sebelum dia ambil keputusan mahu berkahwin dengan Datuk Tajul. Namun, kata-kata aku  hanya seperti mencurah air ke daun keladi. Sepatahpun tidak memberi erti. Aura Datuk Tajul sungguh kuat, Dia memang pandai berkata-kata. Ibarat menanam tebu di tepi bibir… janjinya semua manis-manis belaka. Dia juga melambakkan kemewahan untuk memerangkap Mimi, dan akhirnya Mimi terpedaya. Aku, hanya mampu menjadi pemerhati…dalam rasa sakit hati yang amat sangat.

      “ Kau nak buat apa sekarang? Nak balik ke Kelantan semula?” Soal aku, dan aku hanya melihat Mimi menggeleng kepala. Lama dia mendiamkan diri.

      “ Aku nak duduk kat sini, dah tak ada siapapun di sana. Dan aku nak cuba selamatkan perkahwinan aku. Dia bukan jatuhkan talak tiga. Aku masih ada peluang kan!”

      “ Kau masih harapkan dia lepas apa yang dia buat pada kau?” Aku makin tidak faham dengan pendirian Mimi. Geram sungguh bila Datuk Tajul menceraikan Mimi dalam keadaan Mimi sarat mengandung lima bulan.

      Mimi mengangguk. Masih ada cinta di hati Mimi rupanya.

      “ Melia, kau temankan aku, boleh?”

      “ Ke mana?”

      “ Jumpa bomoh.”

      Jawapan Mimi membuatkan mata aku terbeliak.

*****

SUDAH lebih empat bulan berlalu, usaha Mimi untuk menyelamatkan perkahwinannya ternyata tidak berhasil. Dan, aku jadi manusia yang paling sensitif bila mendengar nama Datuk Tajul. Apalagi bila mengetahui yang dia menceraikan Mimi cuma kerana isterinya Datin Rubiah, sudah dapat menghidu segalanya. Dulu, bila Mimi bangkitkan hal bermadu dan keizinan Datin, Datuk Tajul kata, dia ketua keluarga…dia yang berkuasa menentukan segalanya. Sekarang, tahu pulak dia takutkan Datin Rubiah. Memang dasar cakap tak serupa bikin!

      Mimi pula, sejak itu… sudah berubah menjadi ratu airmata. Sikap yang berlawanan dengan Mimi yang aku kenal sebelumnya. Keceriaannya sudah hilang. Apalagi bila Daniel Hakimi lahir ke dunia tanpa seorang ayah di sisinya. Setiap kali melihat wajah putih mulus Daniel Hakimi, dia pasti menangis. Keadaan menjadi lebih teruk lagi… bila Mimi tiada pekerjaan. Dan, aku makin geram dan benci bila Datuk Tajul mengambil sikap berlepas tangan. Kebajikan Mimi langsung tidak diperdulikan.

      Kerana kasihankan Mimi dan bimbang akan tekanan emosi yang bakal dihadapi Mimi, aku bawa dia tinggal bersama. Ayah dan emak pun tidak kisah, kerana Mimi sudah biasa mengikut aku pulang. Kebetulan pula, sekolah tempat aku mengajar perlukan guru sandaran…maka aku usahakan agar tempat itu diisi oleh Mimi.

      “ Ini meja kau. Meja aku kat situ.” Kata aku sambil menunding jari ke arah meja di sudut bilik guru.

      Beberapa orang guru mula melangkah masuk ke bilik guru. Mataku menangkap kelibat Ustaz Fitri di antara yang ramai. Jantung aku berdebar. Itulah yang aku rasa setiap kali memandang dia. Namun rasa itu aku simpan kemas-kemas di dalam hati. Ketenangan wajahnya dan pembawaannya yang warak tetapi masih bergaul mesra dengan semua orang begitu menarik hati aku. Dalam diam, aku menganyam impian untuk memenangi hatinya.

      “ Assalamualaikum!” Sapa Ustaz Fitri. Cikgu Zizan yang kuat mengusik tersengih di belakangnya. Mereka berdua memang berkawan baik dan tinggal serumah. Bukan jauh pun, bertentang dengan rumah aku saja.

      “ Wa’alaikum Salam! Cikgu Zizan! Apa yang happy sangat pagi-pagi ni?” Sengaja aku menegur Cikgu Zizan untuk menutup gemuruh di dadaku.

      “ Teringat mimpi semalam. Saya mimpi bawa Cikgu Melia jalan-jalan bonceng motor saya. Tu yang saya senyum aja. Dapat loteri dalam mimpi.” Cikgu Zizan ni, kerjanya menyakat semua orang. Kalau dia di bilik guru, akan riuh rendahlah keadaan.

      Aku menarik muka masam. Geram betul bila Cikgu Zizan mengusik aku begitu di depan Ustaz Fitri. Kalaulah Ustaz Fitri tersalah terima, dan disangkanya aku ada hubungan istimewa dengan Cikgu Zizan…habislah peluang aku.

      Aku lihat Ustaz Fitri tersengih dan pandangannya terarah kepada Mimi. Dia mengangkat dagu dan keningnya serentak, isyarat bertanya. Dan, setiap kali Ustaz Fitri berbuat begitu, aku terasa seperti di awang-awangan. Entah kenapa, di mata aku…dia cukup comel bila beraksi begitu.

      “ Cikgu Melia! Tak nak kenalkan ke orang sebelah tu?” Sapaan Cikgu Zizan mematikan lamunanku. Aku tersengih macam kerang busuk.

      “ Ini Mimi Syuhada, guru sandaran yang bakal menggantikan Cikgu Saemah selama dia cuti bersalin. Kawan saya juga, dan sementara ni, dia tinggal dengan saya.”

      “ Cikgu Mimi Syuhada…cantiknya nama tu, macam orangnya.” Cikgu Zizan tersengih, “Saya, Cikgu Zizan. dan yang tak berapa handsome kalau nak dibanding dengan saya ni, Ustaz Fitri.”  Ustaz Fitri hanya tersenyum dan mengangguk kepada Mimi. Selepas itu, pandangannya singgah di wajah aku. Dia tersenyum manis. Senyuman yang membuatkan debar di dada aku semakin tidak keruan.

*****

Nak tahu sambungannya? 
Beli lah....jangan tak beli.......Insyallah! Tak akan merasa rugi.

2 comments:

kak cik said...

ambik kisah akulah pulak wat novel...mesti lencun novel tu dek airmata...

Packy Sidique said...

Kakcik,
Serius hang...kokna pun nak suruh buat novel tajuk kerongsang ungu. Hang punya...aku tak tau cerita la...

Like Button, Kalau sudi klik like...

My Great Web page

SODUKU